5 Tips Produktiviti Dari Mas Elon

 



[Bacaan 4 Minit]

Siapa tak kenal Elon Musk? Usahawan teknologi paling berjaya di dunia. Popular dengan syarikat kereta elektrik Tesla dan syarikat teknologi roket SpaceX milik beliau. Kalau belum kenal boleh baca kisah zaman muda Elon Musk. Baru-baru ini pula beliau telah bertukar tempat dengan Jeff Bezos (Amazon) menjadi individu terkaya di dunia.

Daripada semua pencapaian gergasi beliau pastinya ada metodologi yang digunakan jadi hari ini saya nak kongsikan 5 tips produktiviti dari Mas (Abang) Elon dari siri-siri temuramah beliau.

1. Mulakan Dengan Tugasan Penting

Setiap hari Elon akan menyenaraikan kerja paling penting untuk beliau lakukan. Kerja penting memerlukan tenaga dan fokus yang tinggi. Selepas selesai kerja paling penting barulah beliau sambung dengan kerja-kerja lain yang yang perlu dilunaskan tetapi tidak memberi impak yang tinggi.

2. Uraikan Setiap Tugasan

Setiap kali beliau mempunyai tugasan, Elon akan menceraikan tugasan tersebut kepada struktur yang paling asas. Daripada situlah beliau lebih mudah melihat apa yang boleh dilakukan atau diselesaikan tanpa merasa berat melihat sesuatu yang kompleks.

3. Sistem Maklum Balas

Dalam setiap kerja penting untuk ada maklum balas. Begitu juga Elon membina sistem maklum balas dalam setiap tugasan beliau. Selepas selesai tugasan beliau akan menerima maklum balas sama ada daripada diri sendiri atau orang luar. "Apakah yang boleh dibuat dengan lebih baik?" adalah soalan wajib yang beliau akan utarakan setiap kali selesai sesuatu tugasan.

4. Segmentasi Kerja

Elon Musk memilih untuk melaksanakan tugasan secara bersegmen. Sebagai contoh jika beliau nak merancang sesuatu projek baharu, maka itulah sahaja yang beliau akan fokus untuk lakukan. Jika beliau ingin membalas emel, maka beliau akan menggunakan masa untuk menghabiskan emel-emel sahaja. Mengasingkan kerja mengikut segmen membantu kita melaksanakan kerja dengan lebih fokus.

5. Jadual

Individu berprofil tinggi seperti Elon pastinya sibuk dengan berbagai tugasan. Jadi beliau juga tak lari dari menggunakan teknik asas dalam produktiviti iaitu jadual. Tetapi apa yang Elon paling tekankan dalam jadual adalah tarikh tamat atau deadline. Deadline dalam tugasan akan memberikan impak paling tinggi dalam produktiviti kerja anda.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda