Posts

Showing posts from January, 2023

Tak Payah Baca Buku Tebal-Tebal, Anak Muda Hanya Perlu Elak 7 Kesilapan Kewangan

Image
  [Bacaan 5 Minit] Dulu zaman belajar mungkin mak ayah yang beri duit poket setiap hari. Balik rumah pun pasti ada makanan walaupun sepinggan nasi dan telur goreng. Tapi bila dah habis belajar di sekolah dan pengajian tinggi, mula cari duit sendiri, kita sepatutnya bertanggungjawab 100% atas kewangan sendiri dan tak lagi harapkan Mak Ayah. Bahkan patut dah mula balas jasa Mak dan Ayah. Tapi, atas sebab kekurangan ilmu dan cabaran-cabaran masa kini ramai anak muda yang gagal laksanakan tanggungjawab masing-masing. Jadi hari ni saya nak kongsikan 7 kesilapan yang anak muda perlu elak untuk urus kewangan dengan bijak tanpa baca buku tebal-tebal. 1. Tak Kira Cashflow (Sebab Takut Negatif) Bagi yang tak tahupun cashflow tu apa, cashflow adalah aliran tunai kewangan anda. Secara mudahnya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Biasanya dikira secara bulanan sebab majoriti pendapatan kita (gaji) masuk secara bulanan.  Ramai yang tak kira cashflow sama ada tak tahu atau takut nak...

Prinsip 80/20: Rahsia Hidup Lebih Bermakna

Image
  [Bacaan 3 Minit] Dalam hidup kita pasti ada beberapa situasi yang kita akan perasan, "Lah aku buat yang ni bagai nak gila results macam ni je. Tapi yang aku buat ala kadar ini lagi perform ". Haa, itulah elemen-elemen dalam prinsip 80/20. Apa itu prinsip 80/20? Prinsip 80/20 mengatakan 80% hasil yang kita peroleh sebenarnya adalah dari 20% usaha yang kita lakukan. Contoh, 9 jam kerja biasanya hanya 2 jam yang produktif. 5 projek yang kita buat akhirnya hanya 1 yang betul-betul berjaya. 2 jam diluangkan dengan keluarga rasa lebih bermakna dari 6 jam dengan kenalan biasa. Itulah antara situasi di mana konsep 80/20 ini berlaku. Apa kesimpulannya? (Ya, kejap je terus masuk kesimpulan) Hidup kita akan lebih bermakna dan berimpak bila kita fokus dan luangkan masa kepada 20% perkara yang akan berikan 80% hasil dalam hidup kita. Bagaimana? Kenalpasti apakah 20% dalam hidup anda. Tanya diri anda, Apakah projek yang paling anda banggakan? Siapakah golongan paling banyak memberikan i...

7 Realiti Tentang Kerjaya Yang Tak Ramai Orang Berani Sebut

Image
  [Bacaan 4 Minit] Jika kita dah selalu baca tentang tips-tips kerjaya pasti kita dah jumpa beberapa panduan yang membantu seperti jangan takut untuk gagal, produktiviti membawa kepada kejayaan dan lain-lain. Tapi, hari ni saya nak kongsikan 5 realiti tentang kerjaya yang orang tak berani sebut tetapi perlu anda faham untuk berjaya dalam kerjaya. 1. Prestasi Membawa Kejayaan....Hanya Jika Boleh Dinilai Betul, prestasi kerja memang membantu kita untuk mencapai kejayaan. Tetapi perlu kita sedar jika prestasi kerja kita lebih berbanding orang lain sekalipun, tetapi hasilnya tidak boleh dinilai, percayalah, level kita akan dilihat sama sahaja seperti mereka yang lain. Kerjalah lebih masa sekalipun, jika hasil kerja itu tidak boleh dinilai maka kita sukar untuk mendapat ganjaran yang setimpal. 2. Orang Sekeliling Yang Menilai Kejayaan Dalam sesetengah industri seperti seni dan sebagainya, prestasi seseorang itu tak mudah untuk dinilai. Dalam situasi itu, hakikatnya orang sekeliling yan...