Compounding, Keajaiban Dunia Yang Ke-8
Biasa kita dengar 7th wonders of the world tetapi tak semua kenal dengan keajaiban dunia yang ke-8 yakni, Compounding atau Penggandaan.
Jika saya berikan anda RM1 sehari dan saya gandakan 2x ganda setiap hari:-
Hari pertama: RM1
Hari kedua: RM2
Hari ketiga: RM4
Hari keempat: RM8
Berapa jumlah yang anda akan dapat pada hari ke-30?
Cuba kira tanpa kalkulator. RM200 ribu? RM800 ribu?
Jawapannya RM1,072,741,000. Ya, 1 billion lebih.
Bagaimana pula jika saya berikan lewat seminggu (kurang 7 hari) dari sebulan tersebut. Berapa yang anda akan dapat?
RM200 juta? RM100 juta?
Jawapannya RM8 juta. Kurang 99% dari nilai asal.
Itulah keajaiban Compounding. Compounding boleh menjadi senjata anda, ataupun faktor kegagalan anda. Sebagai contoh lagi, Warren Buffet yang mempunyai kekayaan sebanyak 86 billion USD, mencipta 98% kekayaannya yakni 82 billion USD selepas umurnya 65 tahun. Dia mencapai 1 juta pertamanya ketika umur 30 tahun.
Konsep Compounding ini bukan sahaja teraplikasi kepada subjek kewangan tetapi juga dalam pembelajaran ilmu, pembinaan kemahiran dan amal ibadah kita.
Sebagaimana Islam mengajar kita tentang amal jariah yang bukan sahaja terus mengalir tetapi terus berkembang.
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
Riwayat al-Tirmizi (662)
Bila mana sesuatu amalan itu dilaksanakan bukan hanya seorang yang akan dapat manfaat tetapi terus mengalir kepada yang lain. Lebih kurang konsep MLM juga tetapi anda tak perlu sewa Mustang atau Jet Peribadi untuk peroleh manfaatnya.
Jadi selepas ini jika anda membuat satu usaha walaupun kecil tetapi konsisten, sebenarnya nilai nya adalah lebih besar daripada apa yang anda mampu lihat. Begitu juga jika anda sering menangguh sesuatu kerja, anda bukan sahaja hilang nilai hari-hari tersebut tetapi anda kehilangan nilai Compounding yang boleh dicapai.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!
Comments
Post a Comment