11 Cara Untuk Level Up Dalam Kerjaya
[Bacaan 5 Minit]
1. Duduk Bersama Orang Hebat
Duduk bersama orang hebat secara tak langsung akan menanam nilai-nilai hebat dalam diri kita juga. Sebagai contoh jika anda ada 5 orang kawan dan kesemua mereka rajin membaca buku, kemuingkinan besar anda juga akan praktis aktiviti yang sama. Dalam masa yang sama elakkan dari orang yang selalu berfikiran negatif, berkata belakang dan macam-macam sikap yang mundur.
2. Jadi Team Player Yang Baik
Seorang pemimpin yang baik bermula dari seorang rakan yang baik. Pastikan anda menjadi Team Player dan sentiasa membantu dan membimbing rakan sekerja dalam aspek yang anda mahir. Jangan kedekut ilmu kerana ilmu itu semakin dikongsi semakin dikuasai.
3. Cari Mentor
Cari peluang untuk mendapatkan seorang mentor. Tujuannya supaya anda sentiasa mendapat maklum balas tentang kerja yang anda lakukan. Sama ada ia sudah cukup baik atau perlu ditambah baik. Jika perlu ditambah baik pula apa yang perlu ditambah. Semua ini adalah sebab utama mengapa anda perlu seorang mentor kerana mereka yang lebih berpengalaman secara tak langsung menjadi shortcut untuk anda perbaiki nilai kerja.
4. Kuasai Kebijaksanaan Emosi
Tak disangkal peningkatan dalam kerjaya selalunya bermaksud peningkatan dalam tanggungjawab. Peningkatan dalam tanggungjawab pula bermaksud peningkatan dalam stress kerja. Jika anda tidak menguasai emosi diri dengan baik, cara anda mengawal dan melepaskan stress mungkin akan menjatuhkan diri sendiri.
5. Berhenti Membandingkan Diri
Setiap orang adalah berbeza. Nilai kita berbeza. Cara kita berbeza dana jalan hidup kita adalah berbeza. Mustahil untuk seseorang mencapai apa jua kejayaan yang sama dalam setiap fasa hidup. Kuncinya adalah fokus dan nikmati perjalanan kerjaya dan hidup anda sendiri.
6. Sentiasa Tepati Janji
Untuk seseorang diberi tanggungjawab dia semestinya perlu menjadi orang yang boleh dipercayai terlebih dahulu. Tiada siapa yang lebih dipercayai melainkan orang yang sentiasa tepati janji dan menjalankan amanah dengan baik.
7. Fokus Pada Kekuatan Sendiri
Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Seekor ikan yang paling hebat tidak akan mampu menangi pertandingan panjat pokok. Fokus menajamkan kelebihan diri anda sendiri. Usahakan untuk mengembangkan kemahiran anda menjadi alat yang sangat bernilai dalam organisasi.
8. Lihat Jauh Ke Depan
Berpandangan jauh akan membantu anda melihat matlamat dan perjalanan dengan lebih jelas. Pastikan anda mempunyai matlamat jangka masa panjang. Dalam tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun, apa yang anda mahu jadi? Matlamat ini penting kerana tanpa matlamat dan tujuan anda tidak mempunyai erti dalam kerjaya. Hidup jadi sekadar hidup dan kerja menjadi sekadar kerja.
9. Jadi Model Yang Anda Gambarkan
Setiap dari kita pasti mampu memikirkan model pekerja terbaik dalam organisasi. Daripada kita mengharapkan orang lain lebih kompeten, menepati masa, kerja dengan efisien, adalah lebih baik supaya kita yang menjadi model contoh dan menterjemahkan segala nilai dan prinsip tersebut. Bak kata omputeh, "Walk the talk".
10. Katakan "Ya"
Ketika fasa awal kerjaya khususnya pastikan mulut kita lebih ringan untuk mengatakan "Ya". Ini kerana setiap amanah yang datang merupakan satu peluang untuk mengasah diri kita menjadi lebih kompeten. Itu jugalah peluang untuk kita buktikan nilai kita dalam organisasi. Jika kita lebih banyak mengatakan "Tidak", lambat laun peluang yang datang semakin berkurang dan secara tak langsung begitu juga nilai kita dalam organisasi.
11. Labur Pada Diri Sendiri
Untuk memajukan diri sendiri tak kira dalam kerjaya mahupun kehidupan jangan lupa untuk labur pada diri sendiri. Labur pada ilmu, kemahiran dan pengalaman. Buku dan Webinar dan kursus atas talian adalah sangat membantu. Walaupun pelaburan ini tidak nampak pada mata kasar seperti pelaburan kewangan tetapi percayalah setidaknya dalam tempoh 3 tahun akan datang anda akan lihat ganjarannya dalam kerjaya dan kehidupan anda.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment