Jumpa Idola, Nak Tanya Apa?
[Bacaan 2 Minit]
Dalam hidup ni sebenarnya ada 1 shortcut untuk berjaya. Belajar dari orang yang dah berjaya. Sebab itu ramai yang pesan supaya kita ada mentor dalam hidup. Kenapa? Supaya kita boleh tahu apa yang menyebabkan mereka berjaya dan apa yang melambatkan kejayaan mereka. Jadi harini saya akan kongsikan 7 soalan penting untuk ditanya kepada orang-orang berjaya di sekeliling anda.
1. Apa perkara yang selalu orang kata penting tetapi sebenarnya tidak?
Banyak perkara dan rutin yang kita lakukan sebenarnya hanyalah atas dasar ikut-mengikut. Memang itulah naluri manusia. Tetapi banyak juga perkara yang dibuat sebenarnya tidak menyumbang kepada matlamat kita.
2. Apa rutin harian yang sepatutnya diamalkan lebih awal lagi?
Konsistensi adalah kunci segala kejayaan. Biasanya rahsia besar kejayaan seseorang itu tak terletak pada apa yang dilakukan pada sesuatu masa yang spesifik. Tetapi apa yang dilakukan setiap hari. Itulah yang membentuk diri kita dan apa yang kita ada hari ini.
3. Siapakah circle yang paling rapat?
Pepatah Inggeris mengatakan "Anda adalah hasil dari 5 orang sekeliling anda". Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda mafhumnya, "Siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian lah yang akan diterima. Siapa yang berkawan dengan tukang besi, maka bau yang tak enak akan melekat padanya". Secara lumrah alam manusia akan terikut dengan orang sekelilingnya.
4. Apa perkara berbeza yang dibuat berbanding orang lain?
Bila kita lihat pencapaian hebat seseorang, pasti kita akan jumpa sesuatu yang unik tentang dirinya. Walaupun datang dari latar belakang atau keluarga yang sama, pencapaian tidak semestinya sama. Bekas Juara UFC, Khabib Nurmagomedov (Baca: Habib NurMuhammad) bila ditanya kenapa dia boleh jadi juara berbanding beratus fighter yang lain, jawapannya mudah. "Saya berlatih 4 kali sehari, setiap hari." Jawapannya mudah, tetapi inilah yang jarang dibuat fighter yang lain di mana mereka hanya berlatih tanpa henti 2-3 bulan sebelum perlawanan. Tetapi bagi Khabib, setiap hari dalam rutin hidupnya tetap sama.
5. Apa cabaran-cabaran paling besar yang dihadapi?
Persoalan dalam hidup ini bukanlah sama ada akan datang ujian ataupun tidak. Tetapi ujian bagaimana yang akan mendatang. Bila mana kita nak tempah masuk ke majlis kejayaan, tiketnya adalah ujian. Jika kita dapat ambil pengajaran dari ujian orang lain, itulah panduan untuk kita bersedia dengan ujian sendiri.
6. Apa sikap yang terpaksa ditinggalkan untuk sampai ke tahap sekarang?
Ramai yang bercerita tentang sikap-sikap yang perlu ada untuk berjaya. Malangnya tak ramai yang nak cerita sikap-sikap yang perlu ditinggalkan untuk berjaya. Jika anda rasa dah cuba bina pelbagai rutin baru untuk berjaya, fikirkanlah juga sikap yang perlu anda tinggalkan untuk berjaya.
7. Apa perkara yang dahulunya dianggap tak penting tetapi sebenarnya memberi impak yang besar?
Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Bila berlaku sesuatu perkara kadang sukar kita fikirkan mengapa begitu. Tetapi bila kita sudah jauh ke depan dan pandang semula kebelakang barulah kita mula lihat apa hikmahnya. Jika anda dapat tanyakan lebih awal soalan ini kepada mereka yang dah jauh perjalanan pastinya akan menjadi shortcut untuk anda yang masih baru dalam perjalanan.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment