Buy Now Pay Later VIRUS EKONOMI MILLENIALS


[Bacaan 4 minit]

Kalau masih ingat zaman dulu orang berhutang untuk rumah dan kereta. Kemudian masyarakat mula berhutang untuk perabot dan perkakas elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk. Masuk zaman tahun 2015 orang mula berhutang untuk telefon pula. Akhirnya kini keluar pula sistem hutang untuk SECAWAN KOPI!


Inilah normalisasi sistem hutang melalui sistem BNPL atau Buy Now Pay Later. Hutang ini bukanlah sesuatu perkara yang keji bahkan dibenarkan dalam Islam sendiri dengan konsep Qordhul Hasan. Tetapi apa yang menjadi kerisauan zaman sekarang adalah kemampuan dan tujuan untuk berhutang sudah sampai ke tahap tidak rasional. Kalau tak percaya cuba anda lihat sistem BNPL di shopee dan barang yang boleh dibeli dengan sistem tersebut. Realitinya hingga seluar dalam pun boleh dibeli secara hutang!


Sistem inilah yang akhirnya memangsakan golongan millennial, 25-44 tahun yang mendominasi 60% golongan muflis di Malaysia. Terperangkap dengan budaya consumerism dan tekanan orang sekeliling untuk berbelanja lebih dari kemampuan. Selagi kopi tak bertulis nama sendiri maka belum rancak. Selagi tak memandu H di kampung halaman maka belum berjaya. Selagi tweet belum "via iPhone" maka belum cukup gah.


Mungkin ada yang tertanya bukankah sistem ini sama sahaja dengan konsep credit card yang sudah lama bertapak di Malaysia? Ya, sistem ini mirip sebagai konsep hutang tetapi CC sekurangnya masih melihat kelayakan sebelum diluluskan permohonan. Sedangkan sistem credit card ini sendiri sudah menjadi penyumbang dalam1000 kes muflis sebulan di negara ini apatah lagi jika syaratnya cuma sekeping IC. 


Suka untuk diulang sistem hutang ini bukanlah sesuatu yang keji bahkan sistem hutang ini jugalah digunakan oleh Top 5% dengan konsep leverage loan untuk memperoleh aset dan sebagainya. Tetapi itulah masalahnya. Hanya 5%. Selebihnya tidak. Apapun sedikit nafas lega pada awal November yang lepas BNM telahpun mengumumkan bahawa mereka akan mula memantau sistem BNPL menjelang 2022.


Semoga golongan muda lebih bijak dalam pengurusan kewangan. Berlibur itu tak salah tapi ingatlah kata kuncinya "jangan berbelanja melebihi kemampuan"


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah


Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda