Jangan Bazirkan Idea Anda! 5 Langkah Untuk Mengubah Hidup Melalui Idea
[Bacaan 5 minit]
Sedar atau tak otak kita ni berfikir macam-macam perkara setiap hari, setiap jam bahkan setiap minit. Kadang perkara logikal, kadang benda pelik-pelik itulah hasil daripada bahan-bahan yang kita hadam dari media sosial tapi ini cerita lain hari. Point saya di sini otak kita sentiasa berfikir dan sebab inilah kita boleh terfikir sesuatu idea bila-bila masa tak kira di mana. Kadang di rumah, kadang di tempat kerja, kadang dalam jamban pun kerap juga timbul idea baru. Tak semestinya bila sesi brainstorming dalam mesyuarat baru keluar idea bahkan time nak brainstorm itulah otak kita boleh jadi stuck sebab idea tidak semestinya bergantung kepada sesuatu masa atau tempat.
Maka langkah pertama yang anda perlu buat ialah catatkan idea sejurus selepas timbul idea. Tak kira anda rasa bagus atau tak. Jangan bertangguh sebab otak kita bukanlah mesin penyimpan data terbaik. Tengok sahajalah berapa ramai kaum suami yang terkantoi masa hari anniversary. Kalau bukan kerana Abe Zuckerberg yang ingatkan setiap tahun naya kita. Jadi gunakanlah teknologi yang ada yakni smartphone yang hampir pasti berada di tangan kita sepanjang masa. Gunakan mana-mana aplikasi menyimpan nota seperti Google Keep khas untuk mengumpulkan idea-idea anda.
Langkah ke-2 adalah menyusun dan menapis idea-idea yang telah dikumpulkan. Ya, langkah yang kedua menyusun idea mengikut kategori. Sebagai contoh idea dalam kerjaya dan idea untuk perniagaan. Lebih terperinci lebih baik. Idea ini juga tak semestinya melibatkan projek sahaja, boleh jadi idea untuk memudahkan kerja anda, membantu anda hidup lebih sihat dan berbagai lagi, yang penting anda susun mengikut kategori. Kemudian langkah ke-3 barulah anda mula menapis idea yang anda fikirkan bagus atau tak. Bila ada masa yang khusus barulah anda lebih cekap untuk membuat keputusan berbanding ketika anda baru sahaja mendapat idea tersebut. Idea yang tak bagus boleh terus buang manakala idea yang anda rasa mempunyai potensi simpankan sebagai rujukan.
Langkah ke-4 adalah mengembangkan idea yang telah ditapis. Cuba fikirkan adakah idea ini boleh ditambahbaik? Apakah perkara-perkara lain yang melibatkan idea tersebut dan boleh tak ia diintegrasikan bersama? Bagaimanakah cara untuk mengaplikasikan idea ini secara praktikal? Buat pembacaan terhadap topik yang melibatkan idea tersebut untuk membantu anda mengembangkannya. Kongsikan bersama orang yang anda percayai dan juga individu yang berkelayakan mengenai topik tersebut. Dapatkan pandangan mereka.
Langkah ke-5 dan terakhir selepas anda memproses dan mengembangkan idea tersebut adalah mula aplikasikannya dalam kehidupan anda. Sama ada ia suatu projek baru atau cara kerja yang baru, manfaatkan idea tersebut dengan menggunakannya kerana akhirnya itulah yang akan menentukan sama ada idea anda bernilai atau tidak. Ulang proses ini dari awal hingga akhir. Mungkin daripada 10 idea hanya 1 yang bernilai tetapi 1 itulah yang mampu mengubah hidup anda!
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment