Posts

Showing posts from February, 2024

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Image
  [Bacaan 5 Minit] Kerjaya adalah haluan pekerjaan bagi kebanyakan individu khususnya yang makan gaji. Sebagaimana perniagaan ada kaedah dan panduannya begitu juga kerjaya. Kerjaya juga merangkumi lebih 50% dari kehidupan kita. Tak percaya? Kalau sehari ada 24 jam dan kita tidur selama 7-8 jam, maknanya hanya berbaki lagi 16 jam. Bukankah majoriti kita bekerja 8 jam sehari? Bahkan kita akan menghabiskan 40-50 tahun bekerja.  Dah kerja lama-lama alangkah malang jika kita buat kesilapan-kesilapan yang membantutkan kerjaya. Apa kesilapan tu? Jom tengok! 1. Setia Dengan Syarikat Kesetiaan memang satu nilai terpuji. Tapi nilai tersebut juga perlu sesuai dengan tempatnya. Dalam persekitaran kerja, kesetiaan boleh memberi pulangan atau sebaliknya. Kenapa? Sememangnya ada syarikat yang akan menghargai kesetiaan anda bila terus menyumbang kepada syarikat dalam tempoh yang panjang seperti 5 tahun, 10 tahun atau lebih. Tetapi tak kurang juga syarikat yang tak pernah kisah tentang tempoh ...