Melekat Dengan Phone? Jangan Biar Lama-Lama

 


[Bacaan 4 Minit]

Kalau kita keluar rumah, tertinggal apa yang akan buat kita terus patah balik nak ambil? Ya, semestinya telefon masing-masing. Di rumah, tempat kerja, bahkan dalam tandas pun di bawa. Memang tak sangkal telefon dah jadi sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi, jangan ambil mudah kerana telefon (termasuklah aplikasi di dalamnya) boleh menyebabkan ketagihan yang memberi kesan negatif. Anda boleh baca lebih lanjut tentang ketagihan dan dopamin di sini.

Lihat sahaja hari ni berapa ramai anak muda yang terlekat dengan telefon bermain permainan video hingga berjam-jam lamanya. Mereka yang tak main permainan video pun tak kurang juga menghabiskan masa dengan media sosial. Ketagihan yang tak sihat ini menyebabkan kehidupan seharian kita tidak seimbang. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk perkara tidak penting akhirnya perkara yang lebih penting seperti masa untuk keluarga, penjagaan kesihatan, pembelajaran dan ibadah tak dapat diuruskan dengan baik. Ketagihan aplikasi telefon ini juga merendahkan keupayaan seseorang untuk fokus secara tak langsung mengganggu produktiviti kerja.

Inilah peri pentingnya dalam mencegah ketagihan penggunaan telefon pintar. Jangan risau, kalau anda baru nak bermula kerana hari ini saya akan kongsikan 7 cara mudah untuk mengurangkan ketagihan telefon.

1. Berjalan Tanpa Telefon

Ambil masa setiap hari untuk berjalanan sebaiknya di taman-taman rekreasi tanpa membawa telefon anda. Aktiviti ini sebenarnya cukup mudah dan tak memerlukan tempoh yang panjang setidaknya 15-20 minit juga sudah cukup.

2. Guna Jam Loceng Fizikal

Antara kaedah lain untuk mengurangkan ketagihan adalah mengurangkan penggantungan terhadap telefon. Salah satu penggunaan yang boleh digantikan adalah jam penggera yang boleh digantikan dengan jam loceng fizikal.

3. Tutup Notifikasi

Kebanyakan notifikasi dalam telefon anda adalah tidak penting. Pastikan anda menutup segala notifikasi yang tidak mempunyai keutamaan. Kaedah ini juga boleh dilakukan secara berjadual. Sebagai contoh anda boleh tutup notifikasi media sosial dari pukul 8 pagi hingga 5 petang mengikut jadual kerja masing-masing.

4. Padam Aplikasi

Dalam seminggu, berapa aplikasi yang anda gunakan? Dalam sebulan pula bagaimana? Pastinya ada aplikasi yang sebenarnya tidak penting untuk anda dan boleh dipadam untuk mengurangkan lagi gangguan.

5. Jangan Tidur Bersama Telefon

Elakkan tidur bersama telefon. Pastikan anda mempunyai rutin tidur yang baik antaranya mengasingkan diri dari telefon 30 minit hingga 1 jam sebelum waktu tidur. Ini bukan sahaja mengurangkan gangguan bahkan membantu anda untuk tidur lebih baik tanpa gangguan blue light dari skrin telefon.

6. Tetapkan Tujuan

Setiap kali ada mengeluarkan telefon pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus. Nak tanya soalan, nak guna kalkulator, nak semak kalendar dan sebagainya. Selesai sahaja tujuan tersebut letakkan semula telefon tersebut untuk mengelakkan gangguan pada fokus anda.

7. Hari Tanpa Telefon

Anda juga boleh cuba hari tanpa telefon. Untuk mencuba kaedah ini anda perlulah mempunyai jadual harian yang lengkap dan khusus dari siang hingga ke malam. Tanpa jadual yang khusus anda akan mudah untuk kembali mencari telefon untuk mengisi kekosongan dalam hari anda.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!


Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda