Kenapa Orang Tua Nampak Lebih Bahagia Dari Orang Muda?
Biasa kita lihat di kampung orang-orang yang sudah berumur ini santai sahaja hidup mereka. Nak kata kaya tak juga, nak kata tiada masalah semua orang punya masalah. Jadi apa rahsianya? Persoalan ini mungkin boleh dijawab melalui suatu kisah eksperimen oleh seorang wanita ini.
Seorang Psikologis dari Stanford, Laura Carstensen pernah membuat kajian tentang aktiviti pada bahagian otak antara Orang Muda dan Orang Tua
Laura menggunakan pengimbas fMRI untuk melihat aktiviti pada bahagian Amygdala (bahagian neural yang mengawal emosi). Subjek diperlihatkan dengan imej positif dan imej negatif.
Apabila ditunjukkan kepada subjek Orang Muda, Amygdala mereka memperlihatkan aktiviti kepada kedua² imej positif dan negatif. Apabila ditunjukkan kepada subjek Orang Tua, Amygdala
mereka hanya memperlihatkan aktiviti ketara kepada imej positif Laura mengeluarkan hipotesis bahawa subjek Orang Tua telah melatih Prefrontal Cortex (bahagian yang mengawal fungsi kognitif seperti 'perhatian', 'memori') untuk menghalang aktiviti pada bahagian Amygdala apabila ditunjukkan imej negatif
Dari kajian ini kita dapat memahami walaupun berada dalam situasi yang sama, seseorang boleh mempunyai "pengalaman" yang berbeza. Contohnya suatu hari kereta Ali dan Abu rosak dalam perjalanan ke tempat kerja. Lalu mereka hantar kereta ke bengkel dan menaiki Grab. Sampai di tempat kerja Ali sangat runsing dan asyik memikirkan keadaan keretanya sepanjang hari. Apabila Abu sampai ke tempat kerja pula dia meneruskan kerja seperti biasa walaupun balik nanti dia juga harus menaiki Grab dan menanti resit dari foreman sama seperti Ali.
Kesimpulannya apapun situasi yang menimpa diri kita, akhirnya kita sendiri yang memberikan nilai terhadap situasi yang menimpa sama ada satu beban yang berat atau ringan, signifikan atau tidak. Bahkan mungkin perkara itu tidak perlu pun mengambil perhatian yang besar dalam hidup kita berbanding perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup kita.
Sebab itu ada orang yang kita lihat 'hidup susah' tetapi sebenarnya mereka bahagia sahaja. Bak kata pepatah, "Our circumstances is only as important as how we react to it"
[Disclaimer: Janganlah kita rendahkan ujian atau situasi orang lain kerana terlalu banyak faktor lain yang kita tak ketahui, sebaliknya tulisan ini sekadar memberi pandangan baru untuk menambahbaik kehidupan seharian kita sendiri]
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan dengan kawan dan keluarga melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!
Comments
Post a Comment