Sikap Yang Mengikat Anda Jadi Orang Biasa-Biasa

 



[Bacaan 4 Minit]

Dalam hidup ini setiap orang diberi pilihan. Apa yang nak dibuat hari ini, apa yang nak dicapai dalam hidup dan siapa mereka nak jadi. Sebenarnya sikap kita sendiri akan menonjolkan siapa yang kita nak jadi sama ada orang biasa-biasa atau orang luar biasa yang boleh capai kejayaan dalam hidup. Ini sikap-sikap yang menandakan anda memilih untuk menjadi orang biasa-biasa.

1. Mudah Putus Asa

Sikap pertama ini merupakan pemisah utama antara orang biasa-biasa dan orang luar biasa. Anda boleh tanya sendiri golongan yang berjaya ini tak kira bidang apa pasti mereka akan jawab kunci paling utama adalah tak mudah putus asa. Sebaliknya bagi orang biasa-biasa apabila menemui kesukaran mereka lebih memilih untuk berhenti separuh jalan.


2. Banyak Telan Hiburan

Netflix, Facebook, Twitter dan banyak lagi sumber media bukan sahaja dah ambil alih peranan TV tetapi juga mengambil alih sebahagian besar perhatian dan masa golongan belia. Dalam tempoh sehari agaknya berapa lama kita mampu fokus untuk belajar atau bekerja berbanding masa yang boleh dihabiskan dengan media hiburan ni? Kadang scroll TikTok sahaja ingatkan 5 minit rupanya dah 1 jam. Sebenarnya bahan media ini sememangnya dibina dengan cukup teliti menggunakan teknologi dan ilmu psikologi untuk mengambil sebanyak mungkin perhatian kita sebab itu ramai yang dah ketagih dalam diam.

Tanpa kawalan dan perancangan yang baik media hiburan inilah yang akan menghabiskan hari anda dan secara tak langsung seumur hidup anda.


3. Bekerja Mengikut Emosi

Orang biasa bekerja hanya apabila mereka mahu. Jika rasa malas mereka mula buat kerja ala kadar. Orang luar biasa sebaliknya buat kerja mengikut matlamat. Mereka bergantung sepenuhnya kepada disiplin, bukannya emosi. Emosi akan memastikan anda kerja sekadar kerja. Disiplin akan memastikan anda kerja untuk capai matlamat.


4. Tak Rancang Hidup Sendiri

Orang biasa jarang merancang hidup apatah lagi hari mereka. Apa yang mereka buat kebanyakkan adalah sekadar mengikut persekitaran mereka sama ada dalam aktiviti kerja dan sosial. Mereka akan menurutkan segala yang diseru dalam konstruk sosial. Berbeza orang luar biasa tahu nak capai matlamat mereka memerlukan perancangan dan pengorbanan.

Tak semua aktiviti mereka mampu lakukan jadi mereka melakukan apa yang ada dalam perancangan mengikut prioriti hidup sendiri. Ada masa digunakan bersama kawan, ada masa bersama keluarga dan ada masa khusus pula bekerja untuk matlamat mereka.


5. Berfikiran Cetek

Orang biasa berfikir kejayaan yang besar adalah bersifat eksklusif. "Hanya orang terpilih boleh berjaya". Hakikatnya mereka takut usaha jadi sia-sia lalu memilih untuk tidak buat apa-apa. Mereka fikir itulah pilihan terbaik. Di saat mereka berfikir begitu, orang luar biasa sedang merancang apa yang perlu dilakukan untuk berjaya dan terus buat. Bila gagal sekali mereka teruskan lagi. Mereka percaya, "Setiap orang mampu berjaya".


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!




Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda