8 Kriteria Orang Yang Paling Perform Dekat Office

 


[Bacaan 4 Minit]

Tak ada siapa suka orang yang malas di tempat kerja. Boss tak suka. Rakan sekerja pun tak suka sebab orang macam ni yang akan buat masalah dan merugikan syarikat. Sebaliknya, semua orang suka kerja dengan orang yang perform. Orang sekeliling suka sebab tak lokek nak bantu. Boss suka sebab boleh diharap untuk buat tugasan dengan cemerlang. Golongan ini yang akan dapat ganjaran terbaik (dalam syarikat yang betul). Jadi, kenapa bukan anda juga jadi Top Performer dalam syarikat? Ini 8 kriteria golongan top performer.


1. Daya Tahan Tinggi

Tak mudah putus asa ni bukan sekadar kalau gagal, cuba balik. Tapi, kalau gagal kali pertama, percubaan kedua dia akan usaha 2 kali ganda lebih baik. ini beza orang yang ada dayah tahan tinggi. 


2. Bijak

Bijak ni tak semestinya pandai. Orang pandai kalau tak tahu, dia jawab tak tahu. Orang bijak kalau tak tahu, dia akan jawab tahu, kemudian dia cari jawapan sampai dapat. Mereka ni kalau orang lain semua kata tak boleh, dia akan kata boleh. Perspektif dia lebih luas dan kreatif.


3. Optimis

Optimis ni bukan makna semua benda tak baik dia kata baik. Itu kaki ampu. Orang optimis ni kalau ada masalah apa pun sentiasa ada penyelesaian. Kalau dah baik, sentiasa boleh buat lebih baik. Mereka realistik dengan situasi, tetapi optimistik dengan masa depan.


4. Sentiasa Belajar

Orang biasa akan belajar sampai boleh buat kerja. Top Performer tak akan berhenti belajar sampai boleh hasilkan kerja yang terbaik. Mereka rajin tanya soalan. Rajin tanya pandangan. Rajin asah kemahiran dan ilmu baharu yang membantu kerja mereka.


5. Perangai Baik

Bukan setakat kerja baik. Tapi perangai mereka pun baik. Tak menyusahkan orang. Tak kedekut nak tolong orang. Tak rendahkan orang lain walaupun boleh hasilkan kerja yang baik. Sebab itu bukan boss je, tapi member pun suka bekerja dengan Top Performer. Campak kat mana pun orang suka bekerja sekali.


6. Bertanggungjawab

Top Performer tahu kerja mereka adalah tanggungjawab mereka. Mereka bangga dengan hasil kerja yang baik. Mereka juga bertanggungjawab jika berlaku masalah. Fokus mereka adalah pada kualiti kerja dan bukannya pada siapa yang terlibat.


7. Minda Berkembang

Top Performer tak suka statik. Mereka suka sahut cabaran dan tugasan baru sebab itu yang akan beri nilai tambah dalam diri mereka. Mereka yakin kemahiran boleh bertambah dan berkembang dengan usaha. Mereka suka menambahbaik setiap aspek dalam proses kerja. 

Anda ada top performers di tempat kerja? Atau andalah orangnya?


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda