5 Mitos Dalam Bekerja

 



[Bacaan 4 Minit]

Dalam kerjaya masing-masing pasti banyak laluan dan cabaran yang kita pernah hadap. Ada yang manis, ada juga yang pahit. Tak kira siapa sekalipun kita semua pastinya sibuk berusaha untuk berjaya dalam industri masing-masing. Cuma, sebelum anda teruskan usaha tu jom kita tengok 5 mitos dalam kerjaya yang ramai daripada kita sendiri mungkin salah faham.

1. Kesusahan Tanda Perkembangan

Betul, setiap perkembangan pastinya datang dari cabaran yang sukar. Tetapi tak semua kesukaran itu menandakan diri kita semakin kehadapan. Ini kerana ada cabaran yang membina diri, ada pula cabaran yang merugikan masa dan tenaga. 

Cabaran yang membina diri biasanya melibatkan penyelesaian masalah, menggalas tanggungjawab yang besar dan memaksa diri kita berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dari kebiasaan. Cabaran yang merugikan pula apabila kita menghabiskan masa memikirkan perkara yang sama. Membuat perkara yang tidak mendekatkan diri kita dengan matlamat. Sebagai contoh, seorang penulis tidak perlu menghabiskan masanya belajar memberi pengucapan awam. Ini kerana dia boleh mengasahkan lagi kemahirannya dalam bidang penulisan yang akan memberikan lebih banyak impak dalam kerjaya penulisan.

2. Hanya Fokus Belajar

Sesiapa yang nak berjaya maka wajiblah bagi dirinya untuk belajar. Tapi, hanya sekadar belajar tidak akan membuahkan hasil yang diidamkan. Sebaliknya amalkan belajar dan BUAT. Belajar tanpa mengimplementasikan ilmu hanya menambah rasa pandai. Tapi bila kita menguji ilmu tersebut barulah kita benar-benar akan peroleh kemahiran dan akhirnya menguasai ilmu tersebut. 

Jadi, jangan belajar, belajar dan belajar, Sebaliknya, belajar, buat, belajar, buat dan seterusnya.

3. Semangat Mampu Mengubah Segalanya

Bila kita dalam kesusahan memang penting untuk kuatkan semangat. Tapi semangat hanyalah solusi jangka masa pendek. Anda takkan mampu semangat selama 24jam, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Sebaliknya kerja secara sistematik yang mampu memberikan hasil secara konsisten. 

Aplikasikan teknik-teknik produktiviti yang anda pernah belajar. Bina satu sistem kerja yang khusus untuk diri anda sendiri dengan elemen seperti matlamat, sistem rujukan, senarai kerja, carta keutamaan, aliran kerja dan lain-lain.

4. Data Adalah Segalanya

Di zaman IT ini data adalah storan maklumat yang sangat penting dalam membuat sesuatu tugasan atau keputusan. Tetapi tidak bermakna naluri atau firasat tidak lagi penting kerana hakikatnya naluri adalah jutaan maklumat dalam otak manusia yang diproseskan dalam keadaan separa sedar. 

Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah fikirkan dengan lebih mendalam mengapa naluri anda condong kearah sesuatu keputusan berbanding yang lain. Praktis untuk merasionalisasikan naluri anda dalam sebuah hujah yang logikal.

5. Kalau Kualiti, Mesti Lambat. Kalau Cepat, Mesti Tak Berkualiti

Siapa je yang tak pernah fikirkan benda ni. Hampir semua. Cuba anda fikirkan semula adakah melaksanakan kerja yang berkualiti dengan pantas itu mustahil.....atau susah? Ya, jawapannya bukan mustahil tetapi susah. Jadikan misi anda untuk buat kerja tidak seperti kebiasaan orang lain iaitu cepat tetapi tak berkualiti sebaliknya cepat DAN berkualiti. Bagaimana? 

Itulah pentingnya bekerja secara bersistem. Lebih efisyen sistem yang anda gunakan lebih mudah untuk anda menghasilkan kerja dengan cepat dan berkualiti. Semakin banyak anda tambah baik sistem kerja semakin dekat anda dengan matlamat. Jadi jika sebelum ini anda tidak bekerja secara bersistem mulakanlah dari sekarang!


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!







Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda