14 Kisah Pendek Zaman Muda Mas Elon



[Bacaan 6 Minit]

 Sebelum ini saya dah kongsikan serba sedikit cara kerja Elon Musk hari ini jom kita lihat serba sedikit kisah ringkas zaman muda beliau.


1. Mulut Yang Tak Bersuara Adalah Mulut Yang Tak Makan

Ketika di zaman kolej lagi Elon suka membaca surat khabar (bukan segmen selebriti) dan berani menelefon mana-mana individu yang menarik minat beliau. Antaranya beliau pernah menelefon seorang Pegawai Bank Nova Scotia untuk memohon kerja. 

Dia berjaya mendapat temujanji dengan Pegawai Bank tersebut dan diberikan tawaran Internship.

2. Lihat Ke Dalam

Sejak dari zaman remaja Elon memang sangat berminat dengan fizik. Majikan beliau sendiri sedar ketika beliau berumur 19 tahun minat utama beliau bukanlah kewangan tetapi eksplorasi angkasa. 

Walaupun begitu kita boleh lihat beliau masih boleh membina syarikat kewangan yang berjaya dengan ilmu dan work ethics atau cara kerja yang sangat baik sebelum akhirnya beralih ke bidang aeroangkasa melalui syarikat beliau SpaceX.

3. Jangan Takut Dengan Gergasi

Pengalaman Internship beliau di Syarikat Perbankan dengan nilai berbilion dollar menyedarkan beliau bahawa mereka yang begitu gergasi pun takut dengan perubahan dan inovasi.

Itulah punca beliau keluar dan membina syarikat kewangan sendiri "X.com" (nama asal PayPal). Satu kerugian besar Bank Nova Scotia sedangkan projek itu boleh sahaja dijalankan di bawah syarikat mereka jika mereka berani untuk berubah dan berinovasi.

4. Ambil Risiko (Dengan Cermat)

Ketika gelombang "dot-com' tahun-2000 yang melihat banyak peluang untuk syarikat berunsurkan digital untuk berkembang, Elon baru sahaja mendapat tawaran program PhD di Univerisiti Stanford (Universiti ranking nombor 3 di dunia).

Beliau memilih untuk mengejar peluang syarikat digital dan menangguhkan program PhD di Stanford.

5. Nak Mula Itu Renyah

Ketika memulakan syarikat X.com, Elon hanya mempunyai USD5,000 di dalam akaun bank. Beliau tidur di pejabat dan mandi di pusat perkhidmatan kebajikan NGO.

Bila kita baru bermula memang tiada apa yang mudah dan tak ramai yang akan sokong begitulah hakikatnya.

6. Kejayaan Datang Perlahan Tapi Datangnya Umpama Gunung

Selepas 4 tahun berhempas pulas, beliau akhirnya menjual syarikatnya dengan nilai 307 Juta USD. Beliau sendiri membawa pulang keuntungan peribadi yang menjadikan akaunnya berubah dari 5000USD kepada 21 Juta USD.

Hasilnya itu digunakan untuk membeli sebuah Condo di Palo Alto dan sebuah kereta Mclaren F1 bernilai 1 Juta USD.

7. Biografi Adalah Jalan Pintas Kehidupan

Apabila rakan sekerja Elon masuk ke biliknya, bilik beliau penuh dengan buku. Elon gemar membaca buku biografi usahawan yang berjaya kerana itulah cita-cita beliau.

Buku biografi adalah jalan pintas untuk beliau mengetahui cabaran yang bakal dihadapi serta solusinya di samping rahsia-rahsia yang boleh digunakan dalam perjalanan beliau sendiri.

8. Bersedia Dengan Jangkaan

Membina syarikat baharu memang sukar dan Elon pastikan setiap pekerja beliau sedar akan perkara itu. Ketika sesi temuduga beliau akan berkata "Ini adalah syarikat baharu dan kami akan mengharapkan banyak perkara dari kamu. Jika kamu mahukan kerja 40-jam seminggu, di sini bukan tempatnya.".

9. Pemimpin Posisinya Di Depan

 Jika ada isu teknikal dari Jurutera, Elon sendiri akan turun kelapangan bersama mereka dan memastikan isu itu selesai. Elon sentiasa mahukan laporan terkini dari setiap jabatan dan pekerja beliau jadi mereka memang sentiasa sibuk dan kadang tertidur di meja sendiri. 

Tetapi dihujung harinya mereka juga akan melihat Elon tertidur di meja beliau sendiri. Elon tak masuk kerja lewat pagi dan pulang pada awal petang.

10. Ada Masa Kita Perlukan Usaha Luar Biasa

Elon pernah menyerahkan akaun peribadinya untuk digunakan oleh syarikat X.com. Beliau juga pernah melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan syarikat Tesla dan SpaceX daripada bankrupsi.

11. Kerja Tanpa Henti

Ketika merancang untuk berbulan madu, Elon memilih tempat di Australia berdasarkan lokasi yang boleh digunakan untuk mesyuarat bersama pekerja antarabangsa beliau berkenaan dana syarikat. 

Inilah realiti yang ramai tak faham. Mustahil untuk capai kejayaan besar seperti tahap Elon Musk tanpa mengorbankan work-life-balance. Ini adalah prinsip asas dalam kehidupan. Give and take. Bukan sahaja beliau bahkan ramai lagi figura dengan pencapaian gergasi mengungkapkan perkara yang sama seperti Mark Minervini (Juara Trading Amerika Syarikat). Setidaknya hingga kejayaan itu dicapai, work-life balance itu tak wujud.

Saya ulang sekali lagi, mustahil untuk capai pencapaian gergasi tanpa mengorbankan work-life balance. Oh ya dapat duit warisan berjuta dari keluarga kaya itu tak dikira pencapaian. Tetapi, tanya juga diri sendiri adakah anda perlukan pencapaian pada tahap itu? Sebesar mana kejayaan yang kita nak capai, sebesar itu jugalah usaha yang diperlukan.

12. Jaga Diri Sendiri

Elon seorang yang sangat berkarisma, saingan beliau sukar berdebat jika beliau berada di dalam bilik mesyuarat yang sama. Oleh itu, ketika beliau pergi berbulan madu adalah masa paling sesuai untuk mereka membawa usul untuk memecat beliau dari jawatan CEO.

Usul itu diterima dan pada September 2000, beliau telah dipecat sebagai CEO PayPal (masih mempunyai saham syarikat) dan digantikan dengan Peter Thiel.

13. Maafkan Untuk Masa Depan

Selepas mendapat notis pemecatan dari PayPal, Elon memilih jalan untuk berdamai dengan semua pihak termasuk golongan yang menggulingkan beliau. Elon tidak mahu masa depan beliau dipengaruhi oleh kejadian yang berlaku pada masa lampau.

Pada hari ini Elon masih berhubung dengan Peter Thiel sebagai seorang kawan lama.

14. Setiap Kejadian Ada Hikmahnya

Mungkin Mas Elon tak sebutlah hikmah. Tetapi, disebalik pemecatan beliau dari PayPal telah membuka ruang untuk beliau mengejar bukan satu tapi dua visi baharu iaitu penerokaan aeroangkasa melalui SpaceX dan kelestarian alam melalui kereta elektrik, Tesla.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda