Apa Itu Kad Kredit? Apa Beza Kad Kredit Dan Kad Debit?



[Bacaan 4 Minit]

Kad kredit (credit card) adalah salah satu produk pinjaman oleh pihak Bank dalam bentuk Kad. Hampir kesemua Bank seperti Maybank, CIMB, Hong Leong dan lain-lain menyediakan produk ini dan tak kurang juga berbagai pilihan kad kredit (Gold, Platinum, Ikhwan dll.) yang ada.


Bagaimana Kad Kredit Berfungsi?

Secara umumnya selepas anda swipe kad kredit anda, jumlah itu akan terkumpul dalam tempoh satu bulan. Selepas cukup tempoh tersebut Bank akan menghantar credit card statement atau bahasa mudahnya bil kad kredit anda. Bil ini perlulah dilangsaikan dalam tempoh 20 hari selepas bil dikeluarkan. 

Jika anda membuat bayaran penuh hingga tiada lagi baki pinjaman (zero balance) maka tiada sebarang interest/profit rate akan dikenakan. YA, ZERO INTEREST. Tetapi, anda juga diberi pilihan untuk bayar kadar minima contohnya jumlah hutang RM150, kadar bayaran minima RM50 maka baki hutang kad kredit RM100. Anda terlepas dari sebarang penalti tetapi baki hutang itulah yang akan dikenakan interest/profit rate. Jika baki hutang RM100, interest/profit rate 18% maka jumlah hutang anda pada bulan hadapan akan menjadi RM100 + (RM100x18%) = RM118. Setiap kali anda mempunyai baki pinjaman maka setiap kali itulah anda akan dikenakan caj 18% SETIAP BULAN. (Interest Rate = Bunga, Bank Konvensional) (Profit Rate = Kadar keuntungan, Bank Syariah)

Kadar yang saya tunjukkan tadi hanyalah contoh kerana kadar caj mungkin berbeza mengikut Bank tetapi begitulah cara kad kredit ini berfungsi.


Beza Kad Kredit VS Kad Debit

Lepas faham bagaimana kad kredit berfungsi saya kira anda juga lebih faham beza antara kad kredit dan kad debit tetapi bagi melengkapi perbincangan ini saya sertakan juga beberapa perbezaannya.

1. Tolak Duit Bank

Kad debit akan tolak duit dalam akaun Bank anda selepas digunakan berbanding kad kredit

2. Interest/Profit Rate

Kad debit tiada interest/profit rate berbanding kad kredit

3. Reverse Charge

Jika kad kredit anda dicuri, anda boleh memohon reverse charge supaya Bank tidak mengenakan caj atas transaksi yang berlaku selepas kecurian. Kelebihan ini tiada pada debit kad kerana duit akan ditolak terus dari akaun anda.

4. Universal Acceptance

Hampir semua tempat di dalam dan luar negara menerima kad kredit berbanding kad debit.

Inilah perbezaan utama antara kad kredit dan kad debit.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!





Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda