Prinsip 80/20: Rahsia Hidup Lebih Bermakna

 


[Bacaan 3 Minit]

Dalam hidup kita pasti ada beberapa situasi yang kita akan perasan, "Lah aku buat yang ni bagai nak gila results macam ni je. Tapi yang aku buat ala kadar ini lagi perform". Haa, itulah elemen-elemen dalam prinsip 80/20. Apa itu prinsip 80/20?

Prinsip 80/20 mengatakan 80% hasil yang kita peroleh sebenarnya adalah dari 20% usaha yang kita lakukan. Contoh,


9 jam kerja biasanya hanya 2 jam yang produktif.

5 projek yang kita buat akhirnya hanya 1 yang betul-betul berjaya.

2 jam diluangkan dengan keluarga rasa lebih bermakna dari 6 jam dengan kenalan biasa.

Itulah antara situasi di mana konsep 80/20 ini berlaku.

Apa kesimpulannya? (Ya, kejap je terus masuk kesimpulan)

Hidup kita akan lebih bermakna dan berimpak bila kita fokus dan luangkan masa kepada 20% perkara yang akan berikan 80% hasil dalam hidup kita. Bagaimana?

Kenalpasti apakah 20% dalam hidup anda. Tanya diri anda,


Apakah projek yang paling anda banggakan?

Siapakah golongan paling banyak memberikan ilmu dan pengalaman dalam hidup anda?

Apakah perkara yang anda usahakan yang memberikan hasil lebih dari anda sangkakan?

Siapakah individu-individu yang anda rasa paling ingat memori bersama?

Apakah aktiviti yang anda tak pernah bosan nak buat?

Apakah pengalaman anda yang anda rasa seronok lebih dari apa yang anda sangka?


Selepas anda kenalpasti 20% anda, langkah seterusnya adalah memberikan fokus dan lebih banyak masa kepada aktiviti, projek dan individu ini. Tapi bagaimana nak gandakan lagi 20% ni?

Anda perlu kenalpasti juga 80% perkara dalam hidup anda yang tak mendatangkan impak dan pengalaman yang bermakna dalam hidup anda. 80% inilah aktivti, projek dan individu yang menghabiskan sumber anda yang paling terhad, iaitu masa.

Nak buat apa dengan 80% ini pula?

Buang atau kurangkan sebanyak mungkin. 

Bahagikan perkara itu kepada orang lain.

Contoh, mungkin mengemas rumah tak memberi pengalaman yang bermakna untuk anda. Jadi, anda boleh gunakan servis mengemas rumah dan menggunakan masa itu untuk meluangkan masa dengan berjalan-jalan dengan keluarga yang lebih memberikan pengalaman yang baik.

Contoh lain pula, mungkin bermain video game sebenarnya tidaklah memberi kepuasan yang tinggi kepada anda. Sebaliknya, bersukan dengan kawan mungkin lebih seronok mengikut pengalaman anda. Jadi, anda boleh tukarkan aktiviti video game tadi kepada bersukan dengan kawan.

Itulah contoh-contoh bagaimana prinsip 80/20 ini mampu menjadikan hidup anda lebih bermakna.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda