Meeting Berjam-jam Untuk Itu Je?? Kalau Tak Nak Meeting Buang Masa Tengok Checklist Ni
[Bacaan 5 Minit]
Laporan Mesyuarat Doodle 2019 (kajian dari 6500 golongan professional) melaporkan secara purata setiap pekerja mempunyai 10 mesyuarat setiap minggu. Setiap mesyuarat berdurasi 30 minit ke 1 jam. Dan dari mesyuarat tersebut 70% dikatakan mengurangkan produktiviti. Hanya 30% sahaja yang yang berkesan atau memberi impak. Kenapa jadi macam ni?
Banyak sebab. Antaranya tak tahu fungsi mesyuarat. Mesyuarat sekadar untuk update. Mesyuarat terlalu lama untuk perkara kecil. Mesyuarat dengan orang-orang yang tidak ada keperluan dalam agenda. Lagi teruk mesyuarat tanpa agenda yang jelas. Kadang, meeting 1 jam, yang nak disampaikan 1-2 perkara kecil sahaja. Dalam hati dah kata, "Kenapa tak emel je". Betul. Sebab ramai sebenarnya yang tak reti buat mesyuarat yang efektif atau tak faham pun fungsi sebenar mesyuarat. Jadi hari ni saya nak kongsikan 7 checklist untuk mesyuarat yang efektif.
1. Faham Fungsi Mesyuarat:-
- Menyelesaikan masalah
- Membuat perancangan
- Membuat keputusan
- Membina hubungan professional
Jika anda sekadar nak beri makluman, jangan panggil untuk meeting. Hantarkan emel. Makluman lebih bagus diberikan dengan hitam dan putih supaya setiap pihak bertanggungjawab.
2. Sebelum Menghantar Jemputan Mesyuarat
- Pastikan anda ada agenda yang jelas dan ringkasannya
- Masukkan apa hasil ataupun keputusan yang perlu dibuat dalam mesyuarat
- Jemput mereka yang bertanggungjawab secara langsung dengan agenda sahaja
- Tetapkan masa yang paling singkat dan relevan. Mesyuarat 30 minit, jadikan 20 minit, Mesyuarat 1 jam, jadikan 45 minit. Berhenti letakkan masa mesyuarat yang panjang hanya kerana mengikut kebiasaan.
3. Sebelum Mula Mesyuarat
- Semak kehadiran
- Hantar agenda mesyuarat
- Sediakan bahan visual dan rujukan yang akan membantu dalam mesyuarat
- Cari pengganti bagi mereka yang penting untuk mempunyai wakil
4. Permulaan Mesyuarat
- Hadir awal sebelum mesyuarat bermula
- Semak setiap wakil yang diperlukan
- Beri ringkasan dan agenda mesyuarat
5. Perjalanan Mesyuarat
- Kekal dengan agenda sahaja
- Simpan topik yang tidak berkaitan secara langsung selepas semua agenda selesai
- Pastikan setiap agenda diberikan masa perbincangan yang relevan mengikut ketetapan masa mesyuarat
- Dapatkan maklum balas dalam perbincangan dari setiap wakil yang diperlukan
- Pastikan setiap perbincangan menghala kepada tujuan dan agenda sahaja
- Pastikan semua orang jelas dengan setiap perbincangan
6. Penghujung Mesyuarat
- Semak semua agenda dalam mesyuarat (pastikan sudah selesai)
- Pastikan semua wakil faham dan jelas dengan keputusan yang dibuat
- Dapatkan persetujuan untuk langkah seterusnya
- Pastikan setiap keputusan mempunyai wakil yang bertanggungjawab dan tarikh pelaksanaan yang jelas
- Tutup mesyuarat 5-10 minit lebih awal berbanding masa yang dinyatakan
7. Selepas Mesyuarat
- Keluarkan minit mesyuarat yang merangkumi kehadiran, ringkasan dan keputusan yang jelas
- Dapatkan maklum balas daripada pihak bertanggungjawab pada masa yang dipersetujui
Mesyuarat yang efektif akan memberi impak yang lebih tinggi dengan masa yang lebih singkat. Harapnya dengan checklist ni jika anda pula yang bertanggungjawab memimpin mesyuarat, anda tak buat kesilapan yang sama yang anda lalui.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment