3 Tips Bina Tabiat Membaca


[Bacaan 4 minit]

1. Mulakan dengan minat


Kalau anda minat kucing, cari buku tentang kucing. Begitu juga jika minat haiwan lain, memasak, kopi, astronomi dan berbagai lagi. Tak semua orang perlu membaca topik² seperti geopolitik, ekonomi, sejarah tamadun dan lain² melainkan itu memang minat anda. Mulakan dengan membaca tentang topik yang anda minat.


2. Kotak Masa/Time-block


Kaedah time block ini antara kaedah yang popular digunakan. Khususkan satu masa yang kebiasaannya anda lapang seperti awal pagi, petang selepas kerja ataupun malam sebelum tidur. Simpan masa tersebut khusus untuk anda membaca. Penting untuk anda khusus kan masa kerana dalam dunia yang penuh "kesibukan" realiti dan dunia digital ini hakikatnya sukar untuk kita fokus apatah lagi konsisten membuat sesuatu perkara melainkan dengan perancangan yang baik.


3. Pasangkan matlamat


Matlamat di sini ada dua. Pertamanya jangka masa panjang, keduanya matlamat minima. Matlamat jangka masa panjang sebagai contoh anda boleh letakkan sasaran 10 buku untuk dihabiskan dalam setahun. Atau 1 buku sebulan dan sbgnya. Matlamat minima sebagai contoh 5m/s sehari bahkan 1 m/s pun tak mengapa bergantung kepada kemampuan masing². Tetapi anda harus maklum tabiat ini haruslah dibina secara harian. Ini kerana 'wahyu' untuk membaca ini terlalu besar nilainya untuk dibuat secara ala kadar.


Tips Bonus


Tak disangkal akan ada masa yang kita terpaksa tinggal rutin atas faktor² tertentu. Tapi, jangan tinggalkan tabiat harian terlalu lama. Ini kerana apa yang anda tinggal bukan 1-2 hari tersebut tetapi mungkin 40-50 hari atau lebih yang anda telah konsisten membina momentum membaca. Jadi elakkan tinggal lebih dari 2 hari.


Tak kira di mana sahaja anda dalam fasa kehidupan, membaca mampu mengubah kehidupan. 


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah


Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda