17 Perbezaan Orang Biasa Dan Orang Luar Biasa
[Bacaan 4 Minit]
Dalam hidup ni ada beberapa sifir kehidupan yang boleh kita gunakan sebagai rujukan. Kalau nak berjaya seperti golongan 10%, usaha anda tak boleh sama dengan golongan 90% yang lain. Kejayaan yang luar biasa tak akan datang kepada orang yang biasa-biasa. Tanpa membuang masa, jom tengok 17 perbezaan antara orang biasa dan orang luar biasa.
1. Orang biasa buat kerja nampak susah, orang luar biasa buat kerja nampak senang. Senang itu datang dari usaha yang konsisten membina kemahiran bertahun lamanya.
2. Orang biasa main permainan, orang luar biasa cipta permainan sendiri. Jangan lihat satu perkara dengan satu perspektif sahaja. Luaskan perspektif anda. Beranikan diri untuk jadi kreatif.
3. Orang biasa suka hasil, orang luar biasa suka proses. Jika anda tak mampu jatuh cinta dengan proses dan perjalanan, anda sukar untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Ini kerana hasil yang luar biasa sentiasa datang dengan proses dan perjalanan yang panjang.
4. Orang biasa suka menyalahkan, orang luar biasa ambil tanggungjawab yang penuh. Tak adil, nasib tak baik, tak ada keistimewaan, semua ini boleh digunakan sebagai alasan. Orang luar biasa tak guna alasan. Mereka hanya melihat apa silap yang aku dibuat? Apa lagi yang aku boleh perbaiki? Semuanya aku. Ulang dan ulang hingga mereka berjaya. Adil, nasib, semua itu tak penting buat mereka. Kalau tak ada keistimewaan, mereka bina keistimewaan sendiri.
5. Orang biasa takut buat silap. Orang luar biasa berani buat silap. Mereka belajar dari setiap kesilapan. Kesilapan adalah satu kelebihan buat orang luar biasa.
6. Orang biasa mengharapkan nasib baik. Orang luar biasa bina nasib sendiri. Setiap satu usaha mereka membuka lebih banyak peluang. Siapa buat, dia dapat. Bukan siapa tunggu, dia dapat.
7. Orang biasa mengikut persekitaran mereka. Orang luar biasa membentuk persekitaran mereka sendiri. Siapa kawan mereka, apa yang mereka ambil tahu, bagaimana tempat tinggal mereka. Tinggal di kedai tukang besi, dapat asap. Tinggal di kedai minyak wangi, dapat wangi.
8. Orang biasa dapat peluang. Orang luar biasa juga dapat peluang. Tetapi orang luar biasa lebih bersedia bila peluang itu datang.
9. Orang biasa mula tak pandai. Orang luar biasa juga mula tak pandai. Tapi orang luar biasa buat sesuatu untuk jadi pandai. Orang biasa terima 'hakikat' diri tak pandai.
10. Orang biasa usaha bermacam cara biasa-biasa. Orang luar biasa usaha satu cara luar biasa. Mereka tak hirau bosan buat 'kerja rumah' sebelum bermula.
11. Orang biasa kurang gagal. Orang luar biasa banyak kali gagal. Mereka dah cuba lebih banyak dari orang biasa. Kerana itu juga mereka peroleh lebih banyak kejayaan.
12. Orang biasa usaha bersungguh sekali sekala. Orang luar biasa usaha konsisten setiap hari. Orang yang konsisten tak pernah kalah.
13. Orang biasa sabar dengan tindakan tetapi tak sabar dengan hasil. Orang luar biasa tak sabar untuk bertindak tetapi sabar menunggu hasil. Mereka memahami konsep hasil yang tertunda.
14. Orang biasa hanya fikir tindakan, orang luar biasa mula tindakan dengan berfikir. Mereka tahu kepentingan strategi, sistem dan metodologi yang betul.
15. Orang biasa tak selesa dengan tekanan, orang luar biasa dah biasa dalam tekanan. Mereka boleh berfikir, mengatur langkah dan bertindak dengan tenang.
16. Orang biasa mengejar nama, orang luar biasa membina legasi. Apa yang mereka tinggalkan lebih penting berbanding sejauh mana nama mereka dikenali.
17. Orang biasa biarkan hari yang menentukan apa yang mereka buat. Orang luar biasa menentukan apa yang mereka buat setiap hari. Mereka mempunyai rutin sendiri. Hidup mereka proaktif, bukan reaktif.
Kita bukan robot. Kita bukan pokok. Hidup kita diberi pilihan oleh Tuhan. Sebab itu kita bertanggungjawab atas setiap apa yang kita lakukan. Jadi kita pilih apa?
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!
Comments
Post a Comment