Posts

Showing posts from November, 2021

Jangan Bazirkan Idea Anda! 5 Langkah Untuk Mengubah Hidup Melalui Idea

Image
[Bacaan 5 minit] Idea atau ilham adalah buah fikiran tentang sesuatu aspek dalam sesuatu perkara. Konsep tentang idea ini terlalu luas untuk dibincangkan tapi hari ni saya hanya nak kongsi dengan anda 5 langkah untuk mengubah hidup anda melalui idea.  Sedar atau tak otak kita ni berfikir macam-macam perkara setiap hari, setiap jam bahkan setiap minit. Kadang perkara logikal, kadang benda pelik-pelik itulah hasil daripada bahan-bahan yang kita hadam dari media sosial tapi ini cerita lain hari. Point saya di sini otak kita sentiasa berfikir dan sebab inilah kita boleh terfikir sesuatu idea bila-bila masa tak kira di mana. Kadang di rumah, kadang di tempat kerja, kadang dalam jamban pun kerap juga timbul idea baru. Tak semestinya bila sesi brainstorming dalam mesyuarat baru keluar idea bahkan time nak brainstorm itulah otak kita boleh jadi stuck sebab idea tidak semestinya bergantung kepada sesuatu masa atau tempat. Maka langkah pertama yang anda perlu buat ialah catatkan idea sej...

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

Image
[Bacaan 4 minit] 1. Follow orang² berilmu. Contohnya seperti agamawan yang ada kredibiliti. Dulu hanya boleh dengar kuliah di Masjid sekarang tazkirah live dan soal jawab pun ada sebagai pengisian bila ada kekangan untuk ke Masjid (Masjid masih kena pergi ya Tuan-Tuan). Tambahan sekarang Mufti pun ada akaun socmed untuk memudahkan lagi kita mendekati dan menerima kalam mutiara dari mereka. Kedua golongan penulis buku dalam dan luar negara. Kalau dulu mungkin kita rasa detached dengan penulis buku, macam seorang kanak-kanak dengan adiwira mereka di kaca TV. Tengoklah hari-hari pun tak mungkin dapat berinteraksi dengan dengan Kamen Rider Ryuki . Berbeza hari ini dengan socmed seperti Twitter kita boleh follow mereka ini secara langsung bahkan berinteraksi melalui DM dan reply . Tapi apa yang paling seronok sekali bila dapat baca perkongsian mereka hampir setiap hari secara percuma! Antara penulis yang ada seperti James Clear (Atomic Habit), Morgan Housel (The Psychology of Money) dan r...

3 Tips Bina Tabiat Membaca

Image
[Bacaan 4 minit] 1. Mulakan dengan minat Kalau anda minat kucing, cari buku tentang kucing. Begitu juga jika minat haiwan lain, memasak, kopi, astronomi dan berbagai lagi. Tak semua orang perlu membaca topik² seperti geopolitik, ekonomi, sejarah tamadun dan lain² melainkan itu memang minat anda. Mulakan dengan membaca tentang topik yang anda minat. 2. Kotak Masa/Time-block Kaedah time block ini antara kaedah yang popular digunakan. Khususkan satu masa yang kebiasaannya anda lapang seperti awal pagi, petang selepas kerja ataupun malam sebelum tidur. Simpan masa tersebut khusus untuk anda membaca. Penting untuk anda khusus kan masa kerana dalam dunia yang penuh "kesibukan" realiti dan dunia digital ini hakikatnya sukar untuk kita fokus apatah lagi konsisten membuat sesuatu perkara melainkan dengan perancangan yang baik. 3. Pasangkan matlamat Matlamat di sini ada dua. Pertamanya jangka masa panjang, keduanya matlamat minima. Matlamat jangka masa panjang sebagai contoh anda boleh...

Buy Now Pay Later VIRUS EKONOMI MILLENIALS

Image
[Bacaan 4 minit] Kalau masih ingat zaman dulu orang berhutang untuk rumah dan kereta. Kemudian masyarakat mula berhutang untuk perabot dan perkakas elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk. Masuk zaman tahun 2015 orang mula berhutang untuk telefon pula. Akhirnya kini keluar pula sistem hutang untuk SECAWAN KOPI! Inilah normalisasi sistem hutang melalui sistem BNPL atau Buy Now Pay Later. Hutang ini bukanlah sesuatu perkara yang keji bahkan dibenarkan dalam Islam sendiri dengan konsep Qordhul Hasan. Tetapi apa yang menjadi kerisauan zaman sekarang adalah kemampuan dan tujuan untuk berhutang sudah sampai ke tahap tidak rasional. Kalau tak percaya cuba anda lihat sistem BNPL di shopee dan barang yang boleh dibeli dengan sistem tersebut. Realitinya hingga seluar dalam pun boleh dibeli secara hutang! Sistem inilah yang akhirnya memangsakan golongan millennial, 25-44 tahun yang mendominasi 60% golongan muflis di Malaysia. Terperangkap dengan budaya consumerism dan tekanan orang sekeliling...