Compounding, Keajaiban Dunia Yang Ke-8
[Bacaan 3 Minit] Biasa kita dengar 7th wonders of the world tetapi tak semua kenal dengan keajaiban dunia yang ke-8 yakni, Compounding atau Penggandaan. Jika saya berikan anda RM1 sehari dan saya gandakan 2x ganda setiap hari:- Hari pertama: RM1 Hari kedua: RM2 Hari ketiga: RM4 Hari keempat: RM8 Berapa jumlah yang anda akan dapat pada hari ke-30? Cuba kira tanpa kalkulator. RM200 ribu? RM800 ribu? Jawapannya RM1,072,741,000. Ya, 1 billion lebih. Bagaimana pula jika saya berikan lewat seminggu (kurang 7 hari) dari sebulan tersebut. Berapa yang anda akan dapat? RM200 juta? RM100 juta? Jawapannya RM8 juta. Kurang 99% dari nilai asal. Itulah keajaiban Compounding . Compounding boleh menjadi senjata anda, ataupun faktor kegagalan anda. Sebagai contoh lagi, Warren Buffet yang mempunyai kekayaan sebanyak 86 billion USD, mencipta 98% kekayaannya yakni 82 billion USD selepas umurnya 65 tahun. Dia mencapai 1 juta pertamanya ketika umur 30 tahun. Konsep Compounding ini bukan sahaja teraplikasi ...