Kenapa Anak Muda Wajib Ada Tabung Kecemasan?
[Bacaan 5 Minit]
Tabung kecemasan ini adalah tabung kewangan yang paling asas dan langkah pertama dalam pengurusan kewangan yang baik. Seperti namanya tabung ini adalah untuk tujuan kecemasan. Selepas pandemik 2020 saya kira ramai yang dah faham pentingnya ada tabung kecemasan di waktu getir. Berpuluh ribu yang hilang pekerjaan dan perniagaan terjejas memberi impak yang sangat besar. Kalau dulu sebahagian dari kita hanya sekadar mendengar cerita tentang krisis ekonomi tahun 1998 dan 2008 hari ini kita melihat dan mungkin ada yang merasai sendiri impak kejatuhan ekonomi.
Walaupun Alhamdulillah sekarang ekonomi dah semakin pulih, di waktu senang lah sebenarnya kita perlu buat persiapan kerana di waktu susah itu bermakna sudah terlambat! Bahkan bagi yang belum pernah dengar sebenarnya krisis ekonomi ini telah berlaku berulang kali dalam sejarah dunia. Krisis ini berlaku dalam jurang setiap satu dekad. Bezanya sebelum ini berpunca dari krisis minyak, perumahan, pasaran saham dan yang terbaru kini berpunca dari seekor kelawar (wabak penyakit). Krisis-krisis seperti "The Great Depression (1939)", "DotCom Crash (2000)", "Housing Bubble (2008)" ini hanyalah umpama watak yang berbeza. Lihat gambar di bawah yang dikeluarkan pada tahun 2018. Ini bukanlah teori konspirasi dan sebagainya tetapi hakikatnya beberapa elemen dalam sejarah dunia kebiasaannya akan berulang.
Inilah pentingnya supaya kita membuat persediaan dengan tabung kecemasan. Jika senario ini kelihatan terlalu besar anda boleh juga lihat dalam skala yang lebih kecil. Sebagai contoh tabung kecemasan bukan sahaja penting dalam ujian besar seperti hilang punca pendapatan tetapi dalam ujian skala lebih kecil seperti kehilangan dompet, telefon rosak dan kereta accident juga dapat dipermudahkan urusan jika anda bersedia dengan tabung kecemasan.
Bagaimana pula nak buat tabung kecemasan ni? Anda boleh guna formula 3 bulan gaji, 6 bulan gaji atau 1 tahun gaji. Asasnya lebih banyak lebih baik cuma jika kewangan anda terhad anda boleh mula dengan jumlah yang lebih kecil contoh RM100, kemudian RM500, RM1000 dan seterusnya. Yang penting anda perlu MULA. Mengapa jumlah 3 bulan atau 6 bulan? Sebagai senario mungkin majikan anda melakukan retrenchment (pengurangan kos operasi biasanya melibatkan pengurangan pekerja), anda akan ada 3/6 bulan tempoh untuk mencari kerja baharu tanpa rasa sesak. Anda juga boleh menggunakan tabung ini sebagai modal kecil untuk mula berniaga sebagai alternatif tetapi pastikan anda faham dengan risiko perniagaan terlebih dahulu.
Selepas selesai memenuhkan tabung kecemasan barulah anda boleh memberikan fokus untuk tabung-tabung lain seperti 9 Tabung Untuk Anak Muda. Perlu difahami juga tabung kecemasan ini boleh saja anda simpan dalam masa yang sama dengan tabung-tabung yang lain tetapi atas sebab-sebab yang dah diceritakan saya kira anda dah faham mengapa tabung kecemasan ini menjadi langkah pertama dan keutamaan dalam aspek pengurusan kewangan.
Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.
Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:-
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517
Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!
Comments
Post a Comment