Posts

Showing posts from May, 2022

Melekat Dengan Phone? Jangan Biar Lama-Lama

Image
  [Bacaan 4 Minit] Kalau kita keluar rumah, tertinggal apa yang akan buat kita terus patah balik nak ambil? Ya, semestinya telefon masing-masing. Di rumah, tempat kerja, bahkan dalam tandas pun di bawa. Memang tak sangkal telefon dah jadi sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi, jangan ambil mudah kerana telefon (termasuklah aplikasi di dalamnya) boleh menyebabkan ketagihan yang memberi kesan negatif. Anda boleh baca lebih lanjut tentang ketagihan dan dopamin di sini. Lihat sahaja hari ni berapa ramai anak muda yang terlekat dengan telefon bermain permainan video hingga berjam-jam lamanya. Mereka yang tak main permainan video pun tak kurang juga menghabiskan masa dengan media sosial. Ketagihan yang tak sihat ini menyebabkan kehidupan seharian kita tidak seimbang. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk perkara tidak penting akhirnya perkara yang lebih penting seperti masa untuk keluarga, penjagaan kesihatan, pembelajaran dan ibadah tak dapat diuruskan dengan baik. Ketagihan...

11 Cara Untuk Level Up Dalam Kerjaya

Image
  [Bacaan 5 Minit] 1. Duduk Bersama Orang Hebat Duduk bersama orang hebat secara tak langsung akan menanam nilai-nilai hebat dalam diri kita juga. Sebagai contoh jika anda ada 5 orang kawan dan kesemua mereka rajin membaca buku, kemuingkinan besar anda juga akan praktis aktiviti yang sama. Dalam masa yang sama elakkan dari orang yang selalu berfikiran negatif, berkata belakang dan macam-macam sikap yang mundur. 2. Jadi Team Player Yang Baik Seorang pemimpin yang baik bermula dari seorang rakan yang baik. Pastikan anda menjadi Team Player dan sentiasa membantu dan membimbing rakan sekerja dalam aspek yang anda mahir. Jangan kedekut ilmu kerana ilmu itu semakin dikongsi semakin dikuasai. 3. Cari Mentor Cari peluang untuk mendapatkan seorang mentor. Tujuannya supaya anda sentiasa mendapat maklum balas tentang kerja yang anda lakukan. Sama ada ia sudah cukup baik atau perlu ditambah baik. Jika perlu ditambah baik pula apa yang perlu ditambah. Semua ini adalah sebab utama mengapa anda p...

Sikap Yang Mengikat Anda Jadi Orang Biasa-Biasa

Image
  [Bacaan 4 Minit] Dalam hidup ini setiap orang diberi pilihan. Apa yang nak dibuat hari ini, apa yang nak dicapai dalam hidup dan siapa mereka nak jadi. Sebenarnya sikap kita sendiri akan menonjolkan siapa yang kita nak jadi sama ada orang biasa-biasa atau orang luar biasa yang boleh capai kejayaan dalam hidup. Ini sikap-sikap yang menandakan anda memilih untuk menjadi orang biasa-biasa. 1. Mudah Putus Asa Sikap pertama ini merupakan pemisah utama antara orang biasa-biasa dan orang luar biasa. Anda boleh tanya sendiri golongan yang berjaya ini tak kira bidang apa pasti mereka akan jawab kunci paling utama adalah tak mudah putus asa. Sebaliknya bagi orang biasa-biasa apabila menemui kesukaran mereka lebih memilih untuk berhenti separuh jalan. 2. Banyak Telan Hiburan Netflix, Facebook, Twitter dan banyak lagi sumber media bukan sahaja dah ambil alih peranan TV tetapi juga mengambil alih sebahagian besar perhatian dan masa golongan belia. Dalam tempoh sehari agaknya berapa lama kita ...

17 Nasihat Kerjaya Untuk Anak Muda

Image
  [Bacaan 7 Minit] Anak muda yang baru masuk alam kerjaya kadang tak tahu nak buat apa. Masuk kerja, balik kerja dengan harapan sampai masa dapatlah posisi yang lebih tinggi. Tidak. Hanya organisasi yang tidak kompeten sahaja yang mengamalkan konsep itu. Sebaliknya organisasi yang hebat hanya akan megutamakan dan memberi peluang kepada mereka yang hebat. Jadi ini nasihat-nasihat untuk anak muda yang baru bermula dalam kerjaya. 1. Bina Lembaga Penasihat Eh dah macam bina syarikat je? Tak, lembaga penasihat ini bukan untuk syarikat tapi untuk kerjaya anda. Ketika awal fasa kerjaya pastikan anda mempunyai beberapa individu yang boleh berikan pendapat dan nasihat yang baik tentang kerjaya anda. Boleh jadi majikan anda sendiri, rakan sekerja, senior anda, bekas majikan dan kawan yang anda percayai. 2. Selesaikan Masalah Majikan Semua tujuan asas bekerja adalah untuk selesaikan masalah. Jika anda nak meroket kan kerjaya cuba kenal pasti apa masalah utama yang majikan anda hadapi? Semakin...