3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter


[Bacaan 4 minit]

1. Follow orang² berilmu.


Contohnya seperti agamawan yang ada kredibiliti. Dulu hanya boleh dengar kuliah di Masjid sekarang tazkirah live dan soal jawab pun ada sebagai pengisian bila ada kekangan untuk ke Masjid (Masjid masih kena pergi ya Tuan-Tuan). Tambahan sekarang Mufti pun ada akaun socmed untuk memudahkan lagi kita mendekati dan menerima kalam mutiara dari mereka.

Kedua golongan penulis buku dalam dan luar negara. Kalau dulu mungkin kita rasa detached dengan penulis buku, macam seorang kanak-kanak dengan adiwira mereka di kaca TV. Tengoklah hari-hari pun tak mungkin dapat berinteraksi dengan dengan Kamen Rider Ryuki. Berbeza hari ini dengan socmed seperti Twitter kita boleh follow mereka ini secara langsung bahkan berinteraksi melalui DM dan reply. Tapi apa yang paling seronok sekali bila dapat baca perkongsian mereka hampir setiap hari secara percuma! Antara penulis yang ada seperti James Clear (Atomic Habit), Morgan Housel (The Psychology of Money) dan ramai lagi.

Ketiga adalah perancang kewangan yang bertauliah (atau tidak, bergantung kepada pilihan peribadi anda) Sekali sekala scroll mungkin anda akan dapat tips kewangan. Mana tahu dengan panduan itu boleh mengubah kondisi kewangan anda pada masa akan datang. 

Akhir sekali figura² dalam industri kerjaya anda. Golongan inilah yang akan membantu memberi gambaran tentang masa depan industri, kemahiran yang penting untuk upgrade kerjaya anda bahkan membantu dari segi networking.


2. Block kumpulan yang toxic atau tak bermanfaat


Contohnya ekstrimis politik yang hari² bergaduh tentang politik. Tak disangkal politik ini penting kepada semua individu kerana politik ini memberi kesan kepada setiap seorang daripada kita. Tetapi input yang berlebihan dan tak bermanfaat macam pergaduhan, fitnah menfitnah ini tak memberi apa-apa manfaat kepada kita. Seterusnya peminat selebriti tegar yang hari² posting pasal hiburan. 

Jika anda sudah menjangkau usia dewasa (20an) kurangkanlah berita tentang hiburan. Banyak lagi urusan yang lebih penting yang memerlukan fokus kita dan portion hiburan khususnya berita hiburan selebriti ini akan mencuri 'tabung fokus' kita yang terhad. Tak lupa juga geng teori konspirasi yang tak pernah putus dengan agenda mereka. Tamatkanlah zaman konspirasi tu, bagilah peluang pada budak-budak sekolah sahaja yang bicara pasal ini. Kita punya banyak lagi tanggungjawab realiti yang perlu ditunaikan berbanding melayan teori konspirasi. 


3. Mute individu atau perkataan yang tak berfaedah


Ya, ini salah satu tools yang istimewa dalam Twitter. Anda boleh mute sahaja perkataan atau nama yang anda malas ambil tahu. Sebagai contoh kita dah block individu A tapi perbualan mengenai A masih boleh lalu di timeline anda tapi bila anda mute A 90% perbualan tak kan keluar kecuali yang tak mention nama secara direct.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah


Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!


Comments

Popular posts from this blog

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda