13 Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang
[Bacaan 5 Minit]
Setiap kali zaman berubah teknologi juga berubah. Begitu juga kemahiran semakin berubah. Kalau tahun 90-an kerjaya Programmer misalnya dilihat sebagai sesuatu yang asing kini pasca era 2020 pula muncul pelbagai kerjaya baharu seperti Data Scientist, Data Architect dan lain-lain. Apapun kerjaya yang anda ceburi ada beberapa ciri asas pekerja cemerlang yang akan menjadikan anda bernilai dalam organisasi tanpa mengira bidang
1. Rajin Ambil Nota
Mengambil nota adalah batu asas kepada golongan yang proaktif dalam bekerja. Sama ada dalam mesyuarat kecil, mahupun besar, ambil inisiatif untuk sentiasa menulis nota secara fizikal mahupun softcopy seperti dalam telefon. Anda akan terkejut bagaimana tindakan ini akan mengubah cara dan kualiti kerja anda.
2. Pandai Mencari Dan Mengurus Kritikan
Pekerja cemerlang akan ambil peluang untuk mencari kritikan sebelum diberi lagi. Selepas itu mereka bukan sahaja mendengar tetapi merancang bagaimana untuk menambah baik aspek yang dikritik. Ini adalah sebahagian daripada teknik "deliberate practice" yang sangat popular digunakan oleh individu cemerlang di Barat seperti Mark Minervini (Juara Trading Amerika Syarikat).
3. Pandai Menulis
Tidak semestinya menjadi penulis professional seperti Penulis Buku dan Copywriter sahaja perlu pandai menulis. Pandai menulis menunjukkan seseorang itu mampu menterjemahkan idea dan pemikiran mereka dengan baik.
4. Mampu Memotivasikan Orang Sekeliling
Semua orang suka dengan mereka yang mampu memberi motivasi dengan baik. Tidak semestinya perlu berucap depan khalayak ramai tetapi golongan ini membentuk persekitaran positif melalui percakapan dan tindakan mereka. Lihat saja golongan ini kita akan rasa semangat dan seronok bekerja.
5. Hasil Kerja Lestari
Hasil kerja yang cemerlang itu pastinya sangat dinanti. Tetapi apa yang lebih utama sebenarnya adalah kualiti kerja yang konsisten. Golongan ini tidak memberikan hasil cemerlang setiap hari kerana itu adalah hampir mustahil tetapi setiap hasil kerja mereka mempunyai kualiti yang baik dan konsisten. Bukannya sangat cemerlang hari ini tetapi sangat gagal esok hari.
6. Pendengar Yang Baik
Pendengar yang baik akan membuat orang lain rasa bernilai. Gunakan Teknik DEHART ini:-
- Dengar dengan penuh perhatian
- Hargai luahan/perkongsian
- Rumuskan apa yang diceritakan
- Tanya soalan
7. Rajin Senyum
Senyum itu sedekah. Jadikan diri anda seorang yang pemurah dengan senyuman. Pastikan senyuman itu juga ikhlas.
8. Mentaliti 'Berpasukan'
Orang yang mempunyai mentaliti 'berpasukan' akan mudah untuk membantu orang lain. Mereka juga sedar tentang matlamat bersama yang disasar selain matlamat persendirian yang dikejar. Tiada salahnya untuk mengejar kedua-dua matlamat dalam masa yang sama apatah lagi dalam aspek kerjaya.
9. Benci Dengan Alasan
Pekerja cemerlang benci dengan alasan termasuk daripada diri mereka sendiri. Mereka tahu bila mereka melakukan kesalahan dan mereka juga tahu cara untuk minta maaf dengan baik.
10. Berani Bertanya Soalan (Yang Bijak)
Selain berani bertanya soalan, anda juga harus belajar cara bertanya soalan yang bijak.
- Kurangkan soalan Ya atau Tidak (soalan mati)
- Banyakkan bertanya soalan sambungan (follow-up question)
- Jangan mencelah untuk bertanya
- Tanya soalan dengan jelas. Jangan melalut topik yang berbeza atau terlalu banyak topik dalam satu soalan.
11. Bijak Mengurus Prioriti
Tak disangkal ada masanya kita mempunyai masa yang terhad untuk melaksanakan semua kerja. Pastikan kita bijak mengurus keutamaan kerja seperti tugas yang penting dan segera berbanding yang kurang penting dan tidak segera.
12. Bijak Emosi
Bijak emosi adalah kualiti yang sangat berharga dan penting untuk dibina terutama dalam berkomunikasi. Antara ciri bijak emosi adalah tahu bila untuk berinteraksi dengan santai dan bila perlu untuk menjadi serius.
13. Menjaga Masa
Menjaga masa adalah salah satu nilai diri yang utama. Orang yang menjaga masa akan dinilai tinggi dalam organisasi begitu juga orang yang tidak pandai menjaga masa akan dinilai rendah dan tidak akan menjadi prioriti dalam organisasi.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!
Comments
Post a Comment