5 Langkah Mudah Untuk Buat Keputusan




[Bacaan 4 Minit]

Kajian dari Universiti Cornell mengatakan manusia membuat sebanyak 226.7 keputusan setiap hari pada topik makanan sahaja! Secara puratanya kita membuat hingga 35,000 keputusan setiap hari dari bangun pagi sampai balik tidur.

Pastinya satu kerugian jika kita tak tambah baik berpuluh ribu keputusan yang dibuat setiap hari. Terutamanya keputusan yang penting dalam hidup anda. Di mana anda nak tinggal. Apa pekerjaan yang anda nak buat. Siapa pasangan anda. Apakah yang paling penting dalam hidup anda. Soalan-soalan ini perlu dijawab dengan baik kerana ia akan menentukan hala tuju hidup anda. Jadi ini 5 langkah yang boleh digunakan untuk pastikan keputusan yang anda buat adalah yang terbaik.

1. Kenal Pasti Matlamat

Perkara pertama yang kita perlu jelas adalah matlamat dalam sesuatu keputusan. Contohnya kita nak pilih kerja. Adakah kita nak kejar gaji semata? Atau kita masih diperingkat awal kerjaya dan perlu utamakan membina kemahiran?

Matlamat yang jelas akan membantu kita menjawab soalan-soalan yang sukar.

2. Kumpul Maklumat

Sebelum membuat apa-apa keputusan yang penting kita perlu mengumpul sebanyak maklumat yang muingkin. Sebagai contoh sebelum memilih kerja tadi kita perlu mengenali syarikat atau organisasi yang sedang menggaji. Apa tugas-tugas yang hadir bersama jawatan tersebut? Mengapakah ada kekosongan? Apakah laluan kerjaya bagi jawatan tersebut?

Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 80% maklumat sebelum membuat keputusan yang penting. 

3. Gunakan Maklumat Yang Ada

Selepas anda mendapat segala maklumat yang mampu digali, kini anda boleh mula berdiskusi dengan diri sendiri. Antara metodnya dengan bertanyakan soalan yang kritikal. Sebagai contoh, adakah tanggungjawab dalam jawatan tersebut menepati kemahiran dan minat anda? Jika hanya menepati 70% adakah anda sudah cukup berpuas hati? Adakah anda mampu mencari jawatan yang menepati 100% minat anda? Manakah yang lebih penting pulangan gaji yang tinggi atau waktu kerja yang fleksibel?

Semua maklumat ini harus digunakan dan dihadamkan sebaik mungkin. Bukan sekadar untuk menyimpan maklumat. Segala maklumat yang anda kumpul dan hadamkan tadi perlu dirumuskan menjadi satu konklusi. 

4. Pertimbangkan Implikasi

Antara metod terpenting dan paling mudah adalah memikirkan tentang implikasi. Jika anda bekerja di Syarikat X apa akan jadi? Jika anda bekerja di Syarikat Y apa akan jadi? Jika anda pilih jawatan A bagaimana? Jika pilih jawatan B bagaimana?

Dengan maklumat yang anda telah kumpul sebelum ini seharusnya anda akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang implikasi dari setiap pilihan yang anda akan ambil.

5. Cari Pandangan Lain

Konklusi yang anda dapat selepas melalui 4 langkah tersebut adalah pandangan dari sisi anda sendiri. Oleh itu anda boleh dapatkan pandangan dari orang lain yang anda percayai. Ini kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan anda mungkin menemui satu sisi yang anda tidak terfikir sebelum ini.

Beginilah 5 langkah asas untuk membuat keputusan-keputusan yang terbaik dalam hidup.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda