Zaman Ekonomi Mencabar, Bagaimana Nak Survive Sebagai Seorang Pekerja?

 


[Bacaan 3 Minit]

Walaupun teknologi makin maju dengan kehadiran Artificial Intelligent (AI), ekonomi tetap makin mencabar. Syarikat gergasi seperti Facebook, Google dan Twitter pun dah buang berpuluh ribu pekerja. Syarikat tempatan pun kena tempiasnya. Dalam ekonomi macam ni, sebagai seorang pekerja, cara nak survive adalah dengan mengurangkan perbelanjaan, menambahkan simpanan kecemasan dan menjadikan diri kita sangat bernilai pada syarikat. Tapi macam mana nak jadikan diri kita bernilai?

Ini 7 cara nak jadikan diri kita bernilai dalam syarikat supaya tak risau tentang masa depan.

1. Jadi 'Panadol' Untuk Boss Anda

Sebenarnya kita semua diambil kerja untuk selesaikan masalah. Antara cara untuk jadi bernilai adalah selesaikan masalah majikan anda. Kenalpasti masalah mereka, kenalpasti keutamaan semasa, cuba selesaikan masalah paling berimpak tinggi, dengan usaha paling minima.

Bila sampai masa yang sukar, majikan anda akan ingat siapa yang membantu, siapa yang sekadar menonton.

2. Bina Hubungan Yang Baik

Sama ada dengan majikan, rakan sekerja, client dan juga external partners, membina hubungan yang baik akan memberikan kelebihan kepada anda. Hubungan yang baik akan memudahkan anda untuk melaksanakan sesuatu perkara, selain mendapatkan maklumat yang berharga. 

Kelebihan ini tak mudah untuk direplikasi. Ini kerana hubungan yang baik tak dibina sehari dan melibatkan peribadi dan human touch.

3. Ceritakan Kerja Anda

Perkara ini mungkin agak janggal kepada sesetengah orang tetapi realitinya, majikan anda tak tahu semua usaha dan kejayaan yang anda dah capai. Uruskan kerja anda, salurkan maklumat dan kongsikan kejayaan anda pada masa-masa yang sesuai seperti mesyuarat berkala, panggilan kemas kini projek dan sebagainya.

Ini bukan pasal bangga diri, tetapi nilai diri yang perlu ditunjuk selepas menghasilkan kerja yang berkualiti.

4. Fokus Kepada Keutamaan

Dalam seharian memang banyak kerja yang perlu dibuat. Tapi, mesti ada kerja yang lebih utama berbanding yang lain. Berikan fokus dan usaha anda terhadap kerja-kerja seperti itu. Hakikatnya, orang tak lihat berapa banyak kerja anda buat. Tapi, berapa banyak impak yang anda dah berikan. 

5. Tambah Kemahiran Universal

Kemahiran universal adalah kemahiran yang anda boleh gunakan tak kira industri. Sebagai contoh, kemahiran menulis, berucap, negosiasi, menjual dan lain-lain. Kemahiran ini adalah kelebihan tambahan yang menjadikan anda lebih bernilai dari orang lain walaupun pada posisi yang sama. 

Nak buat 'A' boleh. Nak buat 'B' pun boleh. Bila buat kerja 'C' jadi lebih baik dari yang lain sebab ada kemahiran tambahan. 

Dengan mempersiapkan diri dengan kelebihan ini, anda dah tempatkan diri ke hadapan berbanding kebanyakan orang. 

6. Jadi Budak 'Tech'

Kebanyakan syarikat masih lambat dari segi penggunaan dan integrasi teknologi. Mahirkan diri anda dengan integrasi teknologi asas seperti project management software, data analytics dan AI. Asas kemahiran ini sebenarnya lebih mudah dari apa yang kebanyakan orang fikirkan. Implementasi yang asas juga dah cukup untuk memudahkan kerja. Tetapi, masih ramai yang tak mahu mencuba. Tetapi, kelompongan ini jugalah peluang anda untuk memberi nilai lebih berbanding orang lain.

7. Jadi Pemikir Dalam Industri

Ayat pemikir ini mungkin nampak jargon atau besar. Sebenarnya tidak. Anda hanya perlu bergaul dengan mereka di dalam industri dan kongsikan pendapat melalui pengalaman anda sendiri. 

Jika anda konsisten menyumbangkan pendapat dan pengalaman dalam industri, anda akan dipandang serius dalam apa yang anda buat. Anda juga akan dapat maklumat terbaru selain reputasi baik dalam industri. Itulah nilai yang mungkin berguna pada masa akan datang.

Berbalik kepada situasi ekonomi tadi, bila kita dah bina dan tunjukkan nilai dalam diri kita, dua kelebihan yang kita dapat. 

Pertama, kita akan jadi orang terakhir yang akan disingkarkan bila berlaku masalah dalam syarikat. Kedua, jika kita dikeluarkan, berpuluh lagi syarikat lain akan kejar pekerja yang bernilai tinggi. Perkara ni saya dah lihat sendiri apabila rakan sekerja yang mempunyai kemahiran bernilai terpaksa berpisah dengan syarikat atas faktor kewangan syarikat. Tak sampai sebulan, mereka ditawarkan berbagai posisi di tempat lain. 

Itulah kelebihan sebagai pekerja yang bernilai. Jadi, anda nak teruskan risau atau nak terus kan jadi pekerja yang bernilai?


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda