8 Salah Faham Tentang Wang

 


[Bacaan 8 Minit]

1. Mesti Beli Cash

Beli cash ni bagus. Tak perlu fikir tentang hutang. Tapi ia bukanlah satu peraturan yang tetap. Jika nak beli kereta misalnya RM30k anda boleh beli cash tetapi satu pilihan lagi anda beli ansuran dengan downpayment RM5k sahaja, baki RM25k anda boleh kembangkan lagi dengan instrumen pelaburan yang sah dan menerima hasil yang lebih dengan modal yang sama. (Pastikan bukan Macau Scam).

2. Beli Jangan Sewa

Doktrin zaman berzaman mengatakan anak muda, lepas bekerja wajib beli rumah. Tak disangkal beli rumah ini ada kelebihannya seperti sekuriti untuk keluarga jika berlaku kemalangan. Tetapi menyewa juga mempunyai banyak kelebihan seperti kebebasan untuk berpindah dan komitmen kewangan yang lebih rendah. Jika anda membeli rumah, selain ansuran bulanan terdapat berbagai lagi komitmen yang kurang disebut seperti cukai pintu, cukai tanah, caj pengurusan sisa, caj maintenance dll. Selain itu, aspek kebebasan ini penting khususnya untuk golongan muda yang masih baru dalam kerjaya yang mungkin berpindah kerja, pejabat dan sebagainya. 

Aspek sekuriti juga boleh diganti dengan produk hibah yang juga menjamin sekuriti keluarga jika berlaku kemalangan. Oleh itu tak perlu terburu-buru untuk membeli rumah. Tempoh 30 tahun adalah komitmen yang besar. Jika anda rasa terlalu teruja nak beli rumah cuba lihat rumah-rumah yang dilelong dan tanyakan mengapa rumah itu dilelong. Keputusan yang besar memerlukan persediaan yang besar.

3. Jana Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif sememangnya membantu status kewangan anda tetapi untuk kebanyakan orang ia hanya memberikan impak yang kecil. Majoriti orang lebih mendapat manfaat besar apabila fokus untuk menambah baik sumber kewangan utama. Selepas itu barulah menambah sumber pendapatan pasif.

4. Simpan Duit Jadi Kaya

Ini realiti yang mungkin pahit ditelan tetapi yang pahit itulah ubat. Simpan duit RM10 sebulan walaupun berpuluh tahun tak akan jadikan anda kaya. Hasilnya ada tetapi sedikit. Kalau 30 tahun pun dapatlah RM20 ribu. Tetapi kalau boleh simpan RM500 sebulan, 30 tahun cukuplah RM1juta lebih. Jadi apa yang penting adalah usaha untuk naikkan pendapatan anda. Mula menyimpan sedikit itu tidaklah sia-sia bahkan membantu untuk membentuk disiplin menyimpan sebelum mula dengan jumlah yang lebih besar. Tetapi untuk benar-benar kaya atau jutawan memerlukan jumlah yang lebih besar.

5. Duit Tak boleh Beli Kebahagiaan

Ini frasa yang paling terkenal dan paling ramai salah anggap. Duit tak boleh beli kebahagiaan, sebab kebahagiaan tak dijual di Giant, Econsave mahupun Jaya Grocer. Tetapi duit boleh membeli tempat tinggal untuk keluarga. Duit boleh beli kereta yang membawa anda ke tempat kerja dan membawa keluarga berjalan-jalan. Duit jugalah yang membeli beras, ayam dan ikan untuk mengisi perut ahli keluarga.

Selagi anda bukan hidup berburu di hutan maka duit ini alat yang penting untuk capai kebahagiaan. Kalau kawan anda kata duit tak penting, cuba mintak duit dia. Apa yang perlu difahami ialah duit ini penting tetapi duit bukanlah segalanya. Sebagai contoh seorang ayah yang terlalu sibuk mencari duit sehingga tidak meluangkan masa dengan anaknya. Mungkin satu masa ayahnya akan berduit tetapi kini anaknya pula tiada lagi masa bersama anaknya. Jadi buatlah pertimbangan yang baik antara wang dan kehidupan.

6. Kerja Kuat Duit Banyak

Zaman Atuk Nenek kita mungkin konsep ekonomi itu lebih mudah. Nak lihat orang kaya dan berjaya lihat saja yang pergi pejabat hari-hari naik kereta besar itulah orangnya. Tetapi zaman sekarang cukup berbeza. Gaji puluhan malah ratusan ribu tapi tak keluar rumah pun. Kerjanya menghadap komputer saja (Trading, Programming etc.). Bukanlah mereka tak kerja kuat, tetapi fahamilah zaman sekarang kerja kuat sahaja tak cukup, tetapi perlu kerja bijak (Work Smart). 

Realitinya, zaman sekarang memberi ganjaran lebih kepada mereka yang kerja dengan bijak berbanding kerja kuat.

7. Masa itu Duit

Kebanyakan orang menukar insentif kewangan dengan tenaga dan masa. Tetapi ada segelintir lagi yang mendapatkan insentif kewangan melalui tenaga dan kepakaran sahaja. Mereka tidak lagi terikat dengan masa untuk mendapatkan wang. Bezanya? Kepakaran. Jika anda berjaya bina kepakaran dalam sesuatu bidang tertentu anda juga boleh memperoleh insentif kewangan tanpa menukarkan masa. Pada ketika itu masa anda bukan lagi 'duit' tetapi kebebasan.

8. Jangan Hutang Lama-lama

Betul, kalau anda mampu, tak perlu berhutang langsung dalam hidup ni. Tapi kebanyakan orang tak dilahirkan macam tu. Jika dilihat secara kasar memang kita mahu selesai hutang seawal mungkin tetapi secara asasnya anda perlu faham lebih pendek tempoh pinjaman, lebih tinggi bayaran. Lebih panjang tempoh pinjaman, lebih rendah kadar bayaran. Dengan kadar bayaran yang rendah anda ada lebihan wang dan jika anda tahu bagaimana nak kembangkan duit lebihan itu maka pilihan untuk tempoh pinjaman yang lebih panjang mungkin lebih berbaloi.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah




Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!





Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda