Tak Boleh Perform 110%? Kau Loser! (Baca Sini Loser)

 


[Bacaan 5 Minit]

Pernah tak anda rancang sesuatu dalam kepala? Kadang bukan sahaja rancang tapi dah buat macam-macam persediaan tapi bila sampai waktu untuk laksana macam-macam tak jadi. Masalah itulah, masalah inilah. Itulah hakikatnya, kita hanya mampu merancang, Dialah yang menentukan.

Okay tapi harini saya bukan nak kongsi itu je walaupun hakikatnya benar. Tapi dalam kehidupan kita pasti ada hari yang gelap. Mungkin hari yang penuh masalah. Mungkin satu sahaja masalahnya tetapi terus kelam sepanjang hari. Mungkin masalah itu datang dari luar. Mungkin masalah itu dari kekurangan kita sendiri. Kadang rasa dah usaha macam-macam pun tak jadi. 

Kita semua ada hari tersebut. Jadi hari ni saya nak kongsikan apa yang saya buat bila datang hari tersebut. 

Pertama sekali bila datang perasaan berat hati, bangkit dan beredar dari tempat yang anda sedang duduk. Kebiasaannya tempat kerja kita. Bangun dan ambil masa untuk berjalan. Mungkin di sekitar pejabat. Kalau nak keluar pun tiada masalah. Tapi jangan balik rumah! (Kalau nak balik sila ambil half day). Lagi bagus sambil berjalan tu lihat pandangan sekeliling dan cuba kosongkan fikiran sebentar. Kadang kita kena ingat sifat manusia ni bukan hanya mampu terima dan terus terima. Bila tangki dah penuh perlu kosongkan seketika. Bila dah kosongkan fikiran sedikit barulah kembali duduk. 

Lepas duduk, minum air (kecuali bulan puasa). Jangan pandai-pandai join plastik hitam ya. Kurang air pun boleh buat kita mudah stress. Pastikan kita minum air secukupnya sepanjang hari. Tadi anda dah kosongkan fikiran, sekarang pilihan kepada mereka yang memerlukan adalah luahkan kepada orang yang anda percayai. Boleh jadi tentang apa yang anda fikirkan dan boleh jadi tentang apa-apa jua perkara yang penting anda bercakap. Manusia secara tabii adalah makhluk sosial. Kita perlukan interaksi sebagai pelincir emosi. Terlalu banyak akan memenatkan. Terlalu sedikit akan jadi kering kontang.

Selepas anda mengosongkan tangki dan mengisinya dengan sesuatu yang baru, tiba masa untuk kembali mencari solusi. Hidup ini tak boleh pejamkan mata dari masalah. Masalah itulah yang akan mendewasakan kita. Masalah bukan datang untuk menetap tapi masalah datang untuk meninggalkan pengajaran. Selesai tugasnya, pergilah ia. Jadi langkah seterusnya adalah dapatkan nasihat tentang masalah yang anda hadapi dari individu yang sepatutnya. Jika masalah kerja mungkin daripada rakan sekerja, manager atau boss anda. Terpulang kepada siapa yang paling membantu untuk selesaikan masalah tersebut. 

Dah dapat panduan dan nasihat, rancang semula langkah anda yang seterusnya dan tetapkan perkara pertama yang anda perlu lakukan. Dah ada langkah pertama itu maka, buatlah. Itu sahaja. Tiada rahsia lain dalam hidup ini melainkan kata pujangga dari sebuah syarikat sepatu "Just Do It".

Mungkin kita belum mampu capai tahap 110% yang kita impikan dalam kepala tetapi jangan gusar dan khawatir. Kerana langkah pertama kita dah tepat iaitu visi dan misi yang hebat. Tinggal lagi pelaksanaannya memang tak mudah bahkan sangat normal untuk bangun dan jatuh berulang kali. Selagi kita tidak berhenti maka yakinlah suatu hari kita akan sampai ke destinasi. Cuba lihat kembali sebelum ini, betapa jauh perjalanan yang kita dah berjaya langkah. Jadi jangan berhenti di sini, terus melangkah esok hari!


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda