Banyak IQ Jadi Pandai, Banyak EQ Dapat Apa?



[Bacaan 6 Minit]

Kebanyakan daripada kita dah biasa dengar IQ (Intelligent Quotient) iaitu penanda aras kepandaian dalam bentuk kuantiti. IQ secara umumnya penting dalam aspek kemahiran teknikal seseorang. Tapi, tak ramai yang tahu dan faham kepentingan EQ (Emotional Quotient) atau kebijaksanaan emosi. Jadi hari ni saya nak kongsikan bagaimana kebijaksanaan emosi atau EQ ini akan membantu anda dalam kerjaya.

1. Empati

Empati memerlukan seseorang untuk meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain. Kaedah ini akan membantu kita memahami perasaan orang lain sebaik mungkin. Seseorang yang mempunyai empati akan mendengar untuk memahami berbanding untuk menjawab. 

Selain percakapan, gaya badan juga perlu dibaca untuk memahami situasi seseorang. Orang yang mempunyai empati akan disenangi orang sekeliling.

2. Hubungan Peringkat Individu

Membina hubungan atas dasar kepercayaan yang ikhlas sangat penting. Salah satu caranya adalah dengan menjadikan diri kita lebih terbuka dan mudah untuk berkomunikasi. Hubungan yang dibina dengan ikhlas akan membantu kita bekerjasama dengan lebih baik.

Kita juga lebih mudah untuk memohon pertolongan dan tunjuk ajar dengan adanya hubungan yang baik di peringkat individu.

3. Bijak Mengawal Stress

Kebolehan mengawal stress penting lebih-lebih lagi jika kita mahu diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab lebih besar. Mereka yang gagal mengawal stress dengan memuntahkan sikap-sikap negatif bila dalam tekanan pastinya dilihat tak mampu menjadi seseorang yang dipercayai untuk memimpin.

Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mengawal tekanan adalah banyak berjalan dan bertukar tempat bagi mengosongkan fikiran sebelum menyusun semula gerak kerja yang boleh dilakukan.

4. Keyakinan Diri

Antara sifat yang dimiliki oleh Golongan Jutawan adalah mereka berasa sangat layak dengan kejayaan yang diperoleh. Ramai yang keliru antara sombong dan yakin diri. Orang yang sombong merendahkan orang di sekeliling sebaliknya orang yang yakin, percaya dia mampu mencapai kejayaan jika dia berusaha.

Orang yang tidak yakin dengan diri sendir tanpa sedar akan meletakkan had kebolehan dan kejayaan yang mampu dikecapi. Bila mereka menghadapi ujian, terus mereka fikir "setakat ini sahaja kemampuan aku". Sebaliknya mereka yang yakin diri setiap kali gagal, mereka akan teruskan kerana yakin jika mereka teruskan usaha, mereka sangat pasti akan berjaya.

5. Mengenali Diri

Kebijaksanaan Emosi juga bermaksud seseorang itu mengenali potensi dan matlamat diri. Mereka jelas tentang matlamat apa yang mahu dicapai. Apa sumber yang mereka ada. Bagaimana jalan ke arah matlamat tersebut.

Matlamat yang jelas membantu mereka untuk membuat keputusan dengan mudah. Apa jalan yang membantu mereka mencapai matlamat maka itulah yang akan dilalui.

6. Berprinsip

IQ yang tinggi tidak menjamin seseorang itu hidup berprinsip. Berbeza dengan mereka yang mempunyai EQ di tahap yang tinggi. Orang yang hidup berprinsip akan memastikan pendirian mereka jelas dan didengari oleh orang lain. Mereka tidak teragak-agak untuk berkongsi pendapat dan buah fikiran.

Ini bermaksud mereka akan menjadi orang yang 'degil' tetapi dengan hujah dan falsafah yang baik. Bukan seperti sikap anak kecil yang tak matang sekadar memberontak tanpa hala tuju.

7. Tanggungjawab Sosial

Mementingkan kebaikan dan kemajuan untuk kumpulan atau organisasi. Ini juga tanda seseorang yang mampu memimpin dengan baik. Selagi mana ada informasi, ilmu, kemahiran dan manfaat yang boleh dikongsikan akan di berikan tanpa rasa lokek.

Mereka tidak berkira untuk membantu orang lain asalkan hasilnya memberi manfaat secara keseluruhannya.

8. Mengawal Dorongan Perasaan

Kebanyakan keputusan dan tindakan bukan hanya berlaku atas sebab logika tetapi juga emosi. Kemahiran untuk menilai dan mempertimbangkan keduanya penting supaya keputusan yang dibuat bukan sahaja memberi keputusan terbaik tetapi juga resolusi emosi yang akan menggalas keputusan tersebut.

9. Optimis

Orang yang bersifat optimis akan lebih mudah menerima cabaran. Mereka tidak terperangkap dengan beratnya situasi yang menimpa tetapi sebaliknya terus melihat ke hadapan tentang kebaikan yang mampu diperoleh. 

Carilah orang yang dipercayai jika kita sukar untuk melihat perkara positif dalam situasi yang dihadapi.

10. Berdikari

Berdikari mempunyai 2 tahap. Pertama mampu melaksana dengan berdikari. Kedua, mampu merancang juga secara berdikari. Jika kita mampu capai ke tahap kedua pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih kompeten dan dipercayai.

Untuk mencapai ke tahap kedua itu banyakkan usaha untuk memberi sumbangan dalam apa-apa peluang yang ada.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda