Nak Pergi Interview? Ini 9 Tips Yang Boleh Bantu Anda Selain Resume
[Bacaan: 5 Minit]
Walaupun dah banyak kali pergi temuduga mesti rasa resah kan? Resume dah cantik, tapi bila jumpa bakal majikan atau HR je rasa gelabah. Itu normal. Tapi, ada cara untuk anda lebih yakin masa temuduga. Ikut 9 tips ni untuk bantu anda lalui temuduga dengan lebih yakin selain meningkatkan peluang untuk anda berjaya dalam temuduga.
1. Senyum
Nampak mudahkan? Tapi masih ada mereka yang lupa nak senyum masa temuduga. Senyum ni sebenarnya memberikan indikator bahawa anda selesa, yakin dan ramah. Penting untuk penemu duga nampak karakter ni. Siapa je nak lantik orang yang masam dan serius tak habis. Anda pun tak nak kan?
2. Pakaian Terbaik
Kadang ada penemuduga yang tak sebut secara spesifik cara pemakaian ketika sesi temu duga. Mungkin mereka juga memang boleh bersikap santai. Tapi, dalam sektor pekerjaan ada waktu-waktu penting untuk kita perlu berpakaian terbaik seperti bila berjumpa dengan client atau memberikan ucapan awam. Ketahuilah sesi temu duga juga adalah waktu kritikal untuk anda berpakaian terbaik.
Waktu-waktu ini penampilan kita sangat penting kerana ia memberikan mesej tentang siapa diri kita. Siapa yang anda akan pandang lebih serius, seseorang yang pakai baju round-neck dengan seluar jeans atau sesorang yang pakai 3-piece suit lengkap dengan tali leher? Bila lagi kita nak tonjolkan diri kita yang terbaik kalau bukan dalam sesi temuduga yang singkat tu? Nak pakai lepas balik rumah dari sesi temuduga jawatan yang kita nak sangat tu?
3. Fokus Pada Keperluan Jawatan
Kalau jawatan anda mohon tu perlukan kemahiran Microsoft Office, sebutkan pengalaman anda guna Microsoft Office. Kalau jawatan tu perlukan kemahiran mengurus projek, ceritakan pengalaman dan kejayaan anda mengurus projek. Kalau anda hebat macam mana pun melukis, jawatan tu tak perlu kemahiran melukis maka anda telah merugikan tempoh temuduga yang singkat tadi. Majikan mahukan apa yang mereka nyatakan dalam jawatan. Bagitahu bahawa anda memenuhi semua keperluan tu.
Pastikan anda tahu keperluan jawatan secara spesifik.
4. Buat Homework
Anda nak mintak tolong seseorang kalau tak kenal nama dia, mudah tak dia nak tolong? Lebih lagi anda nak mohon jawatan tapi tak tahu apa pasal syarikat. Ambil tahu apa misi syarikat. Siapa yang sedang memimpin. Bagaimana syarikat beroperasi. Industri mana. Saiz dan posisi dalam industri. Siapa pesaing. Lebih banyak anda tahu, lebih baik.
5. Jangan Pernah Tak Tanya Soalan
Kalau anda tak tanya soalan ketika diberi ruang pada hujung sesi temuduga, anda akan dilihat sebagai pemalas atau terlebih yakin. Sebagai orang baru dan orang luar pastinya banyak soalan yang boleh anda tanya untuk menunjukkan anda serius dan bersungguh. Tak tahu nak tanya apa? Ini contohnya:-
"Apa KPI yang saya perlu capai dalam posisi ni?"
"Apa cabaran dan kemahiran lain yang saya perlu kuasai untuk berjaya dalam posisi ni?"
"Apa matlamat terdekat bagi syarikat pada waktu ini?"
6. Jawapan "Kenapa Nak Kerja Dengan Kami"
Kalau anda dah buat homework, soalan ni sepatutnya boleh dijawab dengan mudah. Jika tidak, maka mulalah anda terpaksa kelentong dengan harapan penemuduga tak tahu. Sedangkan mereka dan hadap lebih 100 orang macam anda. Jangan beri jawapan yang terlalu umum. Jika anda ada jawapan yang lebih terperinci itulah yang terbaik. Tak tahu jawab macam mana? Ini contohnya:-
"Saya lihat syarikat ni antara yang sangat berpotensi untuk menjadi antara yang terbaik dalam industri. Saya rasa bangga kalau dapat mengembangkan syarikat dengan kemahiran saya." (Bagi syarikat yang sedang menaik)
"Saya lihat syarikat ni adalah antara yang terbaik dalam industri. Pastinya banyak pengalaman, kemahiran dan kualiti operasi yang boleh saya belajar dan tambahbaik." (Bagi syarikat ternama dalam industri)
7. Jawapan "Apa Kelemahan Anda"
Jangan bagi jawapan sampah. "Saya terlalu kuat bekerja". "Saya terlalu rajin dan akan buat semua kerja termasuk kerja orang lain". Jujur dengan diri anda. Beritahu kelemahan anda tetapi, beritahu juga bagaimana anda perbaiki kualiti kerja walaupun dengan kelemahan yang ada. Contoh,
"Saya kadang sedikit pelupa, jadi saya akan sentiasa tulis nota setiap satu perkara yang saya buat. Sekarang kerja saya lebih teratur dan apa-apa isu saya boleh rujuk nota".
Jangan pula ceritakan kelemahan yang tak berkaitan dalam urusan kerja seperti "Saya seorang perokok" atau "Saya malas mengemas rumah". Kelemahan ini hanya menjadi bola tanggung untuk HR menyenarai hitam kan nama anda.
8. Jangan Pakai Perfume Terlalu Kuat
Jika anda pergi temuduga secara fizikal, elakkan pakai minyak wangi terlalu kuat. Setiap satu perkara yang akan buat penemuduga terganggu perhatian adalah satu markah anda akan ditolak. Ini termasuk memakai aksesori berlebihan seperti gelang dan rantai. Ingat, anda nak nampak yakin dan serius, bukan yakin untuk berjimba.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments
Post a Comment