Nak Sewa Atau Beli Rumah? Apa Pilihan Anak Muda?



[Bacaan 7 Minit]

Mula sahaja zaman bekerja mesti dah mula tengok-tengok rumah kan? Apatah lagi yang dah nak berumah tangga. Tapi, betul ke kena beli rumah pada usia muda? Kalau sewa sahaja bagaimana? Jom kita lihat apa pilihan terbaik untuk anak muda.

Pertama sekali kalau nak beli rumah pertama ni memang seronok. Bila dah mula survey tambah lagi kalau dah pergi viewing di show house. Berbunga je hati tengok deko cantik-cantik kan? Nak beli rumah ni memang bagus. Ini antara kelebihannya:-

1. Jaminan Untuk Ahli Keluarga

Pastinya ahli keluarga rasa lebih terjamin bila dah beli rumah ditambah dengan pakej MRTT atau MLTT sebagai jaminan takaful jika pembeli sudah tiada, ahli waris dapat tinggal di rumah tersebut.

2. Bayaran Bulanan Rendah (Ketika Usia Muda)

Ansuran bulanan pastinya lebih rendah jika dibeli ketika usia muda kerana anda boleh diberi pinjaman hingga 30 tahun. Berbeza jika beli ketika umur 40an mungkin tempoh pinjaman yang layak hanya 20 tahun menyebabkan ansuran bulanan lebih tinggi

3. Aset & Pelaburan

Umum kita tahu hartanah adalah sejenis aset yang meningkat nilainya setiap tahun (bagi majoriti hartanah). Mempunyai aset yang bagus secara tak langsung adalah satu bentuk pelaburan yang bagus untuk masa hadapan. Anda tidak lagi perlu risau harga rumah yang makin mahal bahkan kenaikan hartanah kini menjadi kelebihan buat anda.

Walaubagaimanapun, membeli rumah tidak semuanya indah seperti yang kita jangka. Ini cabaran bagi mereka yang memilih untuk membeli rumah berbanding menyewa:-

1. Modal Yang Tinggi

Membeli rumah memerlukan modal yang tinggi. Antara kos asas seperti 10% deposit harga rumah, yuran pinjaman, yuran guaman dan sebagainya. Tetapi, ada sesetengah hartanah khususnya bagi projek perumahan yang baru mungkin tidak mengenakan kos-kos ini dan jika anda boleh mendapat pinjaman 100% dari pihak Bank anda mungkin tidak perlu mengeluarkan modal awal yang besar.

2. Komitmen Lebih Tinggi 

Ramai yang terlepas pandang hakikat bahawa komitmen memiliki sebuah rumah bukan sahaja bayaran ansuran bulanan sahaja. Anda juga perlu menanggung kos maintenance khususnya bagi rumah yang berstatus "strata" dan mempunyai fasiliti seperti kolam renang dan sebagainya. Selain itu anda harus membayar caj pembetungan, sinking fund, cukai taksiran 2 kali setahun dan cukai tanah bagi rumah landed. Banyak rupanya kos-kos membeli rumah ini kan?

3. Terikat

Membeli rumah adalah antara komitmen kewangan paling besar dalam kehidupan seseorang. Anda akan terikat dengan tempoh yang lama biasanya hingga 30 tahun. Perkara ini menyebabkan kesukaran sekiranya anda terpaksa berpindah atas urusan kerja dan lain-lain. Anda punya pilihan sama ada cuba menjualnya semula atau menyewakan rumah tersebut. Satu kerja yang agak membebankan dan memakan masa lama lebih-lebih lagi jika kawasan perumahan yang bukan dalam kategori hotspot.

Itulah kelebihan dan cabaran yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin membeli rumah.

Seterusnya bagi mereka yang memilih untuk menyewa pula, ini kelebihan yang anda miliki berbanding mereka yang membeli:-

1. Komitmen Rendah

Secara lazimnya perjanjian sewa hanya menuntut penyewa untuk membayar deposit 1-3 bulan, sewa bulanan dan bil utiliti. Kadar sewaan juga biasanya lebih rendah berbanding jumlah ansuran pinjaman kepada pihak Bank. Kos ini pastinya lebih rendah berbanding jumlah komitmen yang perlu anda tanggung jika membeli sebuah rumah.

2. Fleksibel

Berbeza dengan membeli, anda tidak terikat dengan tempoh yang lama. Perjanjian sewa biasanya hanya setahun dan akan diperbaharui mengikut persetujuan kedua belah pihak, Penyewa dan Tuan Rumah. Fleksibiliti ini memberikan anda lebih kebebasan sekiranya anda perlu berpindah kawasan atas faktor kerjaya dan sebagainya.

3. Tiada Hutang

Ya, perasaan tiada hutang ini adalah satu kelebihan yang istimewa. Individu yang bebas hutang akan lebih mudah untuk membuat sesuatu komitmen baharu contohnya menjalankan perniagaan kerana tidak mempunyai komitmen hutang yang tinggi. Berbeza dengan mereka yang berhutang (komitmen tinggi) mungkin perlu berfikir lebih panjang sebelum menambah komitmen sedia ada. 

Kalau tadi dah seronok cerita tentang kelebihan menyewa, ini pula cabaran jika anda memilih untuk menyewa rumah berbanding membeli:-

1. Komitmen Bergantung Kepada Tuan Rumah

Perjanjian sewa anda hanya kekal dalam tempoh setahun. Kebiasaannya selepas beberapa tempoh Tuan Rumah akan menaikkan kadar sewa dan anda berada dalam belas kasihan Tuan Rumah untuk mengenakan jumlah sewa yang berpatutan.

2. Tuan Rumah Yang Bermasalah

Selain penyewa yang bermasalah, terdapat juga Tuan Rumah yang bermasalah seperti yang selalu datang meninjau rumah dengan terlalu kerap. Situasi ini mungkin memberi ketidakselesaan kepada anda dan keluarga. Ada juga kes di mana Tuan Rumah sesuka hati menggunakan deposit bukan pada tujuan asalnya yakni sebagai cagaran ganti rugi.

3. Tiada Aset Hartanah

Menyewa juga bermaksud anda tidak memiliki sebarang Aset Hartanah sedangkan Aset Hartanah merupakan salah satu pelaburan yang lumayan jika tepat pada caranya seperti pemilihan hartanah yang berkualiti. 

Begitulah faktor-faktor yang perlu anda ambil kira sebelum memilih sama ada ingin membeli atau menyewa rumah. Pastinya pilihan yang tepat bergantung kepada situasi peribadi masing-masing. Sebagai contoh, seseorang yang bekerja sebagai penjawat awam (tetap) dan sudah berumah tangga dengan isteri yang juga bekerja di tempat yang sama di suatu kawasan tersebut mungkin lebih baik jika dia membeli sebuah rumah di kawasan tersebut memandangkan kebarangkalian untuk tinggal di kawasan tersebut dalam tempoh yang lama atau hingga bersara adalah tinggi.

Contoh kedua, sekiranya seorang pekerja swasta yang belum berkahwin ini masih baru dalam kerjaya dan bercadang untuk berpindah syarikat dalam tempoh 3-5 tahun mungkin menyewa adalah lebih baik untuknya. Tetapi, situasi berbeza juga jika dia sudah mendalami ilmu pelaburan hartanah dan bersedia untuk membeli dengan tujuan menyewakan rumah tersebut.

Akhirnya pilihan terletak di tangan anda. Pastikan anda membuat kajian yang teliti dan berbincang dengan pasangan sebelum membuat keputusan. Manfaatkan juga sumber yang ada seperti skim-skim dari kerajaan seperti Skim Perumahan Belia, Home Ownership Campaign (HOC), Pinjaman Penjawat Awam (LPPSA), Projek Perumahan Rakyat, Rumah SelangorKu, PR1MA, RUMAW1P dan sebagainya.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah




Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda