Pelaburan Kaedah ASB Financing
ASB Financing merupakan salah satu kaedah pelaburan berbentuk jangka masa panjang (5 tahun keatas) pada masa kini. ASB Financing merupakan satu produk yang ditawarkan oleh beberapa bank di Malaysia seperti Maybank, Affinbank dan CIMB Bank. Terdapat dua jenis produk ini yang ditawarkan yang mana satunya adalah ASB Financing-i (Islamic) yang menggunakan konsep murabahah kepada pelanggan Muslim. Kaedah ASB Financing boleh dikatakan antara pelaburan yang paling mudah untuk dilaksanakan tanpa perlu kemahiran dan pengetahuan yang mendalam.
Pengertian mekanisme financing adalah sangat mudah difahami. Maksudnya di sini, anda membuat pinjaman berbentuk sejumlah wang daripada pihak bank untuk tempoh masa yang telah dipersetujui tanpa menggunakan wang tersebut untuk apa-apa tujuan peribadi. Jumlah wang yang dipinjam itu akan disimpan dalam bank dan anda perlu membayar pinjaman itu secara bulanan bersama interest yang telah ditetapkan. Keuntungan yang akan anda peroleh adalah melalui dividen semasa bank tersebut yang akan diberikan setahun sekali mengikut kaedah pemberian dividen bank tersebut.
Bahagian A
Di sini terdapat beberapa elemen penting yang anda perlu tahu sebelum membuat financing:-
a. Jumlah Pinjaman
b. Tempoh Pinjaman
c. Peratusan Interest (%)
d. Peratusan Dividen (%)
Selepas menganalisa elemen-elemen tersebut dan membandingkannya dengan setiap bank yang menawarkan produk financing, anda boleh mula membuat perkiraan asas secara individu seperti :-
a. Bayaran Bulanan
b. Keuntungan Tahunan
c. Keuntungan Keseluruhan (Habis Tempoh Hutang)
d. Keuntungan Bersih
Jangan lupa juga untuk menetapkan tujuan anda membuat financing. Anda boleh membuat financing untuk pelbagai tujuan seperti :-
a. Tambahan untuk wang persaraan (backup KWSP)
b. Modal untuk perniagaan
c. Wang tunai untuk membayar downpayment rumah
d. Simpanan untuk menambah aset
Terdapat juga tiga kaedah financing :-
a. Full commitment - Membuat bayaran bulanan sehingga habis tempoh pinjaman
b. Low Commmitment (auto-financing) - Membuat bayaran bulanan hanya untuk beberapa tempoh masa kemudian menggunakan keuntungan dari dividen untuk melunaskan bayaran bulanan *dengan syarat dividen tahunan sudah melebihi bayaran tahunan
c. Double Financing - Membuka dua akaun financing setelah financing pertama mampu untuk melakukan auto-financing
Bahagian B
Sebelum saya tunjukkan contoh model financing, saya akan tunjukkan dahulu perbezaan simpanan secara konvensional berbanding financing. *Interest 2% dan Dividen 7%
Simpanan Konvensional
Komitmen Bulanan = RM600
Jumlah Tahun Pertama = RM0
Jumlah Tahun Pertama = RM7200
Jumlah Bayaran Keseluruhan = RM144,000
Jumlah Keseluruhan *20 tahun = (RM7200 X 20) + RM170,379 (Dividen) = RM314,379
Financing
Komitmen Bulanan = RM600
Jumlah Tahun Pertama = RM100,000
Keuntungan Tahun Pertama = RM100,000 + RM7000 (Dividen)
Jumlah Bayaran Keseluruhan = RM144,000
Jumlah Keuntungan Keseluruhan *20 tahun = RM286,956 (Dividen) + RM100,000 (Pinjaman yang selesai dibayar) = RM 386,956
*https://www.peopleschoicecreditunion.com/personal-savings/savings-calculator
Bahagian C
Berikut adalah contoh model Financing (Full Commitment) :-
*Interest 2% dan Dividen 7%
Jumlah Pinjaman - RM100,000
Komitmen Bulanan - RM600
Keuntungan Dividen Tahunan -
1 - RM7000
2 - RM7490
3 - RM 8014
Jumlah terkumpul dividen 3 tahun - RM22504
4 - RM8575
5 - RM9175
Jumlah terkumpul dividen 5 tahun - RM40254
6 - RM9817
7 - RM10505
8 - RM11240
9 - RM12027
10 - RM12869
Jumlah terkumpul dividen 10 tahun - RM96712
11 - RM13769
12 - RM14733
13 - RM15765
14 - RM16868
15 - RM18049
16 - RM19312
17 - RM20664
18 - RM22111
19 - RM23658
20 - RM25315
Jumlah Bayaran Keseluruhan = RM144,000
Jumlah Keuntungan Keseluruhan selepas 20 tahun - RM286,956 (Dividen) + RM100,000 (Pinjaman yang selesai dibayar) = RM386,956
Keuntungan Bersih = RM386,956 - RM144,000 = RM242,956
Berikut adalah contoh model Financing (Low Commitment/auto-financing) :-
*Interest 2% dan Dividen 7% / auto-financing selepas tahun ketiga
Jumlah Pinjaman - RM100,000
Komitmen Bulanan - RM600
Keuntungan Dividen Tahunan :-
1 - RM7000
2 - RM7490
3 - RM1017 (Mula auto-financing)
Jumlah terkumpul dividen 3 tahun - RM15507
4 - RM1085
5 - RM1161
Jumlah terkumpul dividen 5 tahun - RM17753
6 - RM1242
7 - RM1329
8 - RM1422
9 - RM1522
10 - RM1628
Jumlah terkumpul dividen 10 tahun - RM24896
11 - RM1742
12 - RM1860
13 - RM1990
14 - RM2130
15 - RM2279
16 - RM2438
17 - RM2609
18 - RM2792
19 - RM2987
20 - RM3196
Jumlah Bayaran Keseluruhan = RM21000
Jumlah Keuntungan Keseluruhan selepas 20 tahun - RM48859 (Dividen) + RM100,000 (Pinjaman yang selesai dibayar) = RM 148,859
Keuntungan Bersih = RM148,859 - RM21000 = RM127,859
Penting untuk anda ketahui dividen yang akan diperoleh mengikut tahun supaya anda lebih mudah untuk merancang penggunaan dividen secara teratur. Selepas melihat secara kasar, anda boleh mula membandingkan kelebihan dan kekurangan kaedah financing sebelum memilih untuk menggunakannya.
Kelebihan :-
a. Pulangan Stabil
b. Komitmen Rendah
c. Kaedah Pelaburan Mudah
d. Keuntungan Fleksibel untuk Pelbagai Tujuan (Berbentuk Wang)
Kekurangan :-
a. Tempoh "zero-payback" tahun pertama (sebelum mendapat dividen)
b. Tempoh "vulnerable" sepanjang pembayaran bulanan
c. Risiko Kejatuhan Peratusan Dividen
d. Tidak Melibatkan Aset
Kesimpulannya, pelaburan kaedah ASB Financing ini merupakan satu cara yang paling mudah berbanding pelaburan yang lain tetapi kekurangan yang terbesarnya adalah tidak melibatkan aset. Walaubagaimanapun, tidak salah juga jika anda memilih kaedah ini sebagai permulaan pelaburan anda sebelum memvariasikan pelaburan yang anda miliki untuk melibatkan aset seperti emas dan hartanah.
*angka yang dikeluarkan hanyalah anggaran
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment