Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda



[Bacaan: 5 Minit]

 Selain formula-formula kewangan yang ada, cara fikir juga penting dalam menentukan halatuju kewangan seseorang. Tanpa cara fikir yang betul, formula kewangan hanya sekadar formula yang anda guna tanpa sebanrang impak yang besar. Ini 10 cara fikir tentang kewangan yang akan mengubah hidup anda.


1. Fokus untuk memberikan nilai kepada orang lain

Sama ada anda memberikan nilai dalam bentuk produk ataupun servis, fahamilah sebenarnya wang adalah hasil dari nilai yang kita berikan. Semakin banyak dan bernilai hasil yang kita boleh berikan, begitulah juga ganjaran yang akan datang bersamanya. Usahakan untuk menggandakan nilai yang mampu kita berikan dengan belajar dan menimba pengalaman.


2. Melabur Pada Diri Sendiri

Ramai yang selalu tanya nak melabur di mana. Jawapannya juga banyak. Tetapi satu jawapan yang kekal relevan dari dulu ialah melabur pertamanya kepada diri sendiri dahulu. Jika anda ada RM100 untuk dilaburkan, selain di ASB, anda juga boleh fikirkan untuk melabur wang tersebut untuk menimba sesuatu ilmu baru yang berpotensi memberi pulangan berlipat kali ganda dalam jangka masa panjang. 


3. Kelilingi Diri Bersama Orang Yang Berjaya

Diri kita bersamaan dengan 5 orang yang terdekat dengan kita. Jika kita selalu bersama dengan orang yang berfikiran negatif dan memberikan pelbagai alasan dalam hidup, hampir mustahil untuk kita mempunyai fikiran yang sebaliknya.

Perlu difahami juga orang yang berjaya tidak semestinya yang sudah mengumpul kekayaan dan sebagainya tetapi juga mereka yang mempunyai ciri-ciri orang yang berjaya seperti rajin bekerja, kurang beralasan, banyak memikirkan masa depan dan tidak terlalu hanyut dengan dunia hiburan.


4. Ambil Risiko Terancang

Lumrah hidup ini sukar untuk kita mencapai kejayaan yang besar tanpa mengambil risiko. Tanyalah mana-mana usahawan yang berjaya, hampir mustahil jika mereka tidak pernah mengambil risiko. Tetapi, bukan bermaksud anda ambil semua risiko yang ada tanpa sebarang perancangan dan analisa. Itu judi namanya.

Buat analisa tentang risiko, ganjaran dan perancangan bagi setiap situasi yang mungkin berlaku. Ambil risiko hanya bagi peluang yang betul-betul berbaloi dan kita betul-betul bersedia dengan perancangan.


5. Bina Pelbagai Aliran Pendapatan

Zaman sekarang semakin mencabar tekanan ekonomi dan krisis global yang tak mampu kita ramalkan. Tapi, apa yang kita boleh buat adalah bersedia. Usaha untuk menambah aliran pendapatan. Jika sebelum ini anda hanya makan gaji, cuba mulakan bisnes secara kecilan sebaiknya tanpa modal yang besar. Mula melaburkan sebahagian dari pendapatan kepada aset atau instrumen yang memberikan pulangan. 

Banyak cara halal untuk tambah pendapatan zaman sekarang dan pilihlah yang mana sesuai dengan situasi anda.


6. Lihat Pada Jangka Masa Panjang

Jika anda hanya fokus jangka masa pendek, mungkin anda rasa usaha anda kurang berbaloi. Tetapi dalam jangka masa panjang, sebarang usaha walaupun kecil akan menatijahkan kepada impak yang besar. Sebagai contoh melabur RM100 sebulan dalam ASB dan sebagainya mungkin tak nampak besar pada awalnya. Setahun baru 1 ribu lebih, 2 tahun 2 ribu lebih. 

Tapi lepas 20 tahun? 20 ribu? 30 ribu? Anda dah dapat RM60,000+- hasil dari RM100 yang nampak kecil pada awalnya. Jika lebih maka lebih lagilah pulangannya.


7. Hidup Di Bawah Kemampuan

Ramai yang sangka mewah itu dengan kereta dan rumah yang besar. Silap. Anda semak semula sama ada rumah dan kereta besar itu sendiri punya atau Bank yang punya?

Mungkin ketika pendapatan masih rendah kita tak fikir sangat tentang perkara ini. Tapi bila pendapatan dah makin meningkat, kita akan mula rasa, "Eh, Aku mampu la nak pakai kereta ni". "Eh, gaji aku lepas la nak beli ni". Rasa mampu itu mula datang tanpa fikir aku mampu tapi, aku perlu ke?

Hiduplah di bawah kemampuan walaupun anda sememangnya mampu memiliki. Gunakan "kemampuan" anda itu untuk membina kekayaan sebenar dan bukannya kekayaan Bank.


8. Jadi Degil

Degil untuk berhenti usaha. Biarpun mengambil masa yang lebih panjang dari apa yang anda sangka, teruskan juga. Biarpun orang lain tidak menyokong usaha anda buat masa ini, teruskan juga. Cukuplah anda sendiri yakin dengan usaha anda dan rezeki Tuhan akan sampai pada masanya.


9. Beri Semula

Kekayaan sebenar bukan terletak kepada berapa banyak yang anda kumpul, tetapi berapa banyak yang anda mampu beri. Semakin banyak anda memberi, semakin mudah anda membeli sesuatu yang paling mahal iaitu 'Ketenangan' dan 'Kebahagiaan'.

Berilah kepada keluarga. Berilah kepada kawan-kawan. Berilah semula kepada masyarakat. Anda akan merasai kekayaan dari dua Dunia.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar