Apa yang penting kerjasama. Macam mana nak dapat kerjasama?
[Bacaan 3 Minit]
Sebelum masuk sekolah lagi kita dah diajar tentang kepentingan kerjasama di peringkat pra-sekolah. Ia kekal menjadi satu kepentingan hingga di alam dewasa yang penuh dengan tanggungjawab kerjaya dan keluarga. Tiada siapa yang mampu hidup seorang diri tanpa bantuan orang lain. Nak tunda deadline, nak minta bantuan rakan sekerja, nak ubah waktu mesyuarat, nak minta bajet hinggalah nak pilih tempat makan. Semua perlukan kerjasama dan persetujuan daripada orang lain. Tapi tak ramai ajar cara nak dapat persetujuan orang lain. Hinggalah hari ini. Jadi bersedia dengan pen dan nota kerana ini langkah mudah nak dapat persetujuan dari orang lain.
Pertama kita perlu memahami kenapa orang menolak sesuatu permohonan. Lumrahnya setiap orang nak jaga kepentingan masing-masing. Jika tiada manfaat dilihat jarang kita nak lakukan sesuatu perkara. Itulah juga yang berlaku bila kita meminta pertolongan atau persetujuan. Jika tiada manfaat dilihat sukar untuk seseorang mengatakan "Ya". Biasanya bila meminta sesuatu kita hanya memikirkan bagaimana perkara itu akan menguntungkan diri sendiri betul tak?
Jadi, sebelum memohon sesuatu, senaraikan 3 perkara ini:-
1. Apa yang aku mahukan
2. Bagaimana perkara ini menguntungkan aku
3. Bagaimana perkara ini menguntungkan dia/mereka
Selepas ini jika anda nak buat sesuatu permohonan atau permintaan, pastikan anda memberikan fokus yang lebih besar terhadap apa yang orang lain akan peroleh dari permohonan tersebut. Kurangkan bercerita tentang diri anda dan keuntungan kepada diri anda. Kerana cerita yang paling seronok didengari oleh manusia adalah cerita tentang diri mereka sendiri.
Sebagai contoh jika anda ingin memohon kerja, ceritakan bagaimana kemahiran anda akan memberi manfaat kepada syarikat. Apakah aspek-aspek yang akan bertambah baik dengan kehadiran anda. Sama juga dengan permohonan anda yang lain. Dengan bantuan rakan sekerja dalam sesuatu tugasan, tugas itu akan terlaksana dengan cemerlang dan cepat. Ceritakan bagaimana mereka akan menjadi salah satu faktor kejayaan tersebut. Jangan pula menjadi rakan toksik yang menutup usaha orang lain.
Bagaimana ia membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Itulah yang paling utama. Cukuplah keuntungan untuk diri anda itu diketahui oleh diri anda sendiri. Aplikasikan langkah-langkah ini dalam permohonan anda yang akan datang. Cuba lihat perbezaannya.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment