Posts

Showing posts from March, 2022

Tak Boleh Perform 110%? Kau Loser! (Baca Sini Loser)

Image
  [Bacaan 5 Minit] Pernah tak anda rancang sesuatu dalam kepala? Kadang bukan sahaja rancang tapi dah buat macam-macam persediaan tapi bila sampai waktu untuk laksana macam-macam tak jadi. Masalah itulah, masalah inilah. Itulah hakikatnya, kita hanya mampu merancang, Dialah yang menentukan. Okay tapi harini saya bukan nak kongsi itu je walaupun hakikatnya benar. Tapi dalam kehidupan kita pasti ada hari yang gelap. Mungkin hari yang penuh masalah. Mungkin satu sahaja masalahnya tetapi terus kelam sepanjang hari. Mungkin masalah itu datang dari luar. Mungkin masalah itu dari kekurangan kita sendiri. Kadang rasa dah usaha macam-macam pun tak jadi.  Kita semua ada hari tersebut. Jadi hari ni saya nak kongsikan apa yang saya buat bila datang hari tersebut.  Pertama sekali bila datang perasaan berat hati, bangkit dan beredar dari tempat yang anda sedang duduk. Kebiasaannya tempat kerja kita. Bangun dan ambil masa untuk berjalan. Mungkin di sekitar pejabat. Kalau nak keluar pun ...

14 Kisah Pendek Zaman Muda Mas Elon

Image
[Bacaan 6 Minit]  Sebelum ini saya dah kongsikan serba sedikit cara kerja Elon Musk hari ini jom kita lihat serba sedikit kisah ringkas zaman muda beliau. 1. Mulut Yang Tak Bersuara Adalah Mulut Yang Tak Makan Ketika di zaman kolej lagi Elon suka membaca surat khabar (bukan segmen selebriti) dan berani menelefon mana-mana individu yang menarik minat beliau. Antaranya beliau pernah menelefon seorang Pegawai Bank Nova Scotia untuk memohon kerja.  Dia berjaya mendapat temujanji dengan Pegawai Bank tersebut dan diberikan tawaran Internship . 2. Lihat Ke Dalam Sejak dari zaman remaja Elon memang sangat berminat dengan fizik. Majikan beliau sendiri sedar ketika beliau berumur 19 tahun minat utama beliau bukanlah kewangan tetapi eksplorasi angkasa.  Walaupun begitu kita boleh lihat beliau masih boleh membina syarikat kewangan yang berjaya dengan ilmu dan work ethics atau cara kerja yang sangat baik sebelum akhirnya beralih ke bidang aeroangkasa melalui syarikat beliau SpaceX. 3...

Teknik Komunikasi Kerja Yang Efektif (Dan Praktikal)

Image
  [Bacaan 5 Minit] Tak disangkal lagi kemahiran komunikasi antara elemen penting dalam apa-apa pekerjaan sekalipun. Tidak kira posisi sama ada di bawah mahupun di peringkat atasan. Komunikasi yang efektif akan menjadikan anda sebagai seseorang yang penting dan bernilai dalam organisasi. Ini 7 teknik komunikasi efektif di ruang kerja. 1. Beri Peringatan Bila kita mula berkomunikasi tentang kerja sama ada dengan boss atau supervisor, pastikan kita memberi peringatan kepada mereka. Peringatan tentang apa yang telah berlaku dan sedang berlaku tentang tugasan tersebut. Ini memudahkan mereka mendapatkan gambaran yang jelas tentang hala tuju perbincangan. 2. Bercakap Dengan Spesifik Jangan bercakap dengan nada yang umum. Jika melibatkan masa, sebutkan tarikh dan waktunya. Jika melibatkan orang lain, sebutkan namanya. Jika melibatkan sumber, sebutkan apa dan bila diperlukan. Maklumat yang spesifik menunjukkan kita jelas dan bertanggungjawab dalam tugasan. 3. Beri Sebab Jika anda menghantar...

5 Tips Produktiviti Dari Mas Elon

Image
  [Bacaan 4 Minit] Siapa tak kenal Elon Musk? Usahawan teknologi paling berjaya di dunia. Popular dengan syarikat kereta elektrik Tesla dan syarikat teknologi roket SpaceX milik beliau. Kalau belum kenal boleh baca kisah zaman muda Elon Musk . Baru-baru ini pula beliau telah bertukar tempat dengan Jeff Bezos (Amazon) menjadi individu terkaya di dunia. Daripada semua pencapaian gergasi beliau pastinya ada metodologi yang digunakan jadi hari ini saya nak kongsikan 5 tips produktiviti dari Mas (Abang) Elon dari siri-siri temuramah beliau. 1. Mulakan Dengan Tugasan Penting Setiap hari Elon akan menyenaraikan kerja paling penting untuk beliau lakukan. Kerja penting memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi. Selepas selesai kerja paling penting barulah beliau sambung dengan kerja-kerja lain yang yang perlu dilunaskan tetapi tidak memberi impak yang tinggi. 2. Uraikan Setiap Tugasan Setiap kali beliau mempunyai tugasan, Elon akan menceraikan tugasan tersebut kepada struktur yang paling asas...

9 Tips Produktiviti Tanpa Stress

Image
[Bacaan 6 Minit] Ramai orang sedar kepentingan produktiviti dalam kehidupan. Kalau dah namanya hidup mestilah ada matlamat. Kalau dah ada matlamat pasti ada usaha untuk capai matlamat. Inilah tujuan produktiviti supaya kita dapat capai matlamat dalam kehidupan seharian. Tetapi, ramai juga yang terlalu mengejar produktiviti hingga jadi stress. Jadi kali ini saya nak kongsikan 9 tips jadi produktif tanpa stress. 1. Tak Perlu Jadi Produktif Setiap Hari Bila jadi produktif ni memang seronok. Banyak benda dapat buat, belajar ilmu baru, selesaikan tugasan dan macam-macam lagi. Tapi, sebenarnya kita tak perlu menghabiskan segala tenaga untuk jadi yang paling produktif setiap hari. Kita manusia. Tenaga kita terhad, daya fokus kita terhad, dan emosi kita terhad. Terlalu produktif setiap hari itu tak realistik.  Ada masa kita perlu berehat. Rehat itu adalah keperluan. Cukup sekadar selesaikan yang wajib. Kumpul tenaga untuk hari-hari yang akan datang untuk kita kembali produktif.  2. Tu...

17 Perbezaan Orang Biasa Dan Orang Luar Biasa

Image
[Bacaan 4 Minit] Dalam hidup ni ada beberapa sifir kehidupan yang boleh kita gunakan sebagai rujukan. Kalau nak berjaya seperti golongan 10%, usaha anda tak boleh sama dengan golongan 90% yang lain. Kejayaan yang luar biasa tak akan datang kepada orang yang biasa-biasa. Tanpa membuang masa, jom tengok 17 perbezaan antara orang biasa dan orang luar biasa. 1. Orang biasa buat kerja nampak susah, orang luar biasa buat kerja nampak senang. Senang itu datang dari usaha yang konsisten membina kemahiran bertahun lamanya. 2. Orang biasa main permainan, orang luar biasa cipta permainan sendiri. Jangan lihat satu perkara dengan satu perspektif sahaja. Luaskan perspektif anda. Beranikan diri untuk jadi kreatif. 3. Orang biasa suka hasil, orang luar biasa suka proses. Jika anda tak mampu jatuh cinta dengan proses dan perjalanan, anda sukar untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Ini kerana hasil yang luar biasa sentiasa datang dengan proses dan perjalanan yang panjang. 4. Orang biasa suka menyalah...