Posts

Showing posts from January, 2022

Nak Sewa Atau Beli Rumah? Apa Pilihan Anak Muda?

Image
[Bacaan 7 Minit] Mula sahaja zaman bekerja mesti dah mula tengok-tengok rumah kan? Apatah lagi yang dah nak berumah tangga. Tapi, betul ke kena beli rumah pada usia muda? Kalau sewa sahaja bagaimana? Jom kita lihat apa pilihan terbaik untuk anak muda. Pertama sekali kalau nak beli rumah pertama ni memang seronok. Bila dah mula survey tambah lagi kalau dah pergi viewing di show house . Berbunga je hati tengok deko cantik-cantik kan? Nak beli rumah ni memang bagus. Ini antara kelebihannya:- 1. Jaminan Untuk Ahli Keluarga Pastinya ahli keluarga rasa lebih terjamin bila dah beli rumah ditambah dengan pakej MRTT atau MLTT sebagai jaminan takaful jika pembeli sudah tiada, ahli waris dapat tinggal di rumah tersebut. 2. Bayaran Bulanan Rendah (Ketika Usia Muda) Ansuran bulanan pastinya lebih rendah jika dibeli ketika usia muda kerana anda boleh diberi pinjaman hingga 30 tahun. Berbeza jika beli ketika umur 40an mungkin tempoh pinjaman yang layak hanya 20 tahun menyebabkan ansuran bulanan leb...

9 Tabung Anak Muda Perlu Ada

Image
[Bacaan 6 minit] Dulu kecik-kecik pernah ada tabung tak? Kalau ada mesti tabung gajahlah, harimau (sebab Maybank), tiang pos dan yang legend guna kotak tape VHS (Anak muda yang tak kenal cuba google ). Apapun jenis tabung yang anda ada itu bermaksud mak ayah dah berikan didikan kewangan sejak kecil. Bagi yang tak ada jangan risau, kita tak pernah terlewat untuk belajar. Jadi hari ini saya nak kongsikan 9 tabung anak muda perlu ada!  1. Tabung Kecemasan Tabung Kecemasan merupakan langkah pertama dan paling asas dalam pengurusan kewangan yang baik. Tabung ini menjadi payung utama kepada kita ketika menimpa ujian yang tak diduga. Kalau nak faham dengan lebih terperinci boleh baca di sini kepentingan tabung kecemasan. 2. Tabung Kahwin Kalau cerita tentang anak muda pasti tak lari dengan topik kahwin. Jadi bagi yang belum berumah tangga sama ada sudah ada calon ataupun belum bersedialah dari sekarang. Kalaupun anda memilih untuk membuat majlis yang kecil, tabung ini boleh menjadi persi...

Kenapa Anak Muda Wajib Ada Tabung Kecemasan?

Image
[Bacaan 5 Minit] Tabung kecemasan ini adalah tabung kewangan yang paling asas dan langkah pertama dalam pengurusan kewangan yang baik. Seperti namanya tabung ini adalah untuk tujuan kecemasan. Selepas pandemik 2020 saya kira ramai yang dah faham pentingnya ada tabung kecemasan di waktu getir. Berpuluh ribu yang hilang pekerjaan dan perniagaan terjejas memberi impak yang sangat besar. Kalau dulu sebahagian dari kita hanya sekadar mendengar cerita tentang krisis ekonomi tahun 1998 dan 2008 hari ini kita melihat dan mungkin ada yang merasai sendiri impak kejatuhan ekonomi. Walaupun Alhamdulillah sekarang ekonomi dah semakin pulih, di waktu senang lah sebenarnya kita perlu buat persiapan kerana di waktu susah itu bermakna sudah terlambat! Bahkan bagi yang belum pernah dengar sebenarnya krisis ekonomi ini telah berlaku berulang kali dalam sejarah dunia. Krisis ini berlaku dalam jurang setiap satu dekad. Bezanya sebelum ini berpunca dari krisis minyak, perumahan, pasaran saham dan yang terba...

8 Salah Faham Tentang Wang

Image
  [Bacaan 8 Minit] 1. Mesti Beli Cash Beli cash ni bagus. Tak perlu fikir tentang hutang. Tapi ia bukanlah satu peraturan yang tetap. Jika nak beli kereta misalnya RM30k anda boleh beli cash tetapi satu pilihan lagi anda beli ansuran dengan downpayment RM5k sahaja, baki RM25k anda boleh kembangkan lagi dengan instrumen pelaburan yang sah dan menerima hasil yang lebih dengan modal yang sama. (Pastikan bukan Macau Scam ). 2. Beli Jangan Sewa Doktrin zaman berzaman mengatakan anak muda, lepas bekerja wajib beli rumah. Tak disangkal beli rumah ini ada kelebihannya seperti sekuriti untuk keluarga jika berlaku kemalangan. Tetapi menyewa juga mempunyai banyak kelebihan seperti kebebasan untuk berpindah dan komitmen kewangan yang lebih rendah. Jika anda membeli rumah, selain ansuran bulanan terdapat berbagai lagi komitmen yang kurang disebut seperti cukai pintu, cukai tanah, caj pengurusan sisa, caj maintenance dll. Selain itu, aspek kebebasan ini penting khususnya untuk golongan muda ya...

Bagaimana Nak Shutdown Lepas Seharian Bekerja? Pernah Dengar Zeigarnik Effect?

Image
[Bacaan 3 Minit] Biasa tak dengar orang kata kerja ni takkan pernah habis? Betul lah tu. Hakikatnya kerja ni buatlah banyak mana pun akan sentiasa ada kerja yang baru. Tapi tak bermaksud kita perlu fikir pasal kerja sahaja 24jam. Apa yang merisaukan pula kadang kita tak nak fikir pun dia datang jugak betul tak? Inilah dia Zeigarnik Effect . Zeigarnik Effect adalah satu teori dari seorang Psikologis bernama Bluma Zeigarnik. Beliau merumuskan bahawa Zeigarnik Effect adalah kebolehan sesuatu tugasan yang tertangguh untuk mendominasi pemikiran. Inilah punca kita selalu memikirkan tentang kerja walaupun selepas tamat waktu kerja (Selain Boss yang selalu call di luar waktu kerja). Situasi ini akan memberikan kesan buruk terhadap kapasiti mental antaranya mengurangkan kebolehan kita untuk fokus. Ini kerana manusia mempunyai kapasiti untuk fokus yang terhad. Selepas digunakan (ketika bekerja) ia perlu di recharge semula dan tanpa merehatkan minda dengan cukup kualiti kerja kita akan terje...

Jangan Hantar Resume Lagi! Ini 5 Faktor Dalam Memilih Kerja

Image
[Bacaan 5 Minit] Dikhabarkan tahun 2021 lebih 700,000 penduduk Malaysia yang menganggur. Walaupun punca utamanya adalah Pandemik yang tidak terjangka tetapi dunia pekerjaan sekarang memang cukup mencabar. Peluang pekerjaan yang terhad dan gaji yang rendah adalah 2 isu yang paling hangat. Jika sebelum ini saya pernah kongsikan  7 sebab individu gagal dalam kerjaya  dan  3 langkah untuk maju dalam kerjaya , hari ini saya nak  back to basic  untuk berkongsi faktor-faktor dalam memilih pekerjaan. 1. Minat Memilih kerja berdasarkan minat adalah penting tetapi haruslah difahami minat tidak semestinya spesifik walaupun ada orang yang dari kecil dah tahu nak jadi Doktor, Jurutera, Peguam dan sebagainya. Boleh jadi anda minat berkomunikasi, menganalisis data, kewangan, teknologi, menulis dan sebagainya. Maka kerjaya yang anda pilih mungkin merangkumi beberapa aspek yang anda minat tadi.  Jadi tak perlu rasa resah jika anda tak punya cita-cita yang jelas dari kecil k...

7 Sebab Individu Berpotensi, Gagal Dalam Kerjaya

Image
  [Bacaan 6 minit] Kebanyakan individu mempunyai kualiti dan potensi untuk berjaya. Sama ada kelebihan dari segi akademik, kemahiran insaniah ( soft skill ) atau kemahiran teknikal yang advanced . Akan tetapi walaupun dengan kualiti dan potensi diri yang ada masih lagi ada sekumpulan individu yang gagal menterjemahkan potensi dan kualiti diri untuk berjaya. Ini 7 punca yang anda perlu kenal pasti dan jauhi:- 1. Pemikiran Negatif Individu yang berfikiran negatif akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugas khususnya yang berskala besar. Ini kerana bila berhadapan dengan masalah mereka cepat untuk mengatakan bahawa tugasan itu "tak dapat diselesaikan", "tidak akan berjaya" dan sebagainya. Mereka akan sentiasa mencari sebab kenapa sesuatu tugasan itu tak boleh dibuat atau akan gagal. Pemikiran begini akan mencipta mental block yang menghalang mereka mencari solusi. 2. Narsisistik Golongan narsisistik tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Sedangkan 'teamwork...

Kenapa Orang Tua Nampak Lebih Bahagia Dari Orang Muda?

Image
[Bacaan 4 minit] Biasa kita lihat di kampung orang-orang yang sudah berumur ini santai sahaja hidup mereka. Nak kata kaya tak juga, nak kata tiada masalah semua orang punya masalah. Jadi apa rahsianya? Persoalan ini mungkin boleh dijawab melalui suatu kisah eksperimen oleh seorang wanita ini. Seorang Psikologis dari Stanford, Laura Carstensen pernah membuat kajian tentang aktiviti pada bahagian otak antara Orang Muda dan Orang Tua Laura menggunakan pengimbas fMRI untuk melihat aktiviti pada bahagian Amygdala (bahagian neural yang mengawal emosi). Subjek diperlihatkan dengan imej positif dan imej negatif. Apabila ditunjukkan kepada subjek Orang Muda, Amygdala mereka memperlihatkan aktiviti kepada kedua² imej positif dan negatif. Apabila ditunjukkan kepada subjek Orang Tua, Amygdala mereka hanya memperlihatkan aktiviti ketara kepada imej positif Laura mengeluarkan hipotesis bahawa subjek Orang Tua telah melatih Prefrontal Cortex (bahagian yang mengawal fungsi kognitif seperti 'perhat...