5 Mitos Dalam Bekerja
[Bacaan 4 Minit] Dalam kerjaya masing-masing pasti banyak laluan dan cabaran yang kita pernah hadap. Ada yang manis, ada juga yang pahit. Tak kira siapa sekalipun kita semua pastinya sibuk berusaha untuk berjaya dalam industri masing-masing. Cuma, sebelum anda teruskan usaha tu jom kita tengok 5 mitos dalam kerjaya yang ramai daripada kita sendiri mungkin salah faham. 1. Kesusahan Tanda Perkembangan Betul, setiap perkembangan pastinya datang dari cabaran yang sukar. Tetapi tak semua kesukaran itu menandakan diri kita semakin kehadapan. Ini kerana ada cabaran yang membina diri, ada pula cabaran yang merugikan masa dan tenaga. Cabaran yang membina diri biasanya melibatkan penyelesaian masalah, menggalas tanggungjawab yang besar dan memaksa diri kita berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dari kebiasaan. Cabaran yang merugikan pula apabila kita menghabiskan masa memikirkan perkara yang sama. Membuat perkara yang tidak mendekatkan diri kita dengan matlamat. Sebagai contoh, se...