Cara Memilih (Dan Guna) Kad Kredit


[Bacaan 5 Minit]

Bagi mereka yang dah faham fungsi kad kredit dan bersedia untuk mendapatkan manfaatnya. Ini adalah panduan asas bagaimana untuk memilih kad kredit. Jika anda masih belum faham fungsinya boleh baca bagaimana kad kredit berfungsi dan baik buruk kad kredit.

Cara Pilih Kad Kredit

1. Caj Tahunan (Annual Fee)

Kriteria pertama yang boleh dinilai adalah caj tahunan. Kebiasaannya kad kredit jatuh dalam 3 kategori

Pertama: Ada caj tahunan, kebiasaannya tidak begitu mahal (RM20 setahun) bagi kad yang bukan premium

Kedua: Percuma caj tahunan. Ya ada kad kredit yang tidak mengenakan langsung caj tahunan tanpa syarat

Ketiga: Caj tahunan bersyarat. Biasanya untuk kad kredit ini anda perlu menggunakannya minima 8 kali setahun untuk mendapatkan manfaat caj tahunan percuma

2. Manfaat (Points dan Cashback)

Antara perbezaan utama kad kredit adalah manfaat yang diberikan iaitu dari segi mata ganjaran dan cashback. Ada kad yang memberikan 1 points setiap RM1, ada yang beri 3 points setiap RM1. Ada yang beri kelebihan untuk tukar points kepada voucher makanan, ada yang boleh tukar points dengan tiket penerbangan.

Ada yang beri cashback 3%, ada yang 5%, ada yang bagi cashback untuk pembelian petrol sahaja dan macam-macam lagi. Tak lupa juga ada yang tiada manfaat cashback langsung.

3. Syariah Compliance

Tak perlu cerita panjang, sekiranya anda seorang Muslim maka pilihlah kad kredit atau apa-apa produk kewangan sekalipun yang patuh syariah. Kalau anda rasa sangsi atau tidak puas hati silalah hubungi panel syariah Bank tersebut. Sebagai orang awam saya sendiri hanya mampu menyerahkan isu ini kepada yang pakar sebagaimana jika saya sakit, saya berjumpa doktor. Saya tak bedah diri sendiri.

Sebagai maklumat tambahan, pinjaman konvensional menggunakan terma interest rate pada caj mereka manakala Bank Syariah menggunakan terma profit rate (kadar keuntungan Bank, bukan anda ya) pada caj mereka.

Itulah panduan asas dalam memilih kad kredit. Suka saya kongsikan juga sedikit panduan asas menggunakan kredit kad. Nampak macam budak sekolah sahaja perlu diajar cara guna tetapi malangnya yang hutang kredit kad bertimbun itu bukanlah budak sekolah tetapi orang dewasa.

Cara Guna Kad Kredit

1. Ganti Duit Yang Ada

Kita gunakan kad kredit hanyalah sebagai ganti duit yang anda. Janganlah berbelanja dengan wang yang anda sebenarnya tiada. Itulah pokok pangkal masalah hutang kad kredit.

2. Zero Balance

Pastikan baki pinjaman kad kredit anda RM0 setiap bulan. Ini kerana baki pinjaman itulah yang akan dikenankan caj interest/profit rate. Jika anda langsaikan semua jumlah pinjaman setiap bulan maka anda akan guna kad kredit dengan ZERO INTEREST.

3. Jangan Guna Kad Kredit

Ya, nasihat terakhir saya adalah jangan guna kad kredit. Sekiranya tanpa kad kredit pun anda ada masalah berbelanja, hutang dengan kawan pun belum langsai, nasihat saya elakkan lah dari menggunakan kad kredit. Itu adalah ciri-ciri mereka yang belum bersedia menggunakan kad kredit. Hakikatnya ramai sahaja rakyat Malaysia yang hidup tanpa kad kredit tapi masih hidup selesa bersama keluarga, ada kereta dan rumah serta keperluan yang lain. Janganlah menzalimi diri sendiri.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda