Ini Jawapan Untuk 5 Persoalan Penting Tentang Takaful Yang Anda Sendiri Mungkin Tertanya
[Bacaan 3 Minit] Haritu aku ada post sikit pasal takaful, ramai pulak yang DM dan tanya. Aku fikir elok juga kongsi kat sini terus sebab takaful ni ilmu kewangan yang penting untuk semua orang tahu. Sebelum tu sebagai disclaimer aku bukan ejen takaful atau bekerja di syarikat takaful jadi aku kongsikan sebagai pengetahuan asas sahaja. Aku nak ceritakan pasal takaful ni dengan menjawab 5 soalan-soalan yang selalu orang tanya pasal takaful supaya lebih mudah faham. 1. Apakah jenis-jenis takaful yang ada? 2. Siapa yang perlu takaful? 3. Nak ambil yang mana dulu? 3. Apakah persediaan sebelum ambil takaful? 5. Berapa perlu carum untuk takaful? Sebelum tu sebagai permulaan, "Takaful" ni asalnya dari perkataan Arab "Kafalah" yang bermaksud jaminan bersama. Hari ni "Takaful" yang kita kenal adalah penjenamaan kepada instrumen kewangan yang mengambil konsep asas dari maksud asal Takaful tadi. Sebab ini jugalah Takaful dan Insurans adalah dua instrumen berbeza da...