Dahulu S.M.A.R.T sekarang dah S.M.A.R.T.E.R


[Bacaan 7 minit]

Rasanya hampir semua orang pernah belajar teknik S.M.A.R.T atau dah terbiasa dengan akronim ini. Jadi hari ini saya nak fokus kepada update terbaru dari teknik S.M.A.R.T iaitu S.M.A.R.T.E.R

S.M.A.R.T adalah satu teknik yang sangat popular sebagai kaedah membina matlamat. Hampir semua dari kita dah biasa dengar dan sebahagian lagi sudahpun praktikkan cara ini. S.M.A.R.T merupakan akronim untuk:-

S- Specific

M -  Measurable

A - Actionable

R - Realistic

T - Time-based

Specific merujuk kepada perincian yang perlu ada ketika membina matlamat. Contoh, nak jadi kaya. Kaya tu berapa figura nya? Melalui pekerjaan atau perniagaan? Perincian ini akan memberikan kita jalan yang lebih jelas dalam mencapai matlamat.

Akronim kedua iaitu Measurable merujuk kepada kebolehan untuk mengukur. Contoh nak jadi kaya tadi dengan mempunyai RM1,000,000 dalam Bank. Kaya tak boleh diukur tetapi RM1juta budak sekolah pun boleh kira. Pentingnya ukuran ini supaya kita boleh tahu tahap semasa kita berbanding matlamat nak dicapai. Contoh jika kita dah ada RM50,000 bermakna kita dah capai 5% dari matlamat kita.

Akronim Actionable merujuk kepada kata kerja. Matlamat kita mestilah bermula dengan kata kerja. Contoh nak capai RM1 juta tadi dengan perniagaan jadi "aku akan bina perniagaan". Spesifik kan lagi, "aku akan bina perniagaan dropship". Spesifik kan lagi "aku akan bina perniagaan dropship bersama Syarikat ABC menggunakan platform Facebook". Pastikan matlamat anda bersifat kerja kerana matlamat yang tidak bersifat pekerjaan hanya menjadi angan-angan.

Akronim Realistic merujuk matlamat yang realistik. Contoh jika anda ada RM1000 hari ini adalah lebih realistik untuk anda capai RM10,000, RM20,000 atau RM50,000 pada tahun hadapan berbanding RM1 juta dalam tempoh setahun. Ini memastikan matlamat anda juga mampu dicapai dan tidak kekal sekadar angan-angan.

Akronim terakhir ialah Time-based. Bahasa mudahnya matlamat anda perlulah ada tempoh masa ataupun deadline. Contoh nak capai RM1 juta dalam masa 10 tahun. Nak baca 12 buah buku setahun. Dengan tempoh masa yang jelas barulah anda mudah merancang matlamat contoh untuk habiskan 12 buku setahun anda perlu baca 1 buku sebulan. Nak capai RM1 juta dalam sepuluh tahun anda perlu simpan RM8,333 sebulan. 


Begitulah teknik S.M.A.R.T yang telah banyak dikongsikan sebelum ini. Hari ini teknik ini telahpun diberikan nafas baru menjadi S.M.A.R.T.E.R. 

S - Specific (Clear Direction)

M - Measurable (Progress)

A - Actionable (Action based goals)

R - Risky (Unlock Potential)

T - Trigger (Habits)

E - Exciting (Reason to pursue)

R - Relevant (Phase of life)

Saya akan fokuskan kepada pembaharuan akronim sahaja iaitu R-Risky, T-Trigger, E-Exciting dan R-Relevant.

Akronim Risky merujuk kepada risiko. Matlamat anda perlulah melibatkan risiko supaya anda dapat memecah potensi diri. Kalau anda ada RM1000 dan matlamat anda hanya nak capai RM5000 pada tahun depan ianya tidak mencabar dan berisiko. Tetapi jika anda mensasarkan RM50,000 pastinya ia lebih mencabar dan memaksa anda untuk bekerja keras. Proses yang mencabar inilah yang akan menambah nilai diri anda dengan lebih drastik.

Akronim Trigger membicarakan tentang tabiat atau rutin. Dalam mencapai matlamat pastinya usaha ke arah itu akan memakan masa dan disiplin yang tinggi. Akronim Trigger mengajar kita untuk membina rutin harian supaya proses mencapai matlamat lebih optimum. Contohnya nak baca 20 buah buku setahun, mungkin anda boleh tetapkan untuk membaca setiap pagi atau setiap malam sebelum tidur. Rutin harian ini akan memberikan impak yang sangat besar dalam masa yang panjang.

Akronim Exciting membawa maksud rasa keterujaan dalam mengejar matlamat. Dalam proses kita mengejar matlamat pastinya memakan masa yang lama dan memenatkan lantas membuat kita rasa ingin putus asa. Dengan memastikan kita ada tujuan yang kukuh bagi setiap matlamat akan menimbulkan keterujaan untuk terus melalui proses itu walaupun penat. Jika RM1 juta yang kita sasarkan sekadar untuk lihat jumlah itu dalam bank mungkin ia kelihatan lesu tapi jika RM1 juta tadi untuk membina bangunan wakaf atas nama ibu bapa, menjejak kaki ke luar negara, memandu kereta idaman pastinya akan membuatkan kita lebih teruja.

Akronim terakhir iaitu Relevant adalah sebuah pesanan tentang keadaan kita di dalam fasa kehidupan. Ini kerana setiap fasa kehidupan kita mempunyai keutamaan yang berbeza. Contohnya ketika bujang mungkin kita boleh sasarkan untuk menjadi juara Marathon dengan berlatih setiap hari tetapi jika kita baru sahaja mempunyai anak mungkin ada matlamat lain yang lebih utama. Relevant juga mengingatkan kita supaya setiap matlamat kita akhirnya membantu matlamat hidup yang paling utama.

Setiap teknik dan kaedah yang kita belajar hanyalah sebagai panduan. Pada akhirnya kita sendiri yang memilih apakah yang terbaik untuk diri dan masa depan kita.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda