7 Realiti Tentang Kerjaya Yang Tak Ramai Orang Berani Sebut

 



[Bacaan 4 Minit]

Jika kita dah selalu baca tentang tips-tips kerjaya pasti kita dah jumpa beberapa panduan yang membantu seperti jangan takut untuk gagal, produktiviti membawa kepada kejayaan dan lain-lain. Tapi, hari ni saya nak kongsikan 5 realiti tentang kerjaya yang orang tak berani sebut tetapi perlu anda faham untuk berjaya dalam kerjaya.


1. Prestasi Membawa Kejayaan....Hanya Jika Boleh Dinilai

Betul, prestasi kerja memang membantu kita untuk mencapai kejayaan. Tetapi perlu kita sedar jika prestasi kerja kita lebih berbanding orang lain sekalipun, tetapi hasilnya tidak boleh dinilai, percayalah, level kita akan dilihat sama sahaja seperti mereka yang lain. Kerjalah lebih masa sekalipun, jika hasil kerja itu tidak boleh dinilai maka kita sukar untuk mendapat ganjaran yang setimpal.


2. Orang Sekeliling Yang Menilai Kejayaan

Dalam sesetengah industri seperti seni dan sebagainya, prestasi seseorang itu tak mudah untuk dinilai. Dalam situasi itu, hakikatnya orang sekeliling yang akan menjadi penentu sama ada hasil kerja kita berjaya ataupun tidak. Jadi nak buat apa?

Pastikan kita membina kelompok kenalan yang mampu memberi kesan positif terhadap hasil kerja kita. Selain dari kualiti kerja itu sendiri, kualiti penyampaian kita tentang hasil kerja kepada orang sekeliling juga sebenarnya menjadi penentu sama ada kita berjaya ataupun tidak.


3. Cari Jalan Untuk Dikenali

Tak ada orang yang suka nak menjaja diri sendiri, betul. Tapi, bila melibatkan hasil kerja, kita tak boleh selalu mendiamkan diri sahaja. Ramai orang-orang yang berjaya bukanlah kerana terlalu hebat tahap kerjanya berbanding orang lain. Tetapi, bagaimana mereka memastikan setiap hasil kerja disampaikan kepada orang yang sepatutnya membezakan hasil yang mereka peroleh. Saya ulang sekali lagi, hasil kerja dan menyampaikan hasil kerja kita kepada orang sekeliling kedua-duanya sama penting.


4. Kejayaan Lebih Membawa Kepada Kejayaan Berbanding Kegagalan

Ramai orang sebut setiap kegagalan adalah jalan kepada kejayaan. Tak salah. Tetapi realitinya kejayaan lebih mudah datang selepas kita mencapai sesuatu kejayaan. Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai rekod kejayaan-kejayaan kecil dibelakang mereka. Kenapa?

Pertama, orang yang pernah merasai kejayaan akan lebih yakin untuk terus mencuba kerana mereka dah merasai manisnya kejayaan dari hasil usaha sendiri.

Kedua, orang yang pernah mencapai kejayaan akan menerima lebih banyak peluang berbanding mereka yang tidak pernah berjaya. Anda sendiri jika diberi peluang memilih pasukan kerja pasti cenderung memilih mereka yang mempunyai banyak rekod kejayaan betul?


5. Hanya Seorang Dari Satu Pasukan Akan Menerima Paling Banyak Hasil Kejayaan

Walaupun pahit ditelan tapi inilah realitinya. Walaupun dilakukan secara berpasukan kebiasaannya sesuatu kejayaan itu akan lebih dilihat pada seorang sahaja, biasanya ketua pasukan. Jadi, jika anda diberikan peluang untuk memimpin sesuatu tugasan, terima sahaja dan buatlah yang terbaik.


6. Idea Hanya Bernilai Jika Bermanfaat

Dalam apa-apa tugasan sekalipun pasti ada situasi di mana idea-idea diperlukan. Anda pun lontarkan pelbagai idea yang anda rasa cukup hebat. Maaf. Selagi mana idea anda hanya diutarakan tetapi tidak diterjemah kepada pelaksanaan, ianya tidak dilihat sebagai bernilai pada orang sekeliling. 

Pastikan anda terjemahkan idea-idea hebat dalam bentuk pelaksanaan untuk memastikan idea anda memberi manfaat kepada orang sekeliling sekaligus benar-benar dilihat sebagai bernilai.


7. Produktiviti Membawa Kejayaan

Inilah yang saya sebut diawal tadi dan hakikatnya memang perkara ini adalah realiti. Produktiviti sememangnya mendekatkan diri anda kepada kejayaan. Lebih banyak produktivti bermakna lebih banyak kejayaan. Tapi sebelum tu pastikan anda jelas apa itu produktiviti. 

Produktiviti berasal dari perkataan asal Inggeris, "Produce" atau maksudnya hasil. Produktivti bermaksud kadar penghasilan. Ia tak mengambil kira berapa lama masa yang anda ambil untuk hasilkan sesuatu. Jadi jika anda kerja lebih masa berbanding orang lain tetapi hasilnya sama jadi anda masih berada pada tahap yang sama.  

Jadi belajarlah untuk meningkatkan hasil yang lebih banyak dan lebih berkualiti dengan masa yang lebih singkat.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda