9 Tips Produktiviti Tanpa Stress



[Bacaan 6 Minit]

Ramai orang sedar kepentingan produktiviti dalam kehidupan. Kalau dah namanya hidup mestilah ada matlamat. Kalau dah ada matlamat pasti ada usaha untuk capai matlamat. Inilah tujuan produktiviti supaya kita dapat capai matlamat dalam kehidupan seharian. Tetapi, ramai juga yang terlalu mengejar produktiviti hingga jadi stress. Jadi kali ini saya nak kongsikan 9 tips jadi produktif tanpa stress.

1. Tak Perlu Jadi Produktif Setiap Hari

Bila jadi produktif ni memang seronok. Banyak benda dapat buat, belajar ilmu baru, selesaikan tugasan dan macam-macam lagi. Tapi, sebenarnya kita tak perlu menghabiskan segala tenaga untuk jadi yang paling produktif setiap hari. Kita manusia. Tenaga kita terhad, daya fokus kita terhad, dan emosi kita terhad. Terlalu produktif setiap hari itu tak realistik. 

Ada masa kita perlu berehat. Rehat itu adalah keperluan. Cukup sekadar selesaikan yang wajib. Kumpul tenaga untuk hari-hari yang akan datang untuk kita kembali produktif. 

2. Tujuan Yang Jelas

Kalau kita nak buat semua perkara dalam dunia ini memang mustahil. Tiada orang dalam dunia ni sakit rawat sendiri, rumah bina sendiri, makan ternak sendiri. Kita saling memerlukan. Kita ada tujuan masing-masing. Kenal pasti matlamat masing-masing dan apa yang perlu diberi keutamaan. Supaya kita tak disibukkan dengan perkara yang tidak selari dengan matlamat kita. 

3. Rutin Bukan Peraturan

Rutin adalah salah satu elemen penting untuk menjadi produktif. Tetapi rutin bukan peraturan. Anda boleh sahaja menukar rutin bila perlu. Mungkin anda biasa buat sesuatu aktiviti pada waktu pagi, tetapi anda boleh sahaja tukar dan buat aktiviti itu pada waktu malam. Tetap pada matlamat, bukan pada kaedah.

4. Jangan Fokus Hanya Satu Kayu Ukur

Bila kita berusaha wajib ada kayu ukur. Baru kita tahu di mana pencapaian semasa diri kita. Tetapi jangan terlalu fokus dengan satu kayu ukur sahaja. Contohnya mungkin kita lakukan sesuatu tugas tapi tak nampak hasilnya. Sebenarnya kita dah ada pencapaian, mungkin belum lagi pada hasil tetapi kepada kemahiran kita melaksanakan tugas tersebut.

5. Banyak Berjalan

Berjalan dan melihat keindahan alam adalah satu terapi yang sangat murah pada kosnya tetapi mahal kepada nilainya. Kebanyakan daripada kita bila stress sebenarnya perlukan masa untuk berjalan dan merehatkan minda. Ini yang sesetengah orang terlepas pandang kerana hanya melihat nilai berjalan sebagai aktiviti fizikal semata.

6. Apa Yang Anda Lakukan Lebih Penting Daripada Laju Mana Anda Lakukan

Kadang kita fikir produktiviti ini bergantung kepada kelajuan kita melaksanakan tugasan. Sebenarnya apa yang kita pilih untuk lakukan lebih penting daripada laju mana kita melakukannya. Seorang pelumba kereta akan menjadi lebih hebat bila berlatih memandu kereta selama 3 jam berbanding berlumba motor selama 7 jam. Pastikan setiap aktiviti yang kita lakukan selari dengan matlamat.

7. Rehat Lebih Kerap

Tadi dah suruh rehat kali ni rehat lagi? Ya. Sebenarnya banyak kajian dah dilakukan tentang kadar produktiviti seseorang dengan cara kerja yang dilakukan. Antara hasilnya adalah teknik Pomodoro yang mewajibkan rehat selama 5-10 minit setiap kali kita melakukan tugasan selama 20-30 minit. Teknik ini hanyalah salah satu contoh yang boleh dipraktik. Anda juga boleh mengamalkan konsep ini dengan kaedah yang sedikit berbeza. Contohnya kerja 1 jam dan rehat 15 minit. Terpulang pada keselesaan masing-masing.

8. Letakkan Matlamat Yang Realistik

Kerja yang mengambil masa 10 jam jangan cuba dihabiskan dalam masa 1 hari. Mungkin anda boleh lakukannya tetapi hasilnya jadi tak begitu baik bahkan anda akan lebih mudah penat atau burnout. Susun kerja mengikut masa yang realistik untuk anda laksanakan dengan baik.

9. Mulakan Dengan Yang Mudah

Bila kita fikir tugasan yang besar pasti kita rasa resah dan gelisah. Cuba mulakan tugasan dengan sesuatu yang paling mudah. Apa yang lebih sukar sebenarnya adalah memulakan tugasan. Bila kita dah mula laksanakan tugasan kita akan cipta momentum kerja dan tugasan yang besar juga dapat dimulakan walaupun sedikit. Lebih baik berbanding anda menenung tugasan itu berjam-jam menunggu ilham yang tak kunjung tiba.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda