Posts

Showing posts from December, 2021

Baru Masuk Alam Pekerjaan? Ikut 3 Langkah Ini Untuk Melonjakkan Kerjaya Anda

Image
[Bacaan 6 minit] Kerjaya merupakan satu komponen penting dalam kehidupan semua orang. Hakikatnya kita akan menghabiskan hampir seluruh hidup kita untuk kerjaya. Dari pagi hingga ke petang. Dari 20an hingga 50an. Hakikat ini patut menyedarkan kita kerana kerjaya ini penting sebagai alat mencari rezeki untuk menunaikan nafkah di samping menyumbang jasa kita sebagai masyarakat. Rugilah sekiranya kita tak dapat buat yang terbaik. Apapun jangan risau kalau anda masih semangat nak berusaha sebab hari ni saya akan kongsikan 3 langkah untuk melonjakkan kerjaya anda. 1. Tingkatkan Kemahiran Kalau anda rasa di Sekolah dan Universiti sahaja anda perlu belajar maka anda dah silap. Pembelajaran adalah proses seumur hidup. Lebih-lebih lagi jika anda nak berjaya dalam kerjaya. Belajar untuk tingkatkan kemahiran. Kemahiran pula terbahagi kepada dua, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah ( soft skill ). Kemahiran teknikal lebih khusus kepada bidang anda contoh perisian yang anda guna untuk melaksan...

Dahulu S.M.A.R.T sekarang dah S.M.A.R.T.E.R

Image
[Bacaan 7 minit] Rasanya hampir semua orang pernah belajar teknik S.M.A.R.T atau dah terbiasa dengan akronim ini. Jadi hari ini saya nak fokus kepada update terbaru dari teknik S.M.A.R.T iaitu S.M.A.R.T.E.R S.M.A.R.T adalah satu teknik yang sangat popular sebagai kaedah membina matlamat. Hampir semua dari kita dah biasa dengar dan sebahagian lagi sudahpun praktikkan cara ini. S.M.A.R.T merupakan akronim untuk:- S- Specific M -  Measurable A - Actionable R - Realistic T - Time-based Specific merujuk kepada perincian yang perlu ada ketika membina matlamat. Contoh, nak jadi kaya. Kaya tu berapa figura nya? Melalui pekerjaan atau perniagaan? Perincian ini akan memberikan kita jalan yang lebih jelas dalam mencapai matlamat. Akronim kedua iaitu Measurable merujuk kepada kebolehan untuk mengukur. Contoh nak jadi kaya tadi dengan mempunyai RM1,000,000 dalam Bank. Kaya tak boleh diukur tetapi RM1juta budak sekolah pun boleh kira. Pentingnya ukuran ini supaya kita boleh tahu tahap semasa ki...

4 Latihan Minda Untuk Menjadi Pemikir Yang Hebat

Image
[Bacaan 6 minit] Berfikir adalah salah satu kemahiran penting bagi manusia sejak dari sejarah awal tamadun manusia. Melalui berfikirlah lahirnya ciptaan terhebat manusia seperti roda, lampu elektrik, kenderaan petrol, internet, vaksin dan iPhone 13 Pro. Sehingga hari ini ia masih menjadi alat utama kejayaan sesebuah masyarakat mahupun di peringkat individu. Jadi hari ini saya nak kongsikan 4 latihan yang boleh membantu anda menjadi pemikir yang hebat! 1. Berani untuk bersendirian dengan fikiran sendiri Zaman ini adalah zaman informasi. Dulu kalau nak tahu berita semasa kena singgah gerai Uncle Muthu nak beli surat khabar Berita Harian, Kosmo, NST dan lain-lain. Nak tengok Arsenal nombor berapa dalam table kena selak muka surat belakang sekali sebab Manchester dah confirm nombor satu (masa tu lah). Nak tengok movie apa ada hari jumaat malam pula kena selak rancangan TV di bahagian tengah. Tapi zaman sekarang bangun pagi bukak telefon sahaja dah penuh maklumat.  Bangun pagi telefon ...

Turn That Wishlist into Reward List

Image
[6 minutes read] Other than the infamy new year resolution, another close cousins of these end of the year topics is Wishlist. Often times we'll hear people talked about the next vacations trip they wish to have, the latest gadgets they wanted to purchase and even a fancy new clothing they've been eyeing on. Now all that wants or Wishlist that people or even ourselves have is nothing outrageous to have. In fact it's in our nature to obtain things that bring joy to us and as long as it isn't harmful just keep at it. Why I would like to share however is something rather mundane in practice but huge on impact. And that is the idea to change your wish list to reward list. Now there's nothing massively wrong with Wishlist to begin with I just found that it is a much more rewarding method to use the Reward List (as the name implies) than Wishlist. With Wishlist we're pretty much just jotting stuff down on our next purchase or to-do-list. Pretty much a luxury version o...

5 Cara Pasang Matlamat Lebih Berkesan (Cara ke-2 jarang yang buat)

Image
[Bacaan 7 minit] Dah masuk hujung tahun ni mesti ada sesuatu yang selalu kedengaran. Betul tu! Year End Sale! Ehh bukan bukan...Azam Tahun Baru. Ya, kali ini saya nak kongsikan tentang azam tahun baru. Penting ke azam atau matlamat ni? Jawapan yang paling orang tak suka tetapi paling tepat adalah, "Terpulang". Suka atau tak biasanya memang jawapan inilah yang paling tepat sebab kita semua berbeza. Ada selera masing-masing. Ada cara masing-masing. Azam atau matlamat sememangnya boleh menjadi pendorong semangat bila kita melakukan sesuatu pekerjaan. Tak kira dari sudut kerjaya mahupun rumahtangga.  Bagi mereka yang tidak selesa meletakkan azam, teruskan cara anda jika cara itu lebih mendatangkan kejayaan. Bagi mereka yang suka atau masih menaruh harapan dengan kaedah meletakkan azam walaupun sebelum ini selalu terkandas di lembah kedukaan, cuba 5 cara ini untuk pasang matlamat dengan lebih berkesan. 1. Variasi dan Segmentasi Hidup kita ini biasanya merangkumi beberapa aspek sep...

Hidup Serabut? Ini Panduan Untuk Peroleh Ketenangan Dalam Hidup

Image
[Bacaan 6 minit] Sepanjang hidup anda sampai ke hari ini agaknya berapa kali anda pernah berjanji? Berapa kali pula anda mengotakan janji? Jangan risau saya bukan nak tanya janji-janji manis yang anda pernah buat bersama ex dahulu tetapi hari ni saya nak kongsikan 4 perjanjian yang anda boleh buat terhadap diri sendiri untuk mengubah realiti kehidupan anda 180 darjah (lebih baik). 1. Bertanggungjawab Terhadap Kata-Kata Kata-kata adalah senjata paling ampuh bagi setiap manusia. Apabila seseorang menjaga kata-katanya dengan penuh tanggungjawab sebagai contoh mengotakan setiap janjinya dia akan menambah keyakinan orang di sekeliling terhadapnya dirinya. Orang beginilah yang ada kredibiliti. Orang yang berkredibiliti pula akan diberi kepercayaan. Kepercayaan inilah yang menjadi tangga kepada orang yang berjaya sama ada dalam karier ataupun hubungan sosial.  Anda sendiri jika nak berharap kepada seseorang akan memilih orang yang selalu tunai janji atau spesies janji tinggal janji? Orang...