Nak Berjaya Kena Overwork?




[Bacaan 5 Minit]

Pernah dengar tentang overwork? Atau anda sendiri pernah overwork? Biasa orang kata nak berjaya ni memang susah, kena bangun awal pagi, kerja sampai lewat malam dan macam-macam lagi. Kalau tak usaha macam mana nak berjaya betul tak? Tapi persoalannya betul ke nak berjaya kena overwork?

Sebelum saya kupas lebih lanjut, dalam setiap perbincangan mesti ada definisi yang jelas dulu. Kalau tak jelas atau tak sama definisi saya kata A, mungkin anda fikirkan B. Inilah antara misscommunication yang selalu berlaku dalam socmed misalnya. Lepas tu bergaduh "your mum is green". Balik ke topik asal, nak faham persoalan perlu atau tidak overwork untuk berjaya kena faham dulu apa definisi "berjaya" dan apa definisi "overwork".

"Berjaya" ini berbeza definisinya mengikut setiap individu. Ada orang faham berjaya ni perlu ada perniagaan, aset berpuluh juta, rumah mewah dan sebagainya. Ada pula orang faham berjaya ini apabila mampu menyara keluarga dengan baik, ada tempat tinggal, kenderaan, cukup makan minum dan boleh bersiar sekali sekala. Daripada dua contoh definisi ini kita dapat faham secara lumrahnya definisi yang pertama iaitu berjaya mesti kaya-raya semestinya memerlukan usaha yang lebih berbanding definisi yang kedua.

'Overwork' ini pula ada yang faham definisinya sebagai kerja dari pagi hingga lewat malam, 6-7 hari seminggu. Ada pula yang faham overwork ini sebagai apa-apa kerja yang melebihi waktu yang ditetapkan (jika bekerja makan gaji) ataupun lebih dari 8-9 jam sehari sudah dikira 'overwork'. Secara peribadi saya lebih memilih definisi overwork melalui contoh yang pertama. Ini kerana 'overwork' lebih mudah diterjemahkan kepada "kerja berlebihan" yang mengganggu kesihatan mental dan fizikal secara drastik. Adapun definisi yang kedua iaitu kerja lebih dari kadar minima (masa dan tenaga) lebih tepat dikategorikan sebagai "hardwork" iaitu kerja keras berbanding kerja berlebihan. Ehh, dah macam sama je?

Betul, dua terma ini memang dah hampir sama tetapi apa yang membezakan adalah overwork atau kerja berlebihan melibatkan kerja yang melampaui kapasiti anda dari sudut fizikal dan mental secara drastik. Kapasiti ini juga berbeza mengikut individu. Ini bermaksud overwork (kerja berlebihan) adalah tidak sustainable. Anda tak mampu terus menerus kerja berlebihan dalam jangka masa panjang tanpa kesan buruk kepada fizikal dan mental anda. 

Berbeza dengan hardwork (kerja keras). Nak berjaya pada definisi apa sekalipun memerlukan hardwork. Bezanya semakin besar tahap kejayaan (contoh dari sudut harta dan kerjaya) yang nak dikejar semakin banyak hardwork yang diperlukan. Tetapi hardwork tidaklah bermaksud anda kerja siang ke malam 7 hari seminggu. Mungkin seminggu 2-3 hari perlu bekerja lebih masa. Ataupun selepas pulang kerja hakiki, anda menyambung semula kerja lain 1-2 jam di rumah. Ataupun mungkin anda mempunyai beberapa fasa yang memerlukan untuk anda kerja keras tetapi selepas melalui fasa tersebut anda boleh kembali bekerja tanpa membebankan mental dan fizikal secara berlebihan.

Bagi menjawab persoalan awal tadi, sekiranya anda menggunakan definisi yang sama dengan saya, kita tidak perlu overwork (kerja berlebihan) untuk berjaya tetapi kita wajib hardwork (kerja keras) dan smart work (bijak bekerja) untuk berjaya. Kejayaan yang bagaimana itu akhirnya berbalik kepada pilihan masing-masing. Tak dapat disangkal nak mengimbangi setiap aspek kehidupan dari sudut agama, keluarga, kerjaya, kesihatan dan lain-lain ini adalah mencabar. Jadi salah satu solusinya adalah seperti yang anda lakukan sekarang iaitu teruskan membaca (belajar) untuk menjadi lebih bijak dalam mengurus kehidupan.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!


Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda