7 Sebab Individu Berpotensi, Gagal Dalam Kerjaya

 


[Bacaan 6 minit]

Kebanyakan individu mempunyai kualiti dan potensi untuk berjaya. Sama ada kelebihan dari segi akademik, kemahiran insaniah (soft skill) atau kemahiran teknikal yang advanced. Akan tetapi walaupun dengan kualiti dan potensi diri yang ada masih lagi ada sekumpulan individu yang gagal menterjemahkan potensi dan kualiti diri untuk berjaya. Ini 7 punca yang anda perlu kenal pasti dan jauhi:-

1. Pemikiran Negatif

Individu yang berfikiran negatif akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugas khususnya yang berskala besar. Ini kerana bila berhadapan dengan masalah mereka cepat untuk mengatakan bahawa tugasan itu "tak dapat diselesaikan", "tidak akan berjaya" dan sebagainya. Mereka akan sentiasa mencari sebab kenapa sesuatu tugasan itu tak boleh dibuat atau akan gagal. Pemikiran begini akan mencipta mental block yang menghalang mereka mencari solusi.

2. Narsisistik

Golongan narsisistik tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Sedangkan 'teamwork' adalah satu elemen penting dalam menyelesaikan tugas dengan baik. Sikap ini membuatkan mereka hanya memikirkan tentang diri sendiri dan menganggap semua orang harus tunduk dengan cara mereka sahaja. Tiada seorang pun suka bekerja dengan golongan ini dan apabila ruang kerja penuh dengan emosi, pelbagai masalah akan mula timbul.

3. Terlalu Argumentatif

Sikap kritikal adalah bagus dalam menghasilkan kualiti tugasan yang terbaik. Tetapi tidak semua perkara harus menjadi perdebatan. Sikap argumentatif melampau yang membesarkan semua isu remeh akan membentuk persekitaran kerja yang toksik. Mengetahui bila untuk bersikap argumentatif juga adalah kemahiran berfikir secara kritikal.

4. Pendirian Yang Tertutup

Tidak disangkal seseorang yang berprinsip itu bagus (dengan syarat prinsip yang dipegang itu bagus). Walaupun begitu dalam ruang kerja yang dinamik kita tidak boleh berfikiran tertutup terhadap idea-idea baru. Bersikap secara terbuka. Membuka ruang untuk mendengar pandangan orang lain. Inilah salah satu proses pembelajaran dalam kerjaya.

Pemikiran yang terlalu rigid akan mematikan proses pembelajaran bahkan peluang anda pada masa akan datang.

5. Pasif-Agresif

Sikap bermuka-muka dan tidak telus adalah jalan pintas untuk menamatkan perjalanan kerjaya anda. Tiada yang lebih buruk terhadap produktiviti dan hasil selain individu yang berkata satu perkara tetapi bersikap dan berperilaku sebaliknya. Hilang kepercayaan dari orang sekeliling adalah penamat dalam kerjaya seseorang.

6. Tiada Matlamat

Sekumpulan individu yang berimpian besar akan bekerja dengan bersungguh dan memberi sokongan antara satu sama lain. Sebaliknya mereka yang mempunyai visi yang kecil akan bekerja separuh jalan dan membawa pengaruh yang sama terhadap orang sekeliling.

7. Mentaliti Orang Ramai

Crowd Mentality membentuk individu yes-man yang kerja sekadar kerja. Mentaliti begini tidak akan menghasilkan High Performers (Pekerja Cemerlang) dan inovasi dalam sebuah organisasi. Sikap berani untuk membawa perubahan adalah ciri-ciri penting jika anda ingin menjadi golongan Top 10% yang berjaya dalam kerjaya. Anda tidak akan menjadi Top 10% sekiranya anda hanya melakukan semua perkara yang sama dengan 90% yang lain.


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah



Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!

Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda