Bagaimana Nak Shutdown Lepas Seharian Bekerja? Pernah Dengar Zeigarnik Effect?




[Bacaan 3 Minit]

Biasa tak dengar orang kata kerja ni takkan pernah habis? Betul lah tu. Hakikatnya kerja ni buatlah banyak mana pun akan sentiasa ada kerja yang baru. Tapi tak bermaksud kita perlu fikir pasal kerja sahaja 24jam. Apa yang merisaukan pula kadang kita tak nak fikir pun dia datang jugak betul tak? Inilah dia Zeigarnik Effect.

Zeigarnik Effect adalah satu teori dari seorang Psikologis bernama Bluma Zeigarnik. Beliau merumuskan bahawa Zeigarnik Effect adalah kebolehan sesuatu tugasan yang tertangguh untuk mendominasi pemikiran. Inilah punca kita selalu memikirkan tentang kerja walaupun selepas tamat waktu kerja (Selain Boss yang selalu call di luar waktu kerja).

Situasi ini akan memberikan kesan buruk terhadap kapasiti mental antaranya mengurangkan kebolehan kita untuk fokus. Ini kerana manusia mempunyai kapasiti untuk fokus yang terhad. Selepas digunakan (ketika bekerja) ia perlu di recharge semula dan tanpa merehatkan minda dengan cukup kualiti kerja kita akan terjejas. Tetapi jangan risau kerana ada cara untuk membebaskan diri anda dari Zeigarnik Effect lantas mengembalikan ketenangan minda anda iaitu dengan Shutdown Ritual atau Ritual Penutup.

Shutdown Ritual adalah beberapa siri aktiviti yang dilakukan sebelum pulang kerja bagi memastikan minda kita tidak terbeban dengan tugasan yang tertangguh.

Ini langkah-langkah dalam Shutdown Ritual:-

1. Senaraikan segala tugasan anda yang masih tertangguh

2. Selesaikan tugas yang bersifat urgent terlebih dahulu. Gunakan konsep "asal siap" untuk tugasan urgent kerana tugasan ini biasanya tidak memerlukan kapasiti pemikiran dan tenaga yang banyak seperti membalas emel, hantar maklumat, menjawab kehadiran dan sebagainya.

3. Labelkan tugasan yang masih tertangguh dengan pelan tindakan serta masa yang spesifik untuk anda menyambung tugasan tersebut. Tak perlu rancang pelan tindakan yang lengkap tetapi hanya sekadar tindakan umum supaya anda mempunyai gambaran bagaimana untuk memulakan tugasan tersebut.

4. Rujuk kalendar anda untuk minggu semasa dan minggu hadapan supaya anda dapat mengurus tugasan dan masa anda dengan baik. 

Dah selesai semua ini katakan pada rakan sekerja, "Dah, jom balik!"

Shutdown Ritual ini mungkin mengambil masa 10-15 minit sebelum anda pulang tetapi manfaatnya sangat berbaloi apabila kerja anda mula menjadi lebih sistematik. Yang paling penting, anda dapat merehatkan minda pada tahap yang paling optimum ketika meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan bahkan meningkatkan kualiti kerja apabila mendapat rehat yang cukup. Selamat Mencuba!


Anda rasa tulisan ini bermanfaat? Kongsikan melalui butang share di bawah.

Ada soalan atau pandangan tentang topik ni? Tinggalkan komen anda di bawah




Nak tambah Ilmu? Dapatkan bahan bacaan anda di sini:- 

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=3517

Lebih 10,000 judul buku untuk diterokai!



Comments

Popular posts from this blog

3 Tips Memanfaatkan Penggunaan Twitter

5 Kesilapan Dalam Kerjaya Yang Kita Buat Tanpa Sedar

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda