Dopamin, Ketagihan Kita Semua
[Bacaan 5 Minit]
Pernah dengar Dopamin? Dopamin adalah sejenis 'hormon gembira' yang bertindak meransang otak kita untuk merasa 'seronok' bila melakukan sesuatu aktiviti. Dopamin penting sebagai motivasi untuk kita melakukan apa-apa aktiviti. Walaubagaimanapun, zaman sekarang kita lebih banyak terdedah dengan Dopamin Pleasure yang memberikan kesan buruk berbanding Dopamin Pain yang memberikan kesan positif dalam jangka masa panjang. Apa pula Dopamin Pain dan Dopamin Pleasure ni?
Dopamin Pain adalah ransangan kepuasan berpanjangan yang berhasil dari aktiviti yang menggunakan tenaga dan fokus yang tinggi. Sebagai contoh, bersukan dan mengeluarkan peluh akan menyebabkan otak kita mengeluarkan hingga 100%-200% Dopamin yang memberikan rasa kepuasan selain menyihatkan badan. Dopamin Pleasure pula adalah ransangan keseronokan untuk tempoh singkat dari aktiviti yang melibatkan penggunaan sesuatu bahan yang mempunyai toleransi keburukan yang rendah.
Sebagai konteks, bahan yang mempunyai toleransi keburukan yang rendah contohnya adalah aiskrim manakala bahan yang mempunyai toleransi keburukan yang tinggi adalah seperti sayur. Jika anda makan 500gram aiskrim dan 500gram sayur, anda akan menerima kesan buruk yang lebih tinggi daripada aiskrim tersebut berbanding sayur walaupun dimakan dalam jumlah yang sama.
Dopamin Pleasure bukanlah sesuatu larangan secara total tetapi perlu diambil dalam jumlah yang kecil. Jauh lebih kecil daripada apa yang kita ambil sekarang. Lihat sahaja berapa banyak kedai manisan yang ada sekarang? Berapa jam sehari yang dihabiskan dengan media sosial? Inilah yang menyebabkan Dopamin dalam badan kita berada pada tahap yang tidak sihat dan seimbang.
Paras Dopamin yang tidak sihat akan menyebabkan kita mudah hilang fokus. Cuba fikir setiap kali anda belajar atau buat kerja, berapa lama diri anda boleh fokus sebelum mencapai telefon untuk tengok socmed? 1 Jam? 30 Minit? 10 Minit? Sebenarnya notifikasi pada telefon dan socmed juga adalah sumber Dopamin Pleasure yang dirangka dengan teliti oleh Pembangun Media Sosial seperti Mark Zuckerberg (Facebook) dan Jack Dorsey (Twitter). Keberadaan Dopamin Pleasure yang begitu mudah untuk didapati hari ini menyebabkan ramai yang tidak mampu fokus dan hakikatnya mempunyai masalah ketagihan yang kritikal tetapi dilihat normal kerana bahan itu tidak bernama dadah dan seumpamanya.
Jadi bagaimana pula untuk merawat masalah ketagihan Dopamin ini? Seorang Doktor Perubatan dari Universiti Stanford, Anna Lembke telahpun berkongsi 2 cara untuk merawat masalah ketagihan Dopamin ini. Cara ini berbalik kepada 2 jenis Dopamin tadi, Dopamin Pain dan Dopamin Pleasure. Cara pertama adalah dengan meningkatkan aktiviti Dopamin Pain seperti bersukan, mandi air sejuk dan membaca buku. Cara kedua adalah dengan mengurangkan pengambilan Dopamin Pleasure seperti manisan dan media sosial.
Dr Anna juga berkata jika seseorang itu mampu mengamalkan 2 kaedah ini selama 30 hari, paras Dopamin dalam otak mereka akan mula pulih dan berada pada tahap yang seimbang. Keadaan ini akan menyebabkan mereka tidak lagi ketagihan Dopamin dan mampu untuk fokus dengan lebih baik dalam apa-apa aktiviti.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment