9 Fakta Kewangan Yang Jarang Disebut
[Bacaan 4 Minit] Mungkin kita dah biasa dengar macam-macam cerita kewangan daripada cara berbelanja, menyimpan dan melabur. Tapi semua itu hanyalah separuh dari topik kewangan. Ini 9 fakta kewangan yang mungkin anda tak biasa dengar:- 1. Setia Kepada Syarikat Merugikan Ramai yang anggap jika kita bekerja keras dan setia dalam syarikat kita bekerja, kita akan diberi imbalan yang lumayan. Fikiran ini sebenarnya SALAH. Kenapa pulak? Ada bukti ke? Ada. Buktinya kadar kenaikan gaji tahunan secara purata hanyalah 5% - 10% sedangkan kadar kenaikan gaji ke syarikat baru secara purata adalah 10% - 30%. Inilah realiti yang tak boleh disangkal. Jika syarikat anda bekerja sekarang boleh berikan kenaikan tahunan lebih dari purata semasa dan kelebihan-kelebihan lain, silakan setia kerana anda berada di tempat yang betul. Tetapi jika tidak, fikirkanlah pilihan yang akan membawa anda lebih dekat kepada matlamat kewangan anda. 2. 70% Jutawan Bukan Dari Harta Peninggalan Hanya 30% Jutawan ha...