5 Nasihat Kewangan Yang Salah

 



[Bacaan 4 Minit]

Ramai yang kongsikan nasihat kewangan di sosial media. Dari segi pendapatan, simpanan, hutang, pelaburan dan banyak lagi. Ada yang bagus untuk menambahbaik status kewangan kita seperti mulakan simpanan dari awal, sediakan 6 bulan simpanan kecemasan dan banyak lagi. Tapi, ada juga yang boleh menyesatkan atau tidak tepat untuk semua orang. Hari ni saya nak kongsikan 5 nasihat kewangan yang salah.

1. Kerja Dengan Majikan Tak Boleh Kaya

Ramai yang anggap nak kaya mesti berniaga. Tak salah. Tapi juga tak tepat. Hakikatnya 80% perniagaan bungkus dalam 5 tahun pertama. Tapi kerja jadi kuli boleh kaya ke? Boleh jadi Jutawan? Kenapa tak boleh? Laporan Global Credit Suisse menyatakan 68% Jutawan adalah dari golongan pekerja dan baki 42% yang lain adalah pemilik perniagaan. Anda hanya perlu menjadi antara pekerja terbaik dalam industri yang betul.


2. Simpan 10% Anda Selamat Sampai Persaraan

Menyimpan dalam kadar apa sekalipun memang dah bagus. Tapi realiti ekonomi dunia kita sentiasa mengalami inflasi. Dan inflasi ini akan akan terasa hingga ke peringkat individu. Lihat sahaja nasi lemak ayam anda beli 10 tahun lepas, sama ke harganya dengan hari ini? Begitulah juga 10, 20 tahun akan datang. 

Kadar inflasi meningkat secara purata di Malaysia dalam 3% setahun. Secara kasarnya jika anda belanja RM2000 sebulan tahun ini, bermakna lagi 10 tahun anda perlu belanja RM2600 untuk gaya hidup yang sama. Berbalik kepada point asal tadi, menyimpan itu dah bagus, tapi lebih bagus jika kita sentiasa usaha untuk menaikkan jumlah simpanan.


3. Beli Rumah Ikut Kelayakan 

Sebelum beli rumah, Bank akan kirakan kadar kelayakan pinjaman anda untuk beli rumah. Biasanya Bank akan benarkan jumlah pinjaman tak lebih 40% dari jumlah gaji. Tapi adakah itu bermaksud anda patut beli rumah dengan bayaran 40% dari gaji bulanan? 

Di sinilah pentingnya anda bezakan antara layak dan mampu. Anda mungkin layak dapat pinjaman dari Bank, tapi betul ke anda mampu nak habiskan 40% dari gaji untuk rumah sahaja? Bagaimana dengan bayaran kereta? minyak kereta? maintenance kereta? makan dan minum? nafkah anak dan isteri? Itulah pentingnya anda buat kiraan mengikut kemampuan, bukan kelayakan. 


4. Menyewa Hanya Untungkan Tuan Rumah

Ramai yang fikir kalau menyewa kita hanya menghabiskan duit kepada Tuan Rumah sedangkan kita boleh guna duit yang sama untuk rumah sendiri. Salah. Nak memiliki rumah bukan sekadar bayar bulanan sahaja. Anda perlu deposit 10%, bayaran guaman dalam 5%, bayaran maintenance bulanan, cukai taksiran, cukai tanah dan lain-lain lagi. Jadi anda dah mampu?

Persoalan kedua adakah anda yakin anda akan duduk situ hingga pencen? Soalan ini mungkin lebih mudah bagi mereka yang kerja kerajaan dan sudah berkahwin dan memilih tempat untuk menghabiskan usia. Tapi bagi mereka yang bekerja swasta dan masih muda awal 20an dan 30an anda masih ada perjalanan yang panjang. 

Kemungkinan besar anda akan menukar kerja beberapi kali sebelum masuk ke syarikat yang anda rasa sesuai untuk berkhidmat hingga fasa persaraan. Dalam keadaan ini, memiliki komitmen rumah akan menjadi faktor limitasi dari segi tempat kerja. Komitmen rumah biasanya hingga 35 tahun. Nak sewakan rumah tak semudah anda sangka. Nak jual rumah ada yang ambil masa 5 tahun atau lebih. 

Jadi hakikatnya tak salah untuk anda menyewa lebih-lebih lagi di awal fasa kerjaya dan memilih untuk memiliki rumah ketika fasa kehidupan yang lebih matang dari segi kerjaya dan juga keluarga.


5. Henyak Sampai Lunyai

Tak ada siapa yang ajar kerja main-main. Apatah lagi dalam usaha mencari rezeki. Tapi nak usaha sampai tahap macam mana? Hari-hari balik 2-3 pagi? Setiap minggu tak perlu cuti? Jika tahap kekayaan yang nak kejar itu peringkat multi-millionaire, ya. Anda perlu henyak sampai lunyai nak capai tahap Jeff Bezos atau Mark Zuckerberg. Tapi kalau anda nak bagi kesenangan dan keselesaan untuk keluarga, anda tak perlu pergi ke tahap itu. Bukan bermakna anda tak perlu bersusah payah usaha, tapi bukan juga bermaksud setiap hari anda perlu perah keringat ke tahap maksima.

Anda juga ada tanggungjawab agama, keluarga dan kesihatan diri yang perlu dijaga. Kuncinya adalah keseimbangan dan keutamaan dalam kehidupan. Apa situasi hidup anda sekarang dan apa matlamat utama dalam hidup anda, itulah yang akan menentukan bagaimana anda jalani kehidupan.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda